daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, July 4, 2011

Newborn Check List


Post ni sekadar berkongsi dengan semua pasal barang-barang baby yang aku dah beli termasuk la wish list nya sekali. Mana tau ada yang tertinggal lupa atau mungkin boleh share apa yang patut dan tak patut di sediakan untuk sambut kelahiran baby sulong ni. almaklum la.. anak 1st ni mesti la excited terlebih...

Antara yang aku dah beli :- 




Mitten & booties  - 12set  (MANJAKU - mix brands) {RM62.10)


Carter's Girl Bodysuit, 5pc set - RM 35.90 (one baby World)

  • Hats - 3pcs (MANJAKU) {RM18.90}
  • Jumper  (Newborn)- 1pcs (PRIDE n JOY) {RM14.90}
  • long sleeve set - 6sets (PRIDE n JOY) {RM 62.60}
  • Short sleeve set (new born) - 4set (MANJAKU - fiffy) {RM49.70}
  • short sleeve (newborn + 3months++)- 4pcs (MANJAKU- fiffy) {RM20.20}
  • baby Napkins - 10pcs (JUSCO - anakku) {RM20.90}
  • swaddle/ blanket - 2pcs (KAJANG) {RM 15.80}
  • cotton ball - 1 (JUSCO) {RM 2.90}
  • Autumnz nursing Poncho - One Baby world - {RM 37.90}
    Baby Bath towel - 2pcs (TESCO & JUSCO) {RM 17.80}



    Dimple Pillow - Bumble bee - One Baby World - RM9.95

    Bumblee Bee Stroller Pad - RM28 (one baby world)
    Beading -1set (MELAKA) {RM25.00} - gift from mom
    pillow & bolster  - 1 set (JUSCO- sweet cherry) {RM12.90}


      rubber cot sheet - 1 (MANJAKU - pureen) {RM 14.90}
    Wet tissue  -  2bottles + 2 in plastic pack (JUSCO- tollyjoy/pureen) {RM 20.80}


    Ameda Lactaline breast pump(manual, electric & baterry Function) + cooler bag+ ice pack + 8bottle storage - 1 set  (LITTLE WHIZ - online shop) {RM 939.00)
    Sterilizer combo pack jingle jungle - RM129.00  (enjoy breastfeed.com)

    Bottle warmer 2 in 1 little bean (bottle, food and sterilizer function) - 1 (LITTLE WHIZ -online shop) {RM 89.90}


    Nursing / drypers bag - 2pcs (MANJAKU - fiffy) {RM22.50}

    • Hot & cold pack - 1pcs (2 holes) (JUSCO - Bebe) {RM12.90} - want to give people (not fit enough for my TT bottle)

    nipple former - 1 pair (MANJAKU ) {RM 10.90}
      maternity pad with belt - 5boxes (JUSCO,C4) {RM 55.50}
      socks for mummy - 3pairs (TESCO) {RM 10.00}
      napkins clipper + pins -  1 set (MR D.I.Y) {RM RM 5.80}
      Autumz Air dry bag for baby feeding equipment - 1 (LITTLE WHIZ - online shop) {RM 4.90}
      powder puff case - 1pcs (MR D.I.Y) {RM 3.90}
      Thermost - 1 (TESCO) {RM 10.00}
      Fiffy dry rack - 1 (MANJAKU) {RM 13.90}

      2oz bottle - 2pcs (MANJAKU - pureen bpa free) {RM 20.80}

      Tommee Tippee 5oz Feeding bottles - Twin pack - One Baby World - RM 44.01
      Diaper rash Cream - baby Johnson (JUSCO) {RM 7.90}
      Drypers s size- Baby Like- 74pcs (MANJAKU) {RM 23.90}
      Cotton bud - 2 boxes (MANJAKU) {RM 7.40}
      Thermometer for bath (OneBabyWorld - Safety unite) {RM 8.90}

      Bath tub - (MANJAKU -sweet cherry) {RM 17.90}

      bath set by Anakku - 1 box (JUSCO) {RM 12.90}
      Bath tub mat - (MANJAKU - Fiffy) {RM 10.90}

      Mesh _bath support - (OneBabyWorld - Baby love) {RM 16.90}

      Face towel -Bebe  (JUSCO) {RM 3.90}
      Cleaning brush - (MANJAKU - fiffy) {RM 4.90}
      Aspirador Nasal - (MANJAKU - Pigeon) {RM 12.90}
      Jinggle Jungle smart casual exec cooler bag (Little Whiz - online shop) {RM 23.00}
      Nursing bra (OneBabyWorld - Abba) {RM 37.80}

      Ambre Comfort Maternity and Nursing Bra (light mocha) RM 13.90
      Enjoy Breastfeed.com

      Nursing pad - fiffy + tollyjoy  (MANJAKU) {RM 12.00}
        Disposable Maternity Panties  2sets (MANJAKU- Pureen ) {RM 13.80}
        Set of cooler bag - Jinggle Jungle - (smart casual exec cooler bag + 4 ice packs +plastic breast milk storage ) -(Little Whiz- Online shop) - {RM 56.50}
        Receiving Blanket-3pcs -  one baby world - RM 30.00
        Cawat, barut - (from mother in law - FOC)
          Bakul bertutup for hospital use - Gift from Mom


          Nappy liner - 1 box (MANJAKU - pureen) {RM 10.90}

        car seat - Aldo Ego - One Baby World - RM299 - 20% discount = RM 239
          Stroller - Jogger - Sweet Cherry -Jusco - RM119 - 5% discount = RM 113.05 
            Bright Start Toy - mom's care - RM20.00 



            Mosquito net cot style  - 1 (MANJAKU- Babylove) {RM 23.90}

            Warm cloth for mummy Dark green from india - RM28






            Minyak Telon RM18.90 - 2 bottle (One baby world + kedai jamu)


            set jamu Nona roguy- herb pills only - RM 165 (NR4U.com)

            My Wish list

              Baby Bouncher - RM 150
              cloth diapers - 4 pcs - RM140
              baby Moses basket - { RM 50.00} 
            Tommee Tippee Thermal Bag - RM 60.0
            Baby Carrier 4 in 1 by Babylove -  RM 40.00



            Aku rasa setakat ni tu je la... maybe kene tambah ape2 yg patut lagi...

            Tuesday, June 14, 2011

            Pemilihan Botol Susu Si Manja

            Kini lambakkan jenama botol susu berada di pasaran. Pelbagai reka bentuk dan corak dapat di temui. malahan pelbagai  kelbihan juga cuba di pasarkan.
            Sebagai bakal ibu bapa seperti saya, ini amat merumitkan kerana tiada pengalaman. Tidak dapat di pastikan mana yang terbaik buat si manja.

            Oleh kerana terlalu sukar memilih jenama atau reka bentuk botol susu yang sesuai, saya telah membuat sedikit pemerhatian dan mendengar pendapat dari mereka yang lebih berpengalaman.
            Berikut saya kongsikan bersama anda.

            Samada kita memberi susu ibu atau formula pada si manja, pemilihan botol susu amatlah penting. kebiasaannya ibu bapa akan memilih dari segi:
            1. Harga
            2. Anti-colic
            3. Mudah di cuci
            4. Membantu dalam penyusuan badan
            5. Selamat iaitu BPA free
            Mari kita tengok satu persatu dari segi Jenama




            Jenama ini telah mendapat pilihan tertinggi dari ibu bapa seluruh dunia kerana:
            • Tahan lama
            • Anti - Colic (mengelakkan kembung perut)
            • mudah di cuci dan selamat
            • Si manja dapat mengawal pengeluaran susu
            • Jenama yang sangat di kenali
            • Selamat - bebas BPA
            • Tidak mudah calar
            Beberapa ibu bapa kurang memilih jenama ini kerana :
            • mudah bocor di bahagian ring puting (kebanyakkan mereka kerana salah pasang & puting botol jenis ini yang cepat haus)
            • Lebih mahal dari jenama lain
            • Puting yang lebih keras (kebanyakkan bayi tidak menyukainya)




            Kebanyakkan ibu bapa memilih Jenama ini kerana :
            • Lebih murah berbanding Avent
            • Puting yang lebih lembut dan sangat-sangat menyerupai puting ibu
            • Bayi sangat selesa dengan puting botol susu ini
            • Bentuk yang agak menarik
            • Sangat di saran kan kepada mereka yang ingin membeli botol susu
            • Anti -colic
            Beberapa ibu bapa berpendapat ia agak lemah dari segi :
            • Saiz botol yang lebih besar dah kebanyakkan bottle holder tidak support botol bersaiz ini (jadi perlu guna yang agak besar atau dr jenama ini sahaja)
            • Bayi lebih suke menggigit puting jenis ini kerana lembut




            Kebanyakkan ibu bapa yang memilih jenama ini kerana :
            • Corak dan warna yang menarik
            • Harga berpatutan
            • Anti- colic
            • BPA free
            • Tidak mudah calar
            • Plastic yang tidak mudah rosak
            • Mudah beralih dari breastfeed ke botol susu -  no nipple confusion
            • Puting boleh di tukar dr MAM ke AVENT
            Mereka yang tidak menggemari botol jenis ini pula mengatakan :
            • Flow susu yang terlalu laju walaupun puting jenis Newborn. Bayi kelihatan bernafas pantas dan kaki menendang2 kerana air yang laju
            • Sukar di cuci kerana perlu mencuci ke semua 6 bahagian iaitu  tutup botol, punting, nipple ring, botol, pad getah bahagian bawah, dan penutup bahagian bawah

             Ibu bapa yang menggunakan jenama ini mengatakan :
              • BPA free
              • Anti - colic
              • Tidak bocor
              • Seperti Puting Ibu
              • sesuai untuk Newborn
              • kualiti botol terjamin
              • Mudah di pegang
              Ibu bapa kurang menggemari jenama ini kerana :
              • Mahal
              • susah di cuci
              • Bocor bila susu terlalu panas / ketika menggoncang susu



              Botol susu buatan Italy ini di gemari ibu bapa kerana  :
              • Mudah di cuci
              • Murah
              • Anti - colic
              • Design yang menarik
              • BPA free
              • boleh menggunakan teat Avent
              Ibu bapa tidak menggemari botol ini kerana:
              • Bulat dah mudah bergolek
              • Besar dan memerlukan bottle holder dr jenama yang sama sahaja
              • tidak begitu mudah di pegang oleh si manja










                 Botol buatan Swiss ini semakin mendapat perhatian para ibu bapa terutamanya kepada mereka yg mempunyai anak yg agak cerewet dengan gaya puting dan sebagai nya.
                Ramai ibu bapa yang pening kepala mencari botol dan teat yang sesuai untuk anak mereka yang langsung tidak mahukan botol susu malah lebih gemar kan DF.

                Ibu bapa yg gemar memilih botol jenis ini kerana :

                • sangat sesuai bagi yg breastfeed, kerana botol sangat natural menyerupai breast ibu.
                • kebanyakkan baby akan merasa kan seperti DF dengan ibu
                • puting yang sangat lembut seperti kulit. 
                • BPA and latex free, EA free, and exceed US safety standards.
                • mudah cuci dan mudah buka
                • bentuk yang menarik
                Ibu bapa tidak suka tentang jenama ini kerana :
                • Tutup (cap) botol yang mudah terbuka yang akan menyebabkan susu budah tumpah
                • Mahal- range harga RM87
                • Cuma ada 2 size 4oz dan 8oz


                Di harap dari semua review yang di kumpul dapat membantu anda dalam membuat pilihan memilih botol susu yang sesuai untuk si manja

                Tuesday, June 7, 2011

                Erti Kekeluargaan


                Tajuk hari ni mungkin agak sensitif dan mungkin juga agak mengusik jiwa. Tapi bukan lah niat saya untuk mengusik mana-mana hati. Ia sekadar pengkongsian pendapat yang saya rasa wajar di ketengahkan.

                Dewasa ini, isu kekeluargaan agak di pandang remeh oleh sesetengah individu. Mungkin juga tidak lagi menjadi perkara utama pada sesetengah masyarakat. Dapat dilihat jelas apabila ramai di antara kita lebih rapat dengan rakan-rakan dari family sendiri. Institusi kekeluargaan itu sendiri semakin lemah dari hari ke hari.

                Saya datang dari keluarga yang boleh dikatakan sangat rapat dengan setiap ahli nya. Saya telah di didik untuk menjadi "family oriented". Segala perkara bagi saya wajib untuk di kongsi bersama keluarga, tidak kira lah masih dalam perancangan, akan di lakukan, sedang atau mungkin telah di lakukan sekalipun sudah berumah tangga, ia bukan lah menjadi batu penghalang. Perkara sama juga cuba saya praktikkan dengan Family suami  supaya tiada jurang antara kami, kerana bagi saya family is always no 1.

                Berapa kali seminggu anda menelefon family anda untuk mengetahui perkembangan atau isu seamasa, atau berkongsi cerita tentang apa sahaja (bukan nak menyebok tapi bagi saya hal keluarga, keluargalah yang patut tahu dulu)  tidak kiralah hal kesihatan, lauk apa, buat apa atau apa-apa sahaja?
                Saya lakukannya hampir setiap hari.

                Sebagai anak sulung dalam keluarga, adalah wajar bagi saya untuk tahu setiap inci hal keluarga saya, saya amat rasa bertanggungjawab untuk segala hal berkaitan keluarga.
                Itu adalah apa yang telah di terapkan oleh keluarga saya sejak kecil. saya juga rasa ianya patut dipraktikkan  kepada anak-anak saya kelak supaya mereka tahu ianya bukan lah soal remeh.

                 Berkongsi segala hal dengan family itulah yang membuatkan kita rapat, dan saling mengenali antara satu sama lain. "no gap". baru lah harmoni.

                Di lahirkan dalam keluarga yang berasal dari Negeri Sembilan yang sangat mementingkan kekuatan hubungan kekeluargaan. Tiada istilah jiran, satu suku semuanya dianggap saudara. segala tunjuk ajar dan teguran tidak pernah ada istilah "terasa" tetapi di anggap kasih sayang sesama ahli. Kami bebas menegur anak-anak saudara yang lain yang kami rasakan tidak betul tanpa ada rasa kecil hati, baik dari ibu bapanya mahupun dari empunya badan kerana ianya adalah untuk kebaikkan bersama.Dari situlah kekuatan itu bermula.

                Bagi saya cara itu amat bagus dan berkesan dalam membentuk jiwa yang cinta dan sayangkan keluarga. Mungkin lain masyarakat lain cara nya. tapi bagi saya ini adalah yang terbaik. Saya rapat dengan semua ahli keluarga termasuklah ibu saudara yang di anggap sama seperti ibu sendiri..

                Kita adalah penentu kekuatan keluarga kita. orang yang berjaya bermula dari keluarga yang berjaya.
                fikir- fikirkan dan selamat mengeratkan silaturahim... semoga segala usaha di limpahi rahmat darinya.

                Sunday, June 5, 2011

                Shop Online - Barangan Baby


                Mungkin ramai mommies kat luar sana tu yang suka shopping online ataupun mungkin sekadar suka cuci mata then boleh cari kat kedai.
                sama macam saya, tapi lama-lama saya rasa shop online is better than kedai.. sebab harga jauh lebih murah dari kedai, tak payah nak keluar masuk kedai nak servay, semua hujung jari je. simple dan jimat masa
                Pilih, Bayar, dan tunggu. cuma problem nye mungkin kita tak boleh nak sentuh barang yang nak di beli dan tak menyabar-nyabar nak tunggu barang tu sampai.. maklum lah order online ni mungkin ambik masa lama sikit tak la on the spot terus dapat. at least kena tunggu 2-seminggu untuk sampai depends on location and delivery service yang di gunakan.


                Few website yang saya seronok shopping especially untuk barangan baby adalah seperti berikut
                Web- web ni menawarkan harga yang agak jauh lebih murah dari web yang lain juga kedai2. tapi tak semua. cuma sebagai pengguna kita kena bijak memilih, bandingkan harga dan berjimat dalam masa yang sama.

                2-2-1 (first floor)
                Jln Setia Prima (B) U13/B
                Seksyen U13 Setia Alam
                40170 Shah Alam Selangor Malaysia

                My Baby Store 
                No 21-1 & 21-2 
                Jalan Kuchai Maju 18, 
                off Jalan Kuchai Lama, 
                58200 Kuala Lumpur.

                One Baby World  
                One Baby World
                No 1C (3rd Floor) Persiaran Permata
                Taman Permata
                53300 Selangor
                MALAYSIA

                Baby Love Asia
                16, Jalan Perdana 4/8,
                Pandan Perdana,
                55300 Kuala Lumpur, Malaysia

                Banyak lagi website-website yang menjual barang-barang baby yg murah2. tapi antara yang saya dah cuba, dah pergi ke showroom nya dan dah guna delivery service nya.. sangat puas hati dan sangat cepat. sampai ada yang semalam order hari ni dah sampai..

                so ape tunggu lagi. selamat bershopping dan mencuci mata