daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, September 25, 2011

Kayap,herpes zoster or Shingles

Kayap atau shingles merupakan penyakit disebabkan oleh sejenis virus Herpes Zoster. Ia menyerang mereka yang mempunyai immuniti badan yang rendah spt baru sembuh dari penyakit/pembedahan, kencing manis, golongan berusia, pesakit AIDS, baru lepas bersalin, dll. Ia akan membentuk gelembung merah pada badan yang tertumpu ke bahagian badan tertentu mengikut pembahagian saraf yang terasa pijar dan sakit. Apabila ia sembuh selalunya akan meninggalkan parut.

Ia berpunca daripada penyakit "chicken Pop" yang kita pernah alami. virus ini menjadi doman atau diam di sesuatu bahagian dalam saraf kita. dan aktif semula apabila imuniti badan kita menurun.

Apa yang kita dapat lihat dari gambar di atas ialah garis saraf badan kita. ia hanya menyerang pada garis2 saraf itu sahaja tanpa mengganggu bahagian yang lain. contohnya. jika ia menyerang pada gari T10 cuma garis T10 sahaja yang akan di tumbuhi kayap.
beginilah keadaan di bawah lapisan kulit yang di jangkiti virus ini
Apa yang perlu anda lakukan

Tidak perlu mendengar kata orang yang menyuruh anda mencari penawar dengan berjumpa bomoh, janda kahwin teruna atau sebagai nya untuk mengubati penyakit anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pergi berjumpa pakar kulit dan dapatkan rawatan di sana.

Anda akan di bekal kan dengan vitamin untuk meningkatkan imun sistem, krim sapu, ubat menahan gatal atau mungkin juga suntikan untuk menghapuskan virus dari dalam. selalu nya rawatan ini hanya akan mengambil masa seminggu bergantung kepada keseriusan keadaan anda.
Antara ubat-ubat yang mungkin anda terima termasuklah :
krim ini di berikan untuk di sapu 5kali sehari
vitamin c yang sememangnya bagus untuk kulit
pil untuk menahan rasa gatal 
Insyallah anda mungkin sembuh dalam masa yang singkat jika kena ubatnya dan anda tidak menunggu sehingga keadaan makin serius.

SElamat merawat. Semoga cepat sembuh!