daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Friday, September 4, 2015

Workshop Ampang/ Wong Auto Service

Dah lama nak Up bab bengkel kereta ni... 
6 tahun dah menggunakan perkhidmatan  WONG AUTO SERVICE ni so far memang terbaik..! 

Memandangkan aku x brp pandai bab kereta ni so aku senang berurusan kat sini... Selamat sikit rasa nya

Even dah pindah duduk Putrajaya pun still datang ampang sebab nak service..
Bab harga sini standard... 
Nak kata mahal x nak kata murah sangat tak la jugak...

Tapi service dia mmg the best...! Xde la kes kena ketuk ke kena paku ke... Atau menipu letak barang murah charge mahal2 ke.. Semua tu tidak berlaku di sini

Best nya kedai si Wong ni dia jujur business la.. Kadang sampai betekak dengan dia bila aku cakap nak tambah gas aircond dia cakap x payah, laras sampai 5 masih boleh sejuk.. 

Nak tukar tayar pulak oo bunga ada lagi ni rugi tukar skrg...
At least x macam kedai lain yg x rosak semua suruh tukar.. Service dia pun semua puas hati tak de kes kena datang balik ke apa

Recommended sangat kedai ni uolls!
Bawah ni few pictures untuk korang tatap...

Ini lah Mr Wong

Ni kes hari tu minyak hitam leaking 


Ni kos baiki 

Lokasi nya:
No 35 jln Nirwana 1/1
Taman Nirwana
68000 Ampang

Berdekatan dengan Galaxy ampang

Semoga bermanfaat...






Thursday, June 11, 2015

GOJES by Qaseh Gold



🌷Aspirasi GOJES🌷
🌹Memelihara AMANAH
🌹Mencantikkan diri untuk KELUARGA
("gunakan barangan AnA demi demi keharmonian keluarga,BUKAN untuk memperaga")
🌹Kecantikan bermula dari kesihatan DALAMAN
🌹pilihan yg SUCI,SELAMAT,SIHAT & SEMULAJADI 
🌹menekankan konsep BARAKAH

🌸Keunikan ramuan GOJES🌸
🌹Kurma
🌹Madu
🌹Delima
🌹Kologen marin 
      🌻Menyokong kelembapan kulit
      🌻Membantu mengurangkan kedutan
      🌻membantu mencerahkan  kulit& mengurangkan pigmentasi

🌹Cuka kurma
     🌻melancarkan perjalanan darah
     🌻membantu pencernaan /sistem penghadaman
     🌻membantu menyahkan toksik dari badan (Detox)

🌹Teratai salju(snow lotus)
     🌻anti radang,anti Fungus,anti oksidan
     🌻membantu menguatkan siatem kardio-vaskular
     🌻menguatkan sistem imun badan
      🌻membantu menggantikan sel2 mati(hilangkan kulit kusam)

🌹acelora Ceri
     🌻kandungan anti oksidan yg tinggi
     🌻Anti radang n mengawal paras gula
     🌻membaNtu proses baikpulih sel n tisu badan

🌹Sakura
     🌻mengecilkan pori &menyerlahkan "pinkish" kulit
      🌻menyokong kelembapan kulit
      🌻membantu tekstur kulit
     🌻Sesuai utk kulit sensitif 
      🌻Membantu menstabilkan gula dalam darah
      🌻Melotonin membantu memperbaiki tidur n rehat

🌹Astaxanthin
      🌻kandungan anti oksidan yg tinggi
      🌻membantu memelihara kelembapan kulit
      🌻membantu mengurangkan kedutan
     🌻membantu mengurangkan tompokan
     🌻meningkatkan tahap elastin dlm kulit kita -keanjalan

🌹Argan
     🌻melancarkan perjalanan darah
     🌻menstabilkan glukos dalam darah
     🌻berfungsi sebgai anti radang,antioksidan(polyphenol)
    🌻membantu menguatkan sel
    🌻kuatkan sistem imum

#amaran!
Tidak sesuai buat Ibu Hamil

#harga RM140.00 excl postage
 Pm for order 
0122336104 / baizura

Tuesday, June 2, 2015

Jellyfish

OBOR-OBOR



Apakah itu obor-obor?

Menurut pakar-pakar biologi marin, obor-obor adalah satu istilah digunakan bagi menjelaskan mengenai sejenis hidupan laut yang jasadnya 'bergelatin' atau mengandungi bahan seolah gelatin (lembut seperti 'jeli').
Medusae

Terdapat beberapa jenis obor-obor termasuk jenis yang menyengat, dipanggil 'medusae', dan yang bukan menyengat dipanggil sebagai 'comb jellies' atau 'ctenophora'.

Comb jellies 

Adakah obor-obor membawa bahaya?

Seorang penyelam skuba veteran, Steven Martyn, yang ditemui di sebuah hospital di sini menjelaskan bahawa badan obor-obor yang lembut serta lutcahaya kelihatan mudah menjadi makanan kepada pemangsa yang hidup di laut.

Tetapi jangan terperanjat jika mendapat tahu obor-obor dapat membesar tanpa di makan pemangsa, kata beliau.

"Nampak sahaja badan seperti obor-obor tiada perlindungan, tetapi awas sesungutnya mempunyai puluhan atau ratusan sel menyengat yang dikenali sebagai 'nematocysts'.

"Nematocysts ini tugasnya melindungi obor-obor daripada pemangsa," jelas beliau.

Menurut Martyn, yang mempunyai sarjana dalam biologi marin, bergantung kepada jenis obor-obor yang menyerang, sengatan boleh mencederakan atau hingga boleh membawa maut.

ELAK BAHAYA

Martyn menjelaskan bahawa cara terbaik menghindar serangan obor-obor adalah sebolehnya cuba elak daripada bertembung dengan hidupan itu.

"Ada jenis bobor-obor yang terapung di permukaan air, ada yang berenang di bawah permukaan (air). Jenis ampai-ampai (obor-obor) kotak sukar dikesan oleh pandangan mata kasar.

"Sesungut obor-obor boleh melekat di kulit manusia dan melepaskan bisa hingga berminggu lamanya," kata beliau.

Menurut Martyn, sengatan daripada ampai-ampai yang jenis sebenar (bukan dari jenis beracun), adalah paling kurang toksik dan sakit.

Hydrozoans

"Daripada pengalaman peribadi saya, sengatan dari 'Hydrozoans' (Portuguese man-of-war) adalah sangat sakit dan sehingga boleh meninggalkan parut di tempat sengatan manakala sengatan dari jenis Cubozoans seperti ampai-ampai kotak boleh membawa maut dalam 60 saat.

"Cara nak rawat sengatan obor-obor bergantung kepada jenis obor-obor yang menyerang dan di mana tempat yang disengat serta tindakbalas imun mangsa," kata beliau dan menambah bahawa penyelam skuba sering menjadi mangsa sengatan obor-obor.

"Ada sengatan obor-obor yang mendatangkan kesakitan teruk dan mengeluarkan venom yang toksik. Jadi peralatan bantuan kecemasan seperti cuka, penyepit (tweezers) serta sarung tangan mesti sentiasa ada dalam kotak bantuan kecemasan.

"Suntikan epinephrine dan penawar racun sengatan juga mestilah ada," kata Martyn. - Bernama

Wednesday, April 1, 2015

JOM CUBA TERAPI FENG FU YANG MELEGAKAN HANYA DENGAN SEKETUL KIUB AIS

 
Anda mungkin sukar untuk mempercayainya.... dan mungkin anda bertanggapan satu kerja gila sehingga anda mencubanya sendiri.... 

Rahsianya...akan membuat anda kelihatan lebih muda dan membuatkan anda berasa penuh dengan kehidupan dan tenaga? Apa yang anda perlukan ..adalah sebuah kiub ais dan sedikit masa anda! 
Terdapat satu titik pada pangkal leher yang dikenali sebagai Feng Fu, 
titik tekanan Feng Fu didapati pada pangkal tengkorak di bawah dan di bahagian atas leher. Jika anda meletakkan ais di atasnya, badan mula untuk mendapat nafas baru dan anda akan mendapati diri anda lebih sihat, ceria dan penuh tenaga. Kaedah: Dalam keadaan perut anda kosong .. sebaiknya sebelum makan....letakkan satu kiub ais di titik Feng Fu dan tahan selama 20 minit dan biarkan ketus ais tersebut dengan pembalut, selendang atau Balut Lakukan ini secara kerap dengan rehat 2-3 hari dan lakukannya pada waktu pagi dengan perut kosong dan malam sebelum tidur. Selepas 30-40 saat, anda akan merasa sedikit haba yang datang ke titik. 

Di hari pertama, anda akan mempunyai perasaan keghairahan kerana pengeluaran Endorfin. 

Apa yang akan ia lakukan? 

Meningkatkan kualiti tidur 

Meningkatkan mood 

Menyembuhkan sistem penghadaman 

Melegakan selsema 

Melegakan sakit kepala, toothaches dan sakit

 Ia boleh membantu: 

Penyakit-penyakit pernafasan 

Penyakit kardiovaskular 

Isu-isu Tiroid 

PMS 

Kitaran haid 

Kesihatan mental

*cdt to scripters

Makanan yang menambah dan mengurangkan susu ibu


semua makanan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. so as a nursing mom, kite perlu berjaga-jaga dengan our food intake. ada makanan yang boleh increase & decrease our milk supply. so the list is based on my personal experience and reading:

makanan menambah supply susu:
oat-buat bubur, campur dalam minuman panas eg:
# milo or horlick or salut pada ayam or anything else sebelum menggoreng
#kurma-makan gitu jek or make it jus or blend kurma wif fresh milk
#kacang buncis-goreng or letak dalam masak lemak
#bayam & sawi-masak air or goreng
#lobak putih & pucuk meranti-lemak or tumis air
#longan kering-rebus & jadikan minuman harian
#tauhu & tempe-goreng saja or campurkan dalam masakan lain-lain
#susu-minum saja or campurkan dalam kek or puding
#cheese-cheese cake or any kind of cheese
#Qaseh gold adinda : dah lengkap dengan makanan sunnah
#halba or fenugreek-rendam & campurkan dalam makanan eg: nasi lemak, nasi putih or nasi dagang
#jambu & betik-makan saja
#ketam-masak lemak or berlada
#madu-masukkan dalam masakan, as a spread or campurkan dalam susu
#jantung pisang-celur, kerabu or masak lemak
#daun kuchai-campur dalam bihun goreng or goreng dengan udang, tauge, tauhu & tempe
#pucuk betik-celur buat ulam
#bawang putih-banyak sulfur bagus untuk sendi & membantu penghasilan susu
#red raspberry leave-in tablet from farmasi
#milo, horlick & teh hijau jepun-hot drink
barli-buat bubur or hot drink
#makanan yang mengandungi yis-tapai pulut, tapai ubi or bread
#rich milk tea-take it frequently 1 cup 2 -5 times daily

makanan mengurangkan supply susu:
#kobis mentah-coleslaw or ulam
#minuman berais-if ambil dalam kuantiti yang banyak
#herbs-parsli, pappermint, sage or oregano

lebih banyak yang kita boleh makan dari yang kita tak boleh makan. tapi kene ingat, food booster only works if there is frequent stimulation on your breast. kalau kita tak pump or direct feeding, memang membantutkan pengeluaran susu. and makanan2 di atas tidak memberikan reaksi yang sama untuk semua ibu. so kita boleh mengamalkan try & error. so selamat menambahkan susu badan.

diolah dari: susuibu.com & welovesusuibu