daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, January 21, 2013

Pengarah Tak Buat Homework



Drama bersiri  Janji Shirah  di Slot terbaru TV3 Arahan Along Kamaluddin Penerbit : Primeworks Studios bersama barisan pelakon hebat antaranya Nabila Huda ,Iqram Dinzly ,Airiel Zafril ,Ako Mustapha,Fauzi Nawi ini telah menemui penonton setiap hari Ahad 9mlm...

Apa yang aku nak komen kat sini ialah.....Pengarah cerita ni tak buat homework ke?

Banyak benda yang buat aku tergelak berguling depan TV. Jalan cerita dah bagus cuma nya banyak perkara kecik yang di anggap remeh sampai jadi macam tak logik.

Antaranya termasuklah:

Kes 1#
Adengan Rumah seorang cleaner and Guard yang sentiasa kesusahan duit boleh menyewa kat rumah teres 2 tingkat yang berada di tengah bandar sah sah la sewanya pun dah cecah mungkin lebih RM2000..  sedangkan si suami asik kehabisan duit..pulak tu manjang mintak kat 2nd wife dan si isteri  1st wife pulak sebok nak menanggung anak-anak...

kes 2 #
Kakak nya lakonan sherly merlis dan memerlukan duit pembedahan berjumlah RM50k terpaksa la pulak buat derma kilat tapi yang menghairan kan aku.. dia boleh pulak duduk hospital swasta  bertambah menghairankan lagi boleh pulak duduk bilik VIP yang semua orang serba maklum how much it will cost you.

Kes 3#
Bila Ibu kak Azah menelefon Ambulan untuk membawa Azah ke hospital, boleh pulak tiada waris yang ikut sama dalam ambulan + shirah pulak yang mungkin sampai dulu ke hospital memandangkan dia terus menuju ke hospital sedangkan ambulan datang lambat ke rumah mereka... (lagi bagus dia balik dan ambik kakaknya ke hospital lagi cepat dan dramatik kot)

 Ahak! nasiblah baru 2 episod... kalau dah banyak lagi banyak bende yang aku nak komen pasal cerita ni... kah3.... sorry la tuan pengaraha... cuma pandangan penonton yang tidak tau macam mana nak mengarah sahaja..