daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Friday, June 30, 2017

Blog berhabuk!

Dah lebih setahun... tak dapat nak update blog sendiri kes terlupa password.... Alhamdullilah dapat balik...  actually ada banyak yg terjadi untuk setahun lebih ni... pahit manis suka duka semua nya lengkap....

Syukur itu nikmat... tak semua yang kita nak kita boleh dapat tapi kita pasti dapat yang terbaik....

Biarlah kisah pahit sedih dah duka berlalu  sebagai peringatan... semoga yg indah dan manis tidak melalaikan....

Alhamdullilah.. started May2016 kisah manis seiring yg duka....bermula suka2 akhirnya kami punya biz kecil untuk di usahakan.... accounting services...
By 2017 biz kecil ini mula berkembang... dan rasa nya kami perlu lbih focus... inshallah Allah permudahkan....

2 kerja dalam 1 masa memang memenatkan.... tapi kami enjoy... this is what we want... alhamdullilah...

Semoga kami terus ikhlas mengusahakan nya....

Wednesday, November 4, 2015

Dentist / Dr Gigi


Hari ni 30/10/2015.... Last jumpa dentist masa sekolah dulu kot... Xpenah nak pegi klinik sendiri sbb dentist puji gigi aku cantik... So aku pun lupa diri la malas nak pegi mana2 dentist...
Tapi hari ni xleh tahan... Gigi belubang oiii
Ngilu tahap sampai sakit kepala la kesah nya...
So pagi2 da ajak incik suami pegi bangi klinik Lisa Alis. Aku da bagi ic da menunggu.. Kos tampal dalam rm90 and above la... Ramai gak orang pepagi ni...
Sambil menunggu aku asik dengar je mesin drill ke apa gigi la kat dalam bilik tu... Perghhh nervous jangan cite la..
Start la x senang duduk.,. Last nya aku keluar... Incik husband bary nak masuk nak tunggu sekali aku ajak kluar dah jom p klinik lain la....
So kami p ke kajang.
Klinik ni mintak tolong budak office wasap kan alamat klinik yg dia pegi last few months... Kata nya bagus... Soft je. Ok fine tepengaruh... Aku pun pegi lahhhh.... 
Duduk jap menunggu dentist aku snap pic senarai harga servis klinik gigi... Kasi korang belek2.
Masa dtg pagi around 10 tu xde sorang pun aku je la..





Agak malang time aku dtg dr noorazlina tu cuti bersalin... Di ganti dengan dr lelaki.. Ok la... Tampal gigi sementara kena rm80 termasuk ubat....

Ok done!
Semoga bermanfaat

Friday, September 4, 2015

Workshop Ampang/ Wong Auto Service

Dah lama nak Up bab bengkel kereta ni... 
6 tahun dah menggunakan perkhidmatan  WONG AUTO SERVICE ni so far memang terbaik..! 

Memandangkan aku x brp pandai bab kereta ni so aku senang berurusan kat sini... Selamat sikit rasa nya

Even dah pindah duduk Putrajaya pun still datang ampang sebab nak service..
Bab harga sini standard... 
Nak kata mahal x nak kata murah sangat tak la jugak...

Tapi service dia mmg the best...! Xde la kes kena ketuk ke kena paku ke... Atau menipu letak barang murah charge mahal2 ke.. Semua tu tidak berlaku di sini

Best nya kedai si Wong ni dia jujur business la.. Kadang sampai betekak dengan dia bila aku cakap nak tambah gas aircond dia cakap x payah, laras sampai 5 masih boleh sejuk.. 

Nak tukar tayar pulak oo bunga ada lagi ni rugi tukar skrg...
At least x macam kedai lain yg x rosak semua suruh tukar.. Service dia pun semua puas hati tak de kes kena datang balik ke apa

Recommended sangat kedai ni uolls!
Bawah ni few pictures untuk korang tatap...

Ini lah Mr Wong

Ni kes hari tu minyak hitam leaking 


Ni kos baiki 

Lokasi nya:
No 35 jln Nirwana 1/1
Taman Nirwana
68000 Ampang

Berdekatan dengan Galaxy ampang

Semoga bermanfaat...






Thursday, June 11, 2015

GOJES by Qaseh Gold



🌷Aspirasi GOJES🌷
🌹Memelihara AMANAH
🌹Mencantikkan diri untuk KELUARGA
("gunakan barangan AnA demi demi keharmonian keluarga,BUKAN untuk memperaga")
🌹Kecantikan bermula dari kesihatan DALAMAN
🌹pilihan yg SUCI,SELAMAT,SIHAT & SEMULAJADI 
🌹menekankan konsep BARAKAH

🌸Keunikan ramuan GOJES🌸
🌹Kurma
🌹Madu
🌹Delima
🌹Kologen marin 
      🌻Menyokong kelembapan kulit
      🌻Membantu mengurangkan kedutan
      🌻membantu mencerahkan  kulit& mengurangkan pigmentasi

🌹Cuka kurma
     🌻melancarkan perjalanan darah
     🌻membantu pencernaan /sistem penghadaman
     🌻membantu menyahkan toksik dari badan (Detox)

🌹Teratai salju(snow lotus)
     🌻anti radang,anti Fungus,anti oksidan
     🌻membantu menguatkan siatem kardio-vaskular
     🌻menguatkan sistem imun badan
      🌻membantu menggantikan sel2 mati(hilangkan kulit kusam)

🌹acelora Ceri
     🌻kandungan anti oksidan yg tinggi
     🌻Anti radang n mengawal paras gula
     🌻membaNtu proses baikpulih sel n tisu badan

🌹Sakura
     🌻mengecilkan pori &menyerlahkan "pinkish" kulit
      🌻menyokong kelembapan kulit
      🌻membantu tekstur kulit
     🌻Sesuai utk kulit sensitif 
      🌻Membantu menstabilkan gula dalam darah
      🌻Melotonin membantu memperbaiki tidur n rehat

🌹Astaxanthin
      🌻kandungan anti oksidan yg tinggi
      🌻membantu memelihara kelembapan kulit
      🌻membantu mengurangkan kedutan
     🌻membantu mengurangkan tompokan
     🌻meningkatkan tahap elastin dlm kulit kita -keanjalan

🌹Argan
     🌻melancarkan perjalanan darah
     🌻menstabilkan glukos dalam darah
     🌻berfungsi sebgai anti radang,antioksidan(polyphenol)
    🌻membantu menguatkan sel
    🌻kuatkan sistem imum

#amaran!
Tidak sesuai buat Ibu Hamil

#harga RM140.00 excl postage
 Pm for order 
0122336104 / baizura

Tuesday, June 2, 2015

Jellyfish

OBOR-OBOR



Apakah itu obor-obor?

Menurut pakar-pakar biologi marin, obor-obor adalah satu istilah digunakan bagi menjelaskan mengenai sejenis hidupan laut yang jasadnya 'bergelatin' atau mengandungi bahan seolah gelatin (lembut seperti 'jeli').
Medusae

Terdapat beberapa jenis obor-obor termasuk jenis yang menyengat, dipanggil 'medusae', dan yang bukan menyengat dipanggil sebagai 'comb jellies' atau 'ctenophora'.

Comb jellies 

Adakah obor-obor membawa bahaya?

Seorang penyelam skuba veteran, Steven Martyn, yang ditemui di sebuah hospital di sini menjelaskan bahawa badan obor-obor yang lembut serta lutcahaya kelihatan mudah menjadi makanan kepada pemangsa yang hidup di laut.

Tetapi jangan terperanjat jika mendapat tahu obor-obor dapat membesar tanpa di makan pemangsa, kata beliau.

"Nampak sahaja badan seperti obor-obor tiada perlindungan, tetapi awas sesungutnya mempunyai puluhan atau ratusan sel menyengat yang dikenali sebagai 'nematocysts'.

"Nematocysts ini tugasnya melindungi obor-obor daripada pemangsa," jelas beliau.

Menurut Martyn, yang mempunyai sarjana dalam biologi marin, bergantung kepada jenis obor-obor yang menyerang, sengatan boleh mencederakan atau hingga boleh membawa maut.

ELAK BAHAYA

Martyn menjelaskan bahawa cara terbaik menghindar serangan obor-obor adalah sebolehnya cuba elak daripada bertembung dengan hidupan itu.

"Ada jenis bobor-obor yang terapung di permukaan air, ada yang berenang di bawah permukaan (air). Jenis ampai-ampai (obor-obor) kotak sukar dikesan oleh pandangan mata kasar.

"Sesungut obor-obor boleh melekat di kulit manusia dan melepaskan bisa hingga berminggu lamanya," kata beliau.

Menurut Martyn, sengatan daripada ampai-ampai yang jenis sebenar (bukan dari jenis beracun), adalah paling kurang toksik dan sakit.

Hydrozoans

"Daripada pengalaman peribadi saya, sengatan dari 'Hydrozoans' (Portuguese man-of-war) adalah sangat sakit dan sehingga boleh meninggalkan parut di tempat sengatan manakala sengatan dari jenis Cubozoans seperti ampai-ampai kotak boleh membawa maut dalam 60 saat.

"Cara nak rawat sengatan obor-obor bergantung kepada jenis obor-obor yang menyerang dan di mana tempat yang disengat serta tindakbalas imun mangsa," kata beliau dan menambah bahawa penyelam skuba sering menjadi mangsa sengatan obor-obor.

"Ada sengatan obor-obor yang mendatangkan kesakitan teruk dan mengeluarkan venom yang toksik. Jadi peralatan bantuan kecemasan seperti cuka, penyepit (tweezers) serta sarung tangan mesti sentiasa ada dalam kotak bantuan kecemasan.

"Suntikan epinephrine dan penawar racun sengatan juga mestilah ada," kata Martyn. - Bernama