daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, November 14, 2012

PEngalaman Di Rumah Itu



Perpindahan Kami dari Ampang ke Bukit Hulu Langat sudah hampir 7 bulan berlalu.. Motif pindah situ senang tak lain dan tak bukan ialah untuk memudah kan perjalanan aku ke tempat kerja di Putrajaya di samping babysitter Iman yang sangat- sangat lah berdekatan.

Sepanjang berpindah ke situ belum ada lagi perkara-perkara pelik yang berlaku Cuma pada malam ke tiga aku di situ aku ada la nampak sesuatu dari balcony masuk ke dalam rumah dan hilang di dapur selain dari tu memang tak ada apa-apa yang merisaukan... dan dia pun tak la kacau aku atau sesiapa saja ahli keluarga aku. so aku suspect dia menyinggah je kot..

so pada bulan ke 7 aku di situ terjadi la sesuatu yang sangat la di luar jangkaan. Malam tu penghujung Oktober 2012 dan aku masih ingat dengan jelas apa yang berlaku.
Malam tu aku tido awal around 9 dah masuk tido pun lepas iman tido so aku pun terselamat sama la... tido dengan nyenyaknya... around 11pm aku tersedar cube membaca sms dan facebook sebab tetiba tak boleh nak tido.

Suddenly jam menunjukkan pukul 11.45malam..  Aku memandang iman yang dah nyenyak tido di sebelah ku.. out of the sudden tilam spring tu tiba2 mengelembung membentuk makhluk yang macam orang yang sedang tidur di bawah tilam( korang paham x penerangan aku nih) suara aku pun macam dah di tekan. aku cuma mampu sebut Allah beberapa kali sambil memandang Iman dan berharap tidak ada apa2 yang akan mengganggu dia.

Entah macam mana tiba-tiba makhluk tu melingkar ke badan aku aku dapat rasa betapa berbulu nya makhluk tu. Dan tak semena-mena tangan kanan aku terasan sesuatu yang tajam (dalam kepala hotak xde lain dah.. confirm gigi) aku cuma mampu berkata dalam hati "YaAllah.. apa Pulak ni.. apa yang dia nak buat kat aku." aku kuatkan semangat yang ada untuk jerit sekuat hati "ALLAHU AKBAR" aku berjaya.. di menghempas aku ke katil dan lenyap tiba2.. aku perasan curtain sliding door bilik bagaikan di tiup angin..

Aku terpaku untuk beberapa minit sebelum memikirkan nak baggi tau siapa. Aku cek Iman...Alhamdullilah.. iman masih tidur lena dan tidak di ganggu mungkin berkat aku bacakan ayatul Qursyi sebelum iman tidur...

Aku harap peristiwa tu sampai di situ sahaja.. aku percaya dia cuma singgah atau ikut aku balik dari mana-mana... sebab... hehehe hanya aku yg tau dan boleh rasa semangat tu.