daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Friday, May 6, 2011

Perkembangan kandungan dari minggu 27 hingga minggu 34

Minggu 27 :

Minggu pertama trimester ketiga, paru-paru, hati dan sistem ketahanan tubuh masih perlu dimatangkan lagi. Namun jika bayi dilahirkan, dia memiliki peluang 85% untuk bertahan/hidup.

deria rasa mulai terbentuk. Bayi juga sudah pandai mengisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya. Berat bayi sketika ini ialah 870-890 gram dengan tinggi badan 36-38 cm.
Minggu 28 :


Minggu ini beratnya 1100 gram dan panjangnya 25 cm. Otak bayi semakin berkembang dan meluas. Lapisan lemak pun semakin bertambah dan rambutnya terus tumbuh

Lemak dalam badan mulai bertambah. Walaupun gerakan bayi sudah mulai terbatas karena beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah boleh berkelip bila melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini dia lahir ke dunia, bayi berkemungkinan sudah boleh hidup.
 
Minggu 29 :

Kelenjar adrenalin bayi sudah mula menghasilkan hormon seperti androgen dan estrogen. Hormon ini akan menstimulasi hormon prolaktin di dalam tubuh ibu sehingga merangsang kolostrum (air susu yang pertama kali keluar saat menyusui).

bayi semakin sensitif,dan sudah boleh mengetahui perubahan suara, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak bayi sudah boleh mengawal nafas dan mengatur suhu badan. Bentuk badan bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang manusia, berat badannya 1100-1200 gram, dengan tinggi badan 37-39 cm.
 
 

Minggu30 :

Lemak dan berat badan bayi terus bertambah sehingga berat bayi sekarang sekitar 1400 gram dan panjangnya 27 cm. bayi semakin besar, pergerakannya semakin terasa

Mata bayi sudah mulai bergerak dan dia sudah mula belajar untuk membuka dan menutup matanya. ketika ini waktu yang terbaik bagi ibu untuk menggosok perut dan menggerak-gerakan cahaya (lampu suluh),mata bayi sudah boleh mengikut ke arah mana cahaya lampu suluh tersebut bersinar.cairan ketuban (amniotic fluid) di rahim ibu semakin berkurang. Kini si kecil pun sudah mulai memproduksi air mata. Berat badan bayi 1510-1550 gram, dengan tinggi 39-40 cm.


Minggu 31 :

Plasenta masih memberikan nutrisi yang diperlukan bayi. Aliran darah di plasenta membolehkan bayi menghasilkan air kencing. Ia mengalir hampir 500 ml sehari di dalam air ketuban

Perkembangan fizikal bayi sudah mula berkurangan pada fasa ini, hanya berat badan bayi yang akan bertambah. Selain itu lapisan lemak akan semakin bertambah dibawah lapisan kulitnya. Tulang pada tubuh bayi sudah mula mengeras, berkembang dan mula memadat dengan zat-zat penting seperti kalsium, zat besi, fosforus. Berlawanan dengan perkembangan ffizikalnya, pada fasa ini perkembangan otaknya yang terus berkembang dengan cepat dan menghasilkan berjuta sel. Apabila diperdengarkan muzik/lagu2, bayi akan bergerak. Berat badan bayi 1550-1560 gram dengan tinggi 41-43 cm. 
 
Minggu 32 :

Jari tangan dan kaki telah tumbuh sempurna, begitu juga dengan bulu mata, bulu kening dan rambut di kepala bayi yang semakin jelas. Lanugo(roma halus)yang menutupi tubuh bayi mula gugur tetapi sebahagian masih ada di bahu dan punggung waktu dilahirkan. Dengan berat 1800 gram dan panjang 29 cm, kemampuan untuk bertahan hidup di luar rahim sudah lebih baik apabila di dilahirkan pada minggu ini.

Kulit bayi semakin merah, kelopak matanya juga telah terbuka dan system pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. Kuku dari jari  tangan dan kaki si kecil sudah lengkap dan sempurna. Rambutnya pun semakin banyak dan semakin panjang. Bayi sudah boleh bermimpi, .

Minggu ke-33 :

Bayi telah memiliki bentuk wajah yang menyerupai ayah dan ibunya. Otak bayi semakin cepat berkembang.  bayi sudah menghisap jarinya dan sudah boleh menelan. Walaupun tulang-tulang bayi sudah semakin mengeras tetapi otot-otot bayi belum benar-benar bersatu. Bayi sudah boleh menarik nafas dalam-dalam walaupun nafasnya masih di dalam air. jika bayinya lelaki maka testis bayi sudah mulai turun dari perut menuju skrotum. Berat badan bayi 1800-1900 gram, dengan tinggi badan sekitar 43-45 cm.

Minggu 34 :

bayi semakin dekat dengan pintu rahim. Bayi sudah dapat membuka dan menutup mata apabila mengantuk dan tidur, bayi juga sudah mula mengedipkan matanya. Tubuh ibu juga memberikan antibodi melalui darah  ke dalam darah bayi yang berfungsi sebagai sistem ketahanan tubuhnya dan proses ini akan terus malah lebih baik pada waktu ibu menyusukan bayi. Berat Badan bayi 2000-2010 gram, dengan tinggi badan  45-46 cm. 
 

Wednesday, April 27, 2011

Tips Kitaran Haid & Waktu Subur



Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita.
Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul.
Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.


P/s: Cdt to Scripters

HArgailah Isteri Anda



Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 10 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jangan takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jangan la berebut dengan anak untuk menyusu pulak....
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

p/s :  credit to Basri Mukri, Scripters

Monday, April 4, 2011

Aktiviti Hujung Minggu di KL

Hujung minggu datang lagi.. Bosan dan tak tau nak buat aktiviti apa lagi-lagi duduk kat KL. Asyik-asyik ke Mall, bershopping dan menghabiskan duit.
Apa kata kita cuba aktiviti yang lain selain bershopping. lebih seronok dan tak klua banyak duit...
Jom tengok apa yang boleh kita buat


FRIM (Forest Research Institute Malaysia)
Lokasi  : Selayang, Selangor
Parking Murah RM 3.00 (kereta)
RM 2.00 (motor)
Aktivit yang terdapat kat sini memang banyak especially kalau suke adventure & nature.
Antara aktiviti menarik ialah :
  • Jungle Trekking (free je.. yang penting stamina kuat. jalan je ikut tepi waterfall)
  • Canopy walk - bila dah jalan penat sampai atas boleh tengok KL dr canopy walk yang dia buat kat atas pokok.memamng seronok. bayaran dia pulak seperti dibawa :
RM10.00 (foreigner adult)
RM5.00 (Local adult)
RM3.00 (students age 13 years old onwards – must show your student ID)
RM1.00 (children age 7 – 12 years old)





















Selain dari itu ada jugak activiti, berkelah, camping, melawat rumah tradisional, photography, muzium dan macam-macam lagi lah. try click link FRIM ni for more info http://www.frim.gov.my



TAMAN LAYANG-LAYANG KEPONG

Kalau anda melalui MRR2 menghala ke sungai buloh, pasti akan perasan satu park sebelum sampai FRIM, siap ada tasik (taman layang-layang kepong). kalau lalu petang-petang waktu angin angin meriah kawasan ni, sebab ramai warga KL yang turun dengan family main layang-layang. memang boleh tengok macam-macam jenis layang-layang.
kat sini juga ada playground untuk kanak-kanak, trek joging dan boleh jugak berkelah tepi tasik sambil tengok orang main layang-layang.
Kemudahan-kemudahan lain juga di sediakan seperti, toilet, car park, boat house, nak main basikal pun boleh, memancing pun di benarkan kat sini..
So ape tunggu lagi bawak la family.



FIREFLY PARK (taman kunang-kunang)
Lokasi : Kuala Selangor
di buka sekitar waktu 7.30pm sampai 11pm. bayaran masuk dalam RM15 seorang dewasa dan RM 8 kanak2.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1setengah jam dari KL. makanan jangan risau sini ada restaurant jugak.
sampai di sini selepas membayar tiket anda boleh naik sampan ke sungai selangor untuk tengok kunang-kunang ni.sampan ni boleh memuatkan 20 org dalam sekali perjalanan.



AQUARIA KLCC - AN OCEAN OF DISCOVERY

Aquaria Klcc just belakang klcc je... memang akan nampak signboard nak ke sana. so senang.. parking pun senang. RM 6 per entry macam tu.
Dijamin seronok. boleh la discover pasal hidupan laut. paling best bila jalan-jalan bawah aquarium yang besar tu. rasa macam jalan dalam laut.
anda juga berpeluang nak pegang tapak sulaiman ke, yu pasir ke.. memang seronok. view sangat cantik.

boleh jalan-jalan kat Aquaria atau pun ke Aquazone- fish therapy. semua nya memang seronok dan kawasan nya pun luas.

Harga tiket ke Aquaria KLCC:
  • Dewasa (mykad) -RM 35
  • Kanak2 (bawah 12 tahun with mykid) -RM 25
  • Senior Citizen  -  RM 25 
Harga Tiket ke Aquazone:
  • Dewasa (mykad) - RM 38
  • Kanak2 (with mykad) - RM22
  • Senior Citizen - RM 22
Harga Tiket Combo ( Aquaria + Aquazone)
  • Dewasa (mykad) -  RM 68
  • Kanak2 (with mykid) - RM 45
  • Senior Citizen  - RM 45
Peta ke Aquaria KLCC



Boleh cek link ni   http://www.aquariaklcc.com/klaquaria/index.asp


 SENTUL WEST PARK

Pernah ke Sentul Park?? kawasan seluas 35 ekar ini telah dibina dengan landskap 18th century. kawasan yang cantik, kehijauan dan tenang jauh dari kesibukan kotaraya.
salah satu bangunan yang terdapat di sini.. sangat unik
bayarana masuk?? free je.. this is open park for public. cantik untuk ambik gambar
Kat sini jugak ada KL Performing Arts Centre (Pentas Seni KL) so boleh la layan art, teater ke.. bagi yang minat. rajin-rajin la cek website dia orang kat sini http://www.klpac.org/?page_id=30.

Selain dari tu sini juga ada Japanese Garden. yang sangat damai dan cantik. package sekali dengan restaurant jepun nya, termasuk kolam ikan koi sekali. bayaran masuk... FOC.. kecuali makan-makan.. bayar la ye..

ni Japanese garden dia - cantik kan??
Ni location Map dia. lepas ni boleh pegi
banyak lagi tempat-tempat menarik sekitar KL ni. ni cume suku daripadanya.. so selamat berhujung minggu.. semoga hujung minggu anda lebih bermakna dengan insan tersayang.

Tuesday, March 29, 2011

Hujan Adalah Rahmat Allah


Sesungguhnya hujan yang turun adalah sebagian dari rahmat Allah kepada kita tanpa di sedari. Oleh sebab itu jangan sesekali mencela atau mengeluh dan mencaci rahmatnya.

Hujan adakalanya mengganggu sedikit Aktiviti kita namun sebagai hamba adalah tidak layak kita mencela pemberian/ rahmat Allah ini. selalu kita mendengar kata-kata seperti "alamak hujan lagi" "hujan pulak, habis rosak plan aku"  dan sebagai nya.
Tanpa kita sedar kata-kata ini termasuk dalam Kesyirikkan sebagaimana seseorang mencela makhluk yang tidak dapat berbuat apa-apa seperti (masa)
Nabi s.a.w bersabda bahawasanya Allah berfirman" manusia menyakitiku, dia mencaci maki (masa)sedangkan aku adalah pemilik dan pengatur masa, akulah yang mengatur malam dan siang menjadi bersilih ganti." (HR Bukhari & Muslim) Rasullulah s.a.w juga bersabda bahawasanya jangan lah kamu mencaci maki angin,(HR Tirmidzi)

Dari Dalil di atas dapat di simpulkan bahawa mencaci maki masa, angin dan segala makhluk lain yang tidak dapat berbuat apa-apa termasuklah hujan adalah terlarang.Larangan ini juga boleh membawa kepada Syirik Akbar (syirik yang mengeluarkan seseorang dari islam) jika di yakini kedatangan mahluk2 tersebut sebagai sesuatu yang hina terjadi.
Jika kita yakin bahawa makhluk(cuaca,angin atau masa) tersebut yang menjadikan baik dan buruk nya hari itu sesungguhnya ia sama sahaja dengan mengatakan ada pencipta lain selain Allah.Namun, kalau di yakini yang menakdirkan adalah Allah sedangkan mahkluk makhluk tersebut bukan pelaku(berlaku hanya kerana kehendak allah) dan hanya sebagai sebab sahaja, maka seperti ini hukumnya haram,tetapi tidak sampai kepada syirik.
selain itu kalau dimaksudkan sebagai memberitahu seperti "hari ni hujan tak boleh nak ke masjid berjamaah" tanpa ada tujuan mencela seperti ini tidaklah mengapa.
Hujan adalah salah satu tanda kekuasaan dan kebesaran Allah kepada kita. begitu banyak surah2 yang di turun kan kepada kita supaya kita bersyukur.

"....Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya adalah bahwa dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira, dan untuk merasakan kepadamu sebahagian dari rahmat-Nya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) supaya kamu dapat mencari Kurniaan-Nya; mudah-mudahan kamu bersyukur. (Ar-rum;46)

Pembawa berita gembira Maksudnya: awan yang tebal yang ditiup angin lalu menurunkan hujan. kerananya dapat kita merasakan rahmat Allah dengan tumbuhnya biji-biji yang Telah disemaikan dan menghijaunya tanaman-tanaman serta berbuahnya tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

".... Allah, dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, Maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira. (Ar-rum:48)

"....Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu Telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu, Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. seperti Itulah kami membangkitkan orang-orang yang Telah mati, Mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.(Al A’raf:57)

".....Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. (Al Fathir:27)

“Masih banyak lagi ayat-ayat al qur’an yang menyatakan bahawa hujan adalah salah satu bukti kebesaran Allah, rasanya tidak elok bagi kita yang mengaku beriman, tapi kemudian ‘menyesali’ kedatangan salah satu tanda kebesaran- Nya itu.............."

Bagaimana pula kalau hujan yang lebat yang membawa kepada Banjir dan Bencana???

“Adakalanya memang hujan yang menyebabkan banjir dan bencana seperti itu, tetapi langsung tidak mengurangkan erti hujan sebagai salah satu tanda kebesaran Allah, Oleh yang demikian bencana banjir atau sejenisnya yang diakibatkan oleh hujan juga boleh kita katakan sebagai salah satu tanda kebesaran Allah untuk memperingatkan kita...........”

Selain menggambarkan hujan sebagai rahmat, dengan menyirami bumi yang tandus dan menumbuhkan tumbuhan sebagai rezeki bagi kita, al qur’an juga menceritakan bagaimana sebahagian umat-umat terdahulu diperingatkan Allah dengan datangnya hujan yang membawa malapetaka kepada mereka, yang diakibatkan ‘penentangan’ mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya......

Malah ada kaum terdahulu yang diazab dengan hujan batu seperti kaum Nabi Luth kerana melakukan fahisyah (homoseksual) 

58.  Dan kami turunkan hujan atas mereka (hujan batu), Maka amat buruklah hujan yang ditimpakan atas orang-orang yang diberi peringatan itu.


40.  Dan Sesungguhnya mereka (kaum musyrik Mekah) Telah melalui sebuah negeri (Sadum) yang (dulu) dihujani dengan hujan yang sejelek-jeleknya (hujan batu). Maka apakah mereka tidak menyaksikan runtuhan itu; bahkan adalah mereka itu tidak mengharapkan akan kebangkitan.

Juga kaum Nabi Nuh  bahkan anaknya juga turut ditenggelamkan oleh Allah dengan hujan dan banjir karena pengingkarannya terhadap seruan Nabi Nuh..

Maka jagalah lidah kita agar lidah ini sering bersyukur dengan rahmat Allah dan semoga Allah melindungi kita dari banyak mencela. wallahualam

disini saya selitkan doa-doa yang boleh di amalkan


1.       Doa ketika ada angin kencang
“Allahumma innii As-aluka Khoiroaa Wakhoiro Maa Fiihaa Wakhoiro Maa Arsalta Bihi Wa-a ‘Uudzu Bika Min Syarrihaa Wasyarri Ma arsalta Bih
.
Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepadaMu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apa sahaja yang ada padanya dan kebaikan yang di bawanya, dan aku berlindung kepadaMu akan kejahatan dan kejahatan yang di bawanya.
2.       Di waktu hujan turun
Allahuma Shayiban Naafi’a 
Ya Allah semoga lebat dan bermanfaat.
3.       Setelah Hujan berhenti
Muthirnaa Bifadhlillaahi Warohmatih. 
Kami di beri hujan ini kerana Allah dan rahmatnya
4.       Mohon perlindungan dari hujan yang membawa bencana
Allahumma Hawaalainaa Walaa ‘Alainaa, Allahumma ‘Alal Aakami Wazh-zhiroobi Wabuthuunil Audiyati Wamanaabitisysyajar. 
Ya Allah curahkan hujan ini di sekeliling kami dan bukan di atas kami, Ya Allah curahkan di atas hutan hutan, di tengah tengah lembah dan tempat  tempat  tumbuhnya pokok.
5.       Doa ketika mendengar petir
Subhaana Mayyusabbihur Ro’du Bihamdika Wal Malaa-ikatu Min Khiifatih. 
Maha suci Dzat yang petirpun bertasbih dengan puji pujiNya dan juga malaikat kerana takut padaNya.

Atau boleh juga:
Allahumma Laa Taqtulnaa Bighodhobika Walaa Tuhliknaa Bi’Adzaabika Wa-‘aafinaa Qobla Dzaalik. 
Ya Allah janganlah  engkau  membunuh kami dengan kemurkaanMu, dan janganlah engkau memusnahkan kami kerana siksaMu, dan ampunilah kami sebelum semua itu.

Wallahualam bi sowab..
sesungguhnya kekurangan itu datang dari saya dah segala kebaikkan itu datang dari Allah s.w.t