daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, December 29, 2010

Emo..

LAtely agak emo sikit. tak tau la kenapa.. tak boleh silap sikit mesti nak sentap lebih2. Tapi nak buat cam mana kan.. unpredictable. orang salah cakap pun nak sentap jugak. walhal sebelum ni tak pernah pulak ambik pot. bukan kata korang je tak paham. aku pun tak paham.

Boleh la kalau nak cakap aku ni sekarang dalam keadaan super sensitive. memacam perasaan & prasangka pulak yang muncul. cube membandingkan itu dan ini. semua tu buat aku makin emo. seolah macam ada 1 kuasa yang sedang mengawal otak untuk lebih berperasaan -ve seterusnye kaciwa sendiri.



kadang2 tu rasa lonely je... walaupun ade orang  berkeliaran kiri dan kanan sambil membebel2. kadang-kadang tu terfikir mcm useless pulak. sampai pernah gak terfikir kalau la tetibe jadi kaya. nak duk jauh2 dari orang lain & jangan pedulikan mereka. macam seronok je idea tu, sekali homesick...  Actually stress macam ni yang malas nak layan tapi terpaksa layan jugak ni.

manusia ni macam-macam hal ye. kadang baik kadang down jugak. susah nak di jangka. sometime merapu & mengarut ni pun boleh menghilangkan stress jugak. kira penawar la. aku rasa better dari mengamuk. rasa macam ade je orang yang setia dengar luahan hati kita tu kan. at the end semua ok balik... emo pun kurang atau mungkin hilang terus. macam aku sekarang ni.. fuh lega sikit.. tak la rasa memendam perasaan sangat.

Wednesday, December 22, 2010

22 sifat buruk bangsa Yahudi disebut didalam Al-Quran


Dalam Al-Quran disebutkan antara - antara sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu :


1. Keras hati dan dzalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An'am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam karena dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerusakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)


**cdt to scripters.ning

Thursday, December 16, 2010

Perkembangan kandungan dari minggu 9 hingga minggu 17

Minggu 9

Telinga bahagian luar mulai terbentuk, kaki dan tangan terus berkembang. jari kaki dan tangan sudah boleh di lihat. Mula bergerak walaupun masih  tak merasakannya. Dengan Doppler, kita boleh mendengar degup jantungnya. Minggu ini, panjangnya lebih kurang 22-30 mm dan beratnya pula kira-kira 4 gram.



Minggu 10

Semua organ penting yang telah terbentuk telah mula befungsi. Perkembangan otak meningkat dengan cepat, hampir 250.000 sel saraf baru terbentuk setiap minit. dia sudah mula kelihatan seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7 gram.


Minggu 11

Panjang badanya mencecah sehingga 6.5 cm. rambut, kuku jari tangan dan kakinya mulai tumbuh. Sesekali di usia ini dia sudah boleh menguap.

Gerakan demi gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan badan dan menundukkan kepala, sudah boleh dirasakan ibu. malah dia kini sudah boleh mengubah kedudukkannya dengan berputar, memanjang, bergelung, atau menangkup yang kerap dirasai ibu. walaupun menyakitkan ia tetap membuatkan anda bahagia.







 Minggu 12

Bentuk wajah bayi lengkap, ada dagu dan hidung kecil. Jari-jari tangan dan kaki yang terpisah penuh. Usus bayi telah berada di dalam  perut. oleh kerana meningkatnya tekanan darah ibu, degup jantung janin boleh meningkat. Panjangnya kira2 63 mm dan beratnya 14 gram.

 proses penyempurnaan seluruh organ badannya bermula. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mulai terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata.


Minggu 13

Pada akhir trimester pertama, plasenta berkembang untuk menyediakan oksigen , nutrisi dan pembuangan bahan buangan bayi. Kelopak mata bayi merapat untuk melindungi mata yang sedang berkembang. Bayi mencapai panjang 76 mm dan beratnya 19 gram.Kepalanya membesar dengan lebih cepat daripada yang lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar pembesaran kepala.


 Minggu 14

Tiga bulan selepas proses pembenihan, panjangnya 80-110 mm dan beratnya 25 gram. Lehernya semakin panjang dan kuat. Lanugo, rambut halus yang tumbuh di seluruh tubuh dan melindungi kulit mulai tumbuh pada minggu ini. Kelenjar prostat bayi laki-laki berkembang dan ovarium turun dari rongga perut menuju ke pinggul.

Degup jantung bayi sudah kuat tetapi kulit bayi belum tebal kerana belum ada lapisan lemak

Minggu 15

Tulang dan sumsum tulang di dalam sistem kerangka terus berkembang. Jika bayi Anda perempuan, ovarian mulai menghasilkan jutaan sel telur pada minggu ini. Kulit bayi masih sangat nipis sehingga pembuluh darahnya kelihatan. Akhir minggu ini, beratnya 49 gram dan panjang 113 mm

Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. namun Kelopak matanya masih tertutup


Minggu 16

Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan memerlukan nutrisi melalui plasenta. Bayi telah mempunyai tulang yang kuat dan sudah boleh mendengar suara. Dalam proses pembentukan ini system peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi.

Bayi sudah boleh bergerak ! Tetapi tak perlu risau jika Anda tak merasakannya lagi. Semakin banyak kalsium yang disimpan dalam tulang bayi selaras dengan perkembangan rangkanya. Bayi Anda berukuran 116 mm dan beratnya 80 gram


 Minggu 17

Dengan panjang 12 cm dan berat 100 gram, bayi masih sangat kecil. Lapisan lemak coklat mula berkembang, untuk menjada suhu tubuh bayi setelah lahir.
 
Tahukah Anda ? ketika dilahirkan, berat lemak mencapai tiga perempat dari total berat badannya.
Rambut, kening, bulu mata bayi mula tumbuh dan garis kulit pada ujung jari mulai terbentuk. cap jari sudah mula terbentuk


nantikan episod minggu-minggu yang seterusnya...

## credit to perkembangan janin blogspot.

Monday, December 13, 2010

Perkembangan kandungan dari minggu 1 hingga minggu 8


Minggu 1

Minggu ini merupakan minggu period menstrual malah pembenihan juga belum lagi berlaku. Due date di kira dari hari last period. (contoh period start 3hb last 6hb so ia dikira bermula 6 atau 7hb)
Proses pembentukan ini kebiasaannya masih belum lagi dapat di kesan. malah waktu ini 46 kromosom telah bercantum dan membawa segala genetik bersamanya. ketika ini yang di perlukan hanya lah nutrisi dari ibu dan oksigen.

Sel2 telur yang berada didalam rahim, membentuk seperti lingkaran cahaya yg mengelilingi matahari.Sel ini akan bertemu dengan sel2 sperma dan memulakan proses pembenihan/pembuahan

5 juta sel sperma  berenang menuju ke tujuan akhir mereka sel telur yang bersembunyi pada falopio. Walaupun pasukan sel sperma ini sangat banyak, tetapi pada akhirnya hanya 1 sel sahaja yang akan menembusi sel telur.

waktu ini kepala sel sperma telah hampir masuk. bahagian tengah dan belakang sel sperma yang tidak berhenti-henti berusaha menembusi dinding sel telur


zygote telah terbentuk

Minggu 2

Pembenihan telah telah berlaku pada akhir minggu ke 2.sel telur yang telah di senyawakan membelah 2 selepas 30jam.kemudian bergerak dari saluran falopio menuju ke rahim.


Minggu 3

Anda mungkin belum menyedari yang anda pregnant sehingga lah usianya 3 minggu. waktu ini sel telur telah menempel di dinding rahim
dan saiz nya amat kecil lebih kurang 0, 0-1, 2mm sahaja.
 Minggu  4

Kini, kandungan telah berbentuk embrio. Embrio menghasilkan hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin - HCG), dan apabila  UPT di lakukan, hasilnya positif.

Kandungan mula membentuk struktur manusia. otak, jantung dan struktur tulang belakangnya mula terbentuk.



Minggu 5

membentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk system saraf pada janin tersebut yang kemudiannya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm ialah lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing. 

Minggu 6

Saiz embrio lebih kurang 2-4mm. waktu ini boleh mendengar jantung bayi melalui ujian ultra sound. sistem pencernaan dan pernafasan mula terbentuk. tunas-tunas kecil yang akan membentuk tangan dan kaki juga boleh di lihat.



Minggu 7

Akhir minggu ketujuh, panjangnya sekitar 5-13 mm dan beratnya 0,8 gram, kira-kira sebesar biji kacang hijau. Tunas lengan mulai membelah menjadi beberapa bahagian iaitu bahu dan tangan. Jantung juga telah membentuk bahagian kanan dan bahagian kiri, begitu pula dengan saluran udara yang terdapat di dalam paru-paru

Minggu 8
 
saiznya kira-kira 14-20 mm. Banyak perubahan yang terjadi pada bayi Anda. Jika Anda dapat lihat ,hidung dan kelopak matanya mula berkembang, begitu juga telinga. Brochi, saluran yang menghubungkan paru-paru dengan lehernya, mulai bercabang. Lengan semakin membesar dan ia memiliki siku. Semua ini terjadi hanya dalam 6 minggu setelah proses pembenihan.

bayi sudah mempunyai lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang nipis. tangan serta kaki juga sudah terbentuk walaupun belum sempurna



nantikan episod minggu-minggu yang seterusnya

Thursday, December 2, 2010

Mengetahui Hadirnya Jin

CARA UNTUK MENGETAHU HADIRNYA JIN
 



 

Untuk mengetaui hadirnya jin, maka perhatikan tanda-tanda ini :

  • Orang yang kerasukan jin tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya atau berkedip dengat sangat cepat.
  • Tubuhnya gementar dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya.
  • Meronta-ronta dengan kuat.
  • Memekik atau menjerit.
  • Menyebut namanya.

Setelah memperhatikan tanda-tanda itu, maka mulailah bertanya kepadanya seperti pertanyaan di bawah ini :

  • Siapa namamu?
  • Apakah Agamamu?
  • Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam tubuh orang ini?
  • Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
  • Dimanakan kamu berada di dalam tubuh ini?

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR



  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

  1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA. 

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

  1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
  2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
    • Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
    • Terjumpa sesuatu di atas tanah.
    • Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
  3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
  4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
  8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
  9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

    **credit to Rawatan alternatif no 1 malaysia   
    http://cvtampang.tripod.com/id48.html