daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, September 19, 2012

STRESS!!!!


Lama dah tak update blog, rindu la pulak..hari ni agak kelapangan n banyak benda nak share sikit. So lets start….(dengan mood super blur) 

Hidup ni memang stress. Lepas satu satu dugaan menerjah. To be honest aku dah sangat penat dengan semua benda ni.

Dari rumah, office, family haiizz.. full of stressful. Jealous jugak nak jadi macam orang lain. Boleh gurau2, main2 without problem.

To Mr hubster.. I really miss you. Saat life miserable macam ni i really need you darl! When are you coming back L Kusut nye aku sekarang ni tuhan je lah yang tau. Miss the memories, the laughter we use to make.
Frankly speaking memang la aku kuat.. but sometime please give my heart a break. I need my own space. nak menangis pun air mata xnak keluar.. ish susah betul la.. kalau dapat menangis ni at least release la jugakkan.

Aku Cuma seorang wife and mummy kepada seorang anak perempuan yang di tinggalkan hubby kerana bertugas. Life aku sangat struggle! And sangat2 penat… so please jangan tambah problem yang ado!
Sometime aku rasa maybe aku yang salah kot. Semua bende yang jadi ni agaknya punca dari aku.. aku stressssssss (how many time aku dah mention nih) aku xtau nak natural kan balik semua bende nih!

Aku Cuma nak baik dengan semua orang. And aku takda niat lain pun. Macam rasa bersalah sangat2 dengan Mr Hubster.. sorry dear.. I really don’t meant it.. you know me well I supposed!
Terasa aku yang menghuru-harakan keadaan. Siapalah aku nk buat semua tu.. sorry friends.. aku tak penah terniat apa2..aku x penAH terlintas nak menghuru harakan keadaan mcm sekarang ni. Rasa bersalah sangat2.

Agaknya lepas ni memang kena membawa diri kot.. my future plan is… duduk rumah and learn new things or further study.. sambung degree balik… or jadi novelist (wakaka, sesuai x) atau pun jadi super mama..(hehe yg ni mcm sesuai).

Kerja… ermmm I need break time! Agaknya org x biasa dengan cara aku kot… sorry all… that’s seriously me and I don’t meant it.. macam yang kawan lain tau aku ni a teaser TEASER!  Faham x word tu??
Miss my old friends too.. 

Haizzz hujung minggu ni kena doing something cool untuk naturalkan balik heart beat aku nih…

Love all…. : mode: Mentalisme! (solution: travel,gym, shopping, climbing and I need a puncher bag)

Good bye all… sorry for the things I’ve made…

Sunday, July 22, 2012

Si Comel Dah Nak Setahun

Si comel Iman Qistina kini dah 11 bulan... turn to 1 ya.. seronoknye tengok telatah dan skill2 terbaru dia...
berbunga hati bila dia panggil mamme.. walaupun x berapa nak betul lagi..  manja bukan main.. ramah tamah pulak tu. and now berat pun dah nak 11kg. x larat dah nak dukung lama2
10 months
10months ++

Sunday, January 8, 2012

Mari Belajar Loghat Negeri

Loghat Negeri sembilan yang sering di gunakan oleh masyarakat minang/ n.9 di malaysia

A
Amek - Amat/sangat ( cth : Payah amek kau ni den tengok an = Payah sangat kau ni aku tengokkan)

Amba - tak ada rasa / tawar (cth: apo Amba yo lauk kau ni tipah = kenapa tawar je lauk kau ni Tipah)

B
Baruh - belakang/selatan (cth: pengolan kau ado den taruh an lah baruh tadi = galah kau ada aku letakkan kt belakang tadi)

 Belobau - terJatuh (cth: belobau anak limah tu di tolak eh kek usin = terjatuh anak timah tu ditolak oleh usin)

Boting - Batas sawah (cth: omak tanam limau ateh boting = emak tanam limau atas batas sawah)

Bongkar - Bangung ( cth: oo Leman matohari dah naik ekau bilo yo nak bongkar = oo leman hari dah tengah hari bila kau nak bangun)

 Bosomumeh - Selekeh / comot (cth:  bosomumeh mulut anak kau ni makan lomang - selekeh mulut anak kau ni makan lemang)


Bodobin - jatuh tegolek (cth: bodobin nek mah jatuh pokok = tegolek nek mah jatuh pokok)


Boleng - bogel (cth : boleng yo patung ni mano baju eh? = bogel je patung ni mana bajunya?)

C

Chemporo - Bersuka-ria - (cth : kek mano kau berchemporo tu leman = kat mana kau bersuka ria tu leman

Cocak - Cicak

Chemat - Rotan - (cth: kang den cemat budak ni kang =  kang aku rotan budak ni kang

Ceneke - tipu/ mengelat - (cth :  Ekau memang ceneke kalau main dam = kau memang mengelat kalau main dam)


D


Doda - badan baru nak panas(demam) (cth: Doda yo badan den ni dari tadi)

 Dogheh - Cepat/laju (cth: Dogheh la sikit bojalan tu, lambek den ni kang)

 E


Etek - manjakan (cth: tu yolah kojo kau, tak habih-habih mengetek an anak kau)

G

 Goba - selimut (Cth: osah toba eh Goba kau ni, polak den = tebal betul selimut kau ni, panas aku)


Ghoman - rupa (Cth: apo cam tu bona lak ghoman eh tu = kenapa mcm tu betul rupanya)




Godang - Besar (Cth :  A kocik A Godang)

H



Hongeh / Mentereh - Kenyang sangat (cth: hongeh den makan lauk kenuri= kenyang aku makan lauk kenduri)


Hobin - Pukul/ Belasah (cth: Hobin dogheh anak leha tu jang = pukul cepat anak leha tu Jang)


J


Jobo - Perasan (cth: osah jobo eh kau ni, dio puji den kau yang lobih = perasan betul kau ni dia puji aku kau yg lebih)


Joman - Kenangan (cth: ambik baju den ni ha buek joman)


K


Koman - Ketinggalan zaman (cth: Apo koman bona baju kau ni siah)


Keropai - handbag (cth: bak sini keropai den tu)


Kainsal - Tuala Mandi (cth: Kainsal tu jangan kau lompap an yo = tuala tu jangan kau tak sidai kan ye)




L

Lain kali den sambung laie yo




 

Saturday, December 3, 2011

Lions V/s Alligator /

Alligator was trying to attack the lion, for which he received his due from the adult lions.
sumber dari ((F-K))

Sunday, September 25, 2011

Kayap,herpes zoster or Shingles

Kayap atau shingles merupakan penyakit disebabkan oleh sejenis virus Herpes Zoster. Ia menyerang mereka yang mempunyai immuniti badan yang rendah spt baru sembuh dari penyakit/pembedahan, kencing manis, golongan berusia, pesakit AIDS, baru lepas bersalin, dll. Ia akan membentuk gelembung merah pada badan yang tertumpu ke bahagian badan tertentu mengikut pembahagian saraf yang terasa pijar dan sakit. Apabila ia sembuh selalunya akan meninggalkan parut.

Ia berpunca daripada penyakit "chicken Pop" yang kita pernah alami. virus ini menjadi doman atau diam di sesuatu bahagian dalam saraf kita. dan aktif semula apabila imuniti badan kita menurun.

Apa yang kita dapat lihat dari gambar di atas ialah garis saraf badan kita. ia hanya menyerang pada garis2 saraf itu sahaja tanpa mengganggu bahagian yang lain. contohnya. jika ia menyerang pada gari T10 cuma garis T10 sahaja yang akan di tumbuhi kayap.
beginilah keadaan di bawah lapisan kulit yang di jangkiti virus ini
Apa yang perlu anda lakukan

Tidak perlu mendengar kata orang yang menyuruh anda mencari penawar dengan berjumpa bomoh, janda kahwin teruna atau sebagai nya untuk mengubati penyakit anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pergi berjumpa pakar kulit dan dapatkan rawatan di sana.

Anda akan di bekal kan dengan vitamin untuk meningkatkan imun sistem, krim sapu, ubat menahan gatal atau mungkin juga suntikan untuk menghapuskan virus dari dalam. selalu nya rawatan ini hanya akan mengambil masa seminggu bergantung kepada keseriusan keadaan anda.
Antara ubat-ubat yang mungkin anda terima termasuklah :
krim ini di berikan untuk di sapu 5kali sehari
vitamin c yang sememangnya bagus untuk kulit
pil untuk menahan rasa gatal 
Insyallah anda mungkin sembuh dalam masa yang singkat jika kena ubatnya dan anda tidak menunggu sehingga keadaan makin serius.

SElamat merawat. Semoga cepat sembuh!