daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, August 31, 2011

Fasa Baru Dalam Hidup

Iman Qistina, dilahirkan pada 19 Aug 2011

Bermula nya fasa baru dalam hidup aku. kelahiran cahaya mata sulong, Iman Qistina seolah membawa satu cahaya bahagia yang lebih terang dalam rumah tangga kami.
Pengalaman melahirkan walaupaun membuatkan aku sedikit trauma dan serik namun manis dan indahnya tetap ada.
saat pertama kali mendengar tangisannya... saat pertama kali mata nya memandang kami.. saat pertama kali dia menyusu, berbaring di riba ku... tidak akan aku lupakan.. trust me! sangat indah dan membahagiakan.

Melahirkan memang sakit, sangat sakit tapi bila anak dah didepan mata.. macam miracle.. semua kesakitan tu hilang entah kemana.. yang ada cuma rasa tak sabar2 nak memeluk sikecil.

selepas melahirkan, tak di nafikan sangat penat, lemah dan tak bertenaga. tapi bila mendengar tangisan si kecil minta di susukan... segala keletihan seolah tak ada makna... malah kita bersemangat berjaga sepanjang malam untuk nya. ajaibnya perasaan yang di anugerahkan tuhan.
walhal kalau masa bujang tu.. memang tak ada la nak bangun kalau dah penat. tapi hati seorang ibu itu benar2 lain dan berbeza.. penuh dengan pengorbanan dan kasih sayang yang tiada tepi nya.

bila memandang cermin melihat mata yang semakin menjadi panda sudah tidak menjadi isu... demi anak... segalanya di tolak ketepi. Aku sendiri pelik dengan perasaan sendiri. bila malam menjadi semakin alert dengan tangisan dan gerak anak. agaknya itu lah yang ibu kita rasa sewaktu membesarkan kita.
kata mak, nak tau sayang kan mak... beranak dulu..

putri pertama aku di lahirkan 19 Aug 2011, normal tapi terpaksa di induce kerana terlebih 10 hari. azabnya tuhan sahaja yang tahu, 3 hari menanggung sakit. berbekalkan 2 biji kurma yang suami aku suapkan.. tu lah yang menguatkan aku untuk melahirkan dia. tapi bila dah lahir.. satu perasaan lapar pun tak ada... yang ada cuma tak sabar-sabar nak memeluk dia...

kini aku menghabiskan cuti berpantang di kampung.. walaupun tanpa suami di sisi kerana tugas... aku masih bahagia, dan tidak sunyi kerana adanya si kecil... (walhal sebelum ni 2 3 hari berpisah dr suami dah mula macam kucing nk berank)

walaupun raya pertama suami bekerja dan hanya dapat jumpa pada hari raya ke tiga.. aku masih tak kisah.. kerana Iman Qistina ada.
kata org.. anak pengikat kasih suami isteri.. memang betul dan tepat sekali. mana tidaknya... suami juga tak sabar2 nak balik... nak jumpa anak..

aku pulak tak sabar-sabar nak habis pantang.. nak bawak si kecil ni bejalan2... :)

alamak si kecil dah menangis... o.k full stop.. next aku cot cet lagi...