daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, March 29, 2011

Hujan Adalah Rahmat Allah


Sesungguhnya hujan yang turun adalah sebagian dari rahmat Allah kepada kita tanpa di sedari. Oleh sebab itu jangan sesekali mencela atau mengeluh dan mencaci rahmatnya.

Hujan adakalanya mengganggu sedikit Aktiviti kita namun sebagai hamba adalah tidak layak kita mencela pemberian/ rahmat Allah ini. selalu kita mendengar kata-kata seperti "alamak hujan lagi" "hujan pulak, habis rosak plan aku"  dan sebagai nya.
Tanpa kita sedar kata-kata ini termasuk dalam Kesyirikkan sebagaimana seseorang mencela makhluk yang tidak dapat berbuat apa-apa seperti (masa)
Nabi s.a.w bersabda bahawasanya Allah berfirman" manusia menyakitiku, dia mencaci maki (masa)sedangkan aku adalah pemilik dan pengatur masa, akulah yang mengatur malam dan siang menjadi bersilih ganti." (HR Bukhari & Muslim) Rasullulah s.a.w juga bersabda bahawasanya jangan lah kamu mencaci maki angin,(HR Tirmidzi)

Dari Dalil di atas dapat di simpulkan bahawa mencaci maki masa, angin dan segala makhluk lain yang tidak dapat berbuat apa-apa termasuklah hujan adalah terlarang.Larangan ini juga boleh membawa kepada Syirik Akbar (syirik yang mengeluarkan seseorang dari islam) jika di yakini kedatangan mahluk2 tersebut sebagai sesuatu yang hina terjadi.
Jika kita yakin bahawa makhluk(cuaca,angin atau masa) tersebut yang menjadikan baik dan buruk nya hari itu sesungguhnya ia sama sahaja dengan mengatakan ada pencipta lain selain Allah.Namun, kalau di yakini yang menakdirkan adalah Allah sedangkan mahkluk makhluk tersebut bukan pelaku(berlaku hanya kerana kehendak allah) dan hanya sebagai sebab sahaja, maka seperti ini hukumnya haram,tetapi tidak sampai kepada syirik.
selain itu kalau dimaksudkan sebagai memberitahu seperti "hari ni hujan tak boleh nak ke masjid berjamaah" tanpa ada tujuan mencela seperti ini tidaklah mengapa.
Hujan adalah salah satu tanda kekuasaan dan kebesaran Allah kepada kita. begitu banyak surah2 yang di turun kan kepada kita supaya kita bersyukur.

"....Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya adalah bahwa dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira, dan untuk merasakan kepadamu sebahagian dari rahmat-Nya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) supaya kamu dapat mencari Kurniaan-Nya; mudah-mudahan kamu bersyukur. (Ar-rum;46)

Pembawa berita gembira Maksudnya: awan yang tebal yang ditiup angin lalu menurunkan hujan. kerananya dapat kita merasakan rahmat Allah dengan tumbuhnya biji-biji yang Telah disemaikan dan menghijaunya tanaman-tanaman serta berbuahnya tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

".... Allah, dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, Maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira. (Ar-rum:48)

"....Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu Telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu, Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. seperti Itulah kami membangkitkan orang-orang yang Telah mati, Mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.(Al A’raf:57)

".....Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. (Al Fathir:27)

“Masih banyak lagi ayat-ayat al qur’an yang menyatakan bahawa hujan adalah salah satu bukti kebesaran Allah, rasanya tidak elok bagi kita yang mengaku beriman, tapi kemudian ‘menyesali’ kedatangan salah satu tanda kebesaran- Nya itu.............."

Bagaimana pula kalau hujan yang lebat yang membawa kepada Banjir dan Bencana???

“Adakalanya memang hujan yang menyebabkan banjir dan bencana seperti itu, tetapi langsung tidak mengurangkan erti hujan sebagai salah satu tanda kebesaran Allah, Oleh yang demikian bencana banjir atau sejenisnya yang diakibatkan oleh hujan juga boleh kita katakan sebagai salah satu tanda kebesaran Allah untuk memperingatkan kita...........”

Selain menggambarkan hujan sebagai rahmat, dengan menyirami bumi yang tandus dan menumbuhkan tumbuhan sebagai rezeki bagi kita, al qur’an juga menceritakan bagaimana sebahagian umat-umat terdahulu diperingatkan Allah dengan datangnya hujan yang membawa malapetaka kepada mereka, yang diakibatkan ‘penentangan’ mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya......

Malah ada kaum terdahulu yang diazab dengan hujan batu seperti kaum Nabi Luth kerana melakukan fahisyah (homoseksual) 

58.  Dan kami turunkan hujan atas mereka (hujan batu), Maka amat buruklah hujan yang ditimpakan atas orang-orang yang diberi peringatan itu.


40.  Dan Sesungguhnya mereka (kaum musyrik Mekah) Telah melalui sebuah negeri (Sadum) yang (dulu) dihujani dengan hujan yang sejelek-jeleknya (hujan batu). Maka apakah mereka tidak menyaksikan runtuhan itu; bahkan adalah mereka itu tidak mengharapkan akan kebangkitan.

Juga kaum Nabi Nuh  bahkan anaknya juga turut ditenggelamkan oleh Allah dengan hujan dan banjir karena pengingkarannya terhadap seruan Nabi Nuh..

Maka jagalah lidah kita agar lidah ini sering bersyukur dengan rahmat Allah dan semoga Allah melindungi kita dari banyak mencela. wallahualam

disini saya selitkan doa-doa yang boleh di amalkan


1.       Doa ketika ada angin kencang
“Allahumma innii As-aluka Khoiroaa Wakhoiro Maa Fiihaa Wakhoiro Maa Arsalta Bihi Wa-a ‘Uudzu Bika Min Syarrihaa Wasyarri Ma arsalta Bih
.
Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepadaMu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apa sahaja yang ada padanya dan kebaikan yang di bawanya, dan aku berlindung kepadaMu akan kejahatan dan kejahatan yang di bawanya.
2.       Di waktu hujan turun
Allahuma Shayiban Naafi’a 
Ya Allah semoga lebat dan bermanfaat.
3.       Setelah Hujan berhenti
Muthirnaa Bifadhlillaahi Warohmatih. 
Kami di beri hujan ini kerana Allah dan rahmatnya
4.       Mohon perlindungan dari hujan yang membawa bencana
Allahumma Hawaalainaa Walaa ‘Alainaa, Allahumma ‘Alal Aakami Wazh-zhiroobi Wabuthuunil Audiyati Wamanaabitisysyajar. 
Ya Allah curahkan hujan ini di sekeliling kami dan bukan di atas kami, Ya Allah curahkan di atas hutan hutan, di tengah tengah lembah dan tempat  tempat  tumbuhnya pokok.
5.       Doa ketika mendengar petir
Subhaana Mayyusabbihur Ro’du Bihamdika Wal Malaa-ikatu Min Khiifatih. 
Maha suci Dzat yang petirpun bertasbih dengan puji pujiNya dan juga malaikat kerana takut padaNya.

Atau boleh juga:
Allahumma Laa Taqtulnaa Bighodhobika Walaa Tuhliknaa Bi’Adzaabika Wa-‘aafinaa Qobla Dzaalik. 
Ya Allah janganlah  engkau  membunuh kami dengan kemurkaanMu, dan janganlah engkau memusnahkan kami kerana siksaMu, dan ampunilah kami sebelum semua itu.

Wallahualam bi sowab..
sesungguhnya kekurangan itu datang dari saya dah segala kebaikkan itu datang dari Allah s.w.t




Tuesday, February 15, 2011

Isu Letak Nama Anak


Nampak macam Isu remeh je kan?
Tapi tahukan korang, Isu ni kalau di perlekehkan boleh menyusahkan anak-anak korang jugak satu hari nanti.
mcm nama dia ni siap ade kad pengesahan nama panjang lagi.

macam yang ni pun sama. mak ai menjela nama dia

Zaman sekarang ni Ramai betul ibu bapa yang suka letak nama anak mereka panjang menjela. kalau boleh sepanjang yang mungkin.. Contoh (Siti Nursyafikah Habibah Nur Binti Sharif Zakwan)
Dapat tak korang bayang kan betapa susah nye anak korang tu nanti nak jawap exam. nak tulis nama je dah buang banyak masa, tak termasuk urusan-urusan lain yang kene isi form dengan mintak kene buat 2 3 copies. bengkak tangan nak menulis. Tu tak kire lagi yang anak korang kena bawak 2 ic ke sana ke sini. sebab tak cukup ruang nak letak nama penuh termasuk nama bapak.

Kesian budak-budak. nama tu memang la sedap tapi seksa anak-anak nak menguruskan. Sebab aku pun ada 2 3 orang kawan yang terpaksa membawa 2 ic ke sana sini. dia pun dok mengeluh jugak.

Actually aku pun dilemma jugak bab-bab nak bagi anak nama ni. ye la aku admit jugak nama yg panjang tu best tapi bila di fikirkan balik panjang2 pun nanti panggil kontot jugak. tak jugak panggil yang panjang tu kan.

Yang kat bawah ni isu yang aku jumpa dalam sebuah laman web yang aku percaya dari surat khabar kat malaysia ni. aku cut and paste kasi korang baca.


KUALA TERENGGANU: “Saya bimbang jika hendak berurusan dengan pihak tertentu akan menimbulkan masalah kerana kad pengenalan anak tidak berbinkan nama saya,” kata Zainal Alang A Abd Rahman, 40-an, apabila kad pengenalan anaknya, Muhammad Farah Aideed, 13, tidak tercatat nama bapa.

Menurut Zainal, dia menyedari perkara itu ketika mengambil kad pengenalan di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kira-kira tiga bulan lalu.

Zainal berkata, apabila menyedari kad pengenalan Muhammad Farah tidak berbinkan namanya dia terus merujuk ke pejabat JPN di daerah terbabit untuk mendapatkan kepastian.

“Kakitangan JPN menjelaskan kepada saya jumlah abjad nama anak terlalu panjang dan mereka turut memaklumkan semua maklumat yang tidak ada direkodkan dalam cip itu.

“Ada antara mereka memberitahu jumlah abjad termasuk alamat rumah melebihi had sepatutnya dan tidak mencatatkan nama saya pada kad pengenalan itu,” katanya ketika datang ke Pejabat Harian Metro, semalam.

Zainal berkata, dia bimbang apa-apa urusan berkaitan akan menimbulkan masalah nanti dan menyekat status dia sebagai bapa kepada anak itu.

“Jika berlaku sesuatu sama ada terjatuh atau hilang, orang yang menemui belum tentu dapat memulangkan kerana mungkin ada yang mengenali tetapi tidak tahu itu anak saya.

“Saya turut bimbang perkara ini berlaku khususnya tiga lagi anak saya, Muhammad Faizal Iskandar, 10, Muhammad Farihin Mustakim, 8, dan Muhammad Zulhakimi,4; akan menghadapi masalah sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPN Terengganu, Abu Bakar A Rahman, berkata perkara itu pernah berlaku sebelum ini berikutan nama pengadu terlalu panjang.

Katanya, jika sebelum ini JPN sudah menetapkan 40 abjad termasuk alamat kediaman tetapi dinaikkan kepada 50 abjad tetapi kerana abjad terlalu banyak, kita tidak dapat meletakkan nama bapa pengadu.

“Tetapi bagi masalah itu, JPN ada menyediakan kad pengenalan lain iaitu ‘Kad Pengenalan Nama Panjang’ dan mereka yang terbabit akan diberikan kad itu.

“Kad pengenalan itu akan digunakan bersama yang asal jika berurusan dengan pihak tertentu bagi mengelakkan sebarang kesulitan pemilik kad itu,” katanya




Jadi dari berita ni better la korang yang berhasrat nak letak menjela-jela tu fikir 2 3 kali. buat lembab anak korang je nak buat semua urusan nanti.


----->Jadi nama apa yang best aku nak cari ye.... mmmm Thinking thinking

Selamat Berfikir..

Tuesday, February 8, 2011

Jangan Tertipu Dengan Travel Agency!

Pernah kah korang di tegur/ di serbu atau di tahan ketika membeli belah di mall oleh travel agency??

You Better Watch out! Sebab most of them ni memang penipu dan suka rembat duit orang dengan janji- janji manis. memang mereka dah di train supaya pandai bercakap dah sebagai nya.

Sebagai Contoh baru- baru ni aku ke Ampang Point tiba-tiba ternampak ade promotion Melancong dalam dan luar negara dengan harga yang super murah. yang maybe korang pun tak boleh nak imagine! more than 50%.

ni adalah logo company tu

ni pulak antara package yang di tawarkan
kalau korang tengok Rate yang di tawarkan di tambah dengan mulut manis dia org ni memang korang teruja. termasuklah aku. Bila dah dengar dia org ni  membebel panjang explain pasal package segala. dia pun bagi tau kalau nak harga yang tip top ni kene la jadi ahli dulu.

so klu nak jadi ahli kene la bayar Rm698. boleh bayar ansuran pakai pos malaysia je dalam masa 1 tahun. nti dapat percutian 4 hari 3 malam percuma kat mana-mana lokasi yang kita nak. so dia org akan bagi korang satu kad ahli color merah lengkap dengan no ahli.

Then dia orang ni akan bagi tau korang yang korang di lindungi dengan insuran. bila dah jadi ahli korang boleh la bawak 50 orang dengan korang dengan harga yang murah yang macam korang dapat tu. kene cepat daftar sebab dia nak 200 orang ahli je. kalau nak jadi ahli dari office dia org kene bayar 2kali ganda dari harga yang dia org ni offer.

Dia orang ni akan start tunjuk nama-nama makhluk lain yang dah kene tipu ni kat korang. siap tunjuk berapa yang dia org dah bayar sekali. ( kalau la de orang ni betul dia tak kan sewenangnye tayang bende2 P&C macam tu kat kita, betul x)

Aku yang dah dengar ni di suruh pulak bayar member fee kalau nak jadi ahli sebab dia orang dah nak tutup booth tu esok. Aku klu bab bab duit ni memang berhati2 sikit. maklum la sekarang ni susah sikit nak percaya orang.
so aku bagi tau dia, never mind have to discuss with my husband 1st. biasalah klu bab2 cam ni alasan paling kuat aku discuss ngn hubby la. orang mesti tak leh nak cakap ape.sebenarnye tak discuss pun. haha
then aku mintak dia name card. senang nak contact next time. dia pun bagi alasan, ramai sangat la kak.. name card sume dah habis. tak pe saya write down je la phone no saya. anything akak call je.

Esoknya aku pun google la company ni. memang aku jumpa la website dia. siap fax & phone number lagi. dengan senang hati nye aku call. asal call je engage. so aku fikir murah sangat kot tu yang ramai yang call tu.
esok nye aku call lagi, lusa, tulat sampai la seminggu. aku email pun lembab je dia nak reply. lelama aku dah malas nak deal ngn company yg aku rasa bad service ni.

Lepas je CNY aku pun pegi la Tesco Ampang nak beli barang dapur. entah kenapa aku terlalu tepat depan tempat dia org ni. aku pun singgah lagi. dengar kali kedua dia org ni membebel yang aku rasa dah macam skrip yang dihafal.. almost the same dengan yang 1st aku dengar dulu.

Dia cakap ni promotion kak. kita nak 200 org je. lagi sekali dia dok bulatkan 200 org kat blakang resit tu. time tu aku dah rasa company ni ade masalah sebab ni dia nak lagi 200 hari tu 200. actually tak da limit la ni. sebat je sapa yg register.mm aku dah mula la nak mememingkan kepala org tu.

A - so kalau saya nak beli ticket flight je boleh tak? tapi saya nak sekarang. 
B - oh bila akak nak pegi tu. may 2011. oh time tu mmg murah tapi kita tak da connection dengan internet skrg. (padahal belambak je wifi free, impossible la travel agency tak boleh nak arrange kan)
A- oh macam tu ke.. btw.. i tried to call your company 100 times already.. but no one pick up the phone and the line is always engange. Are you sure your company ni ada orang??
B - Eh tak pernah pulak jadi macam tu. biasa nya ada orang angkat call. maybe lunch hour kot
A - i dont think so. maybe i should call your company now.. what do you think?
B - oh sekarang dah tak da orang. dah habis office hour kak..
A - ok.. maybe i should call you. can i have your name card plz??
B - sorry la kak. ramai sangat hari ni. name card sume dah habis. sy bagi akak phone no saya je la.
 tapi akak isi la borang ni dulu. bayar deposit sikit. rugi klau tak buat hari ni. ni last day ni. 
A - tak pe la. saya selalu nampak booth you all ni. next time kalau minat boleh je nampak kat mana2.

aku pun tinggal kan salesman sengal tu terpinga2. malas nak layan. sebab aku dah rasa de orang ni tak logic. tak make sense langsung.
aku pun lepak la kat Secret Recipe nak pakai wifi free je sebenarnye. perghhhh banyak gila kes company ni.
Penipu, Perompak,Penyamun, kaki songlap, SErvice like shit, semua ada la. Company tak wujud pun ada gak. ramai dah jadi mangsa. Nasib aku ni kedekut. kalau murah hati dah lama jadi mangsa agaknye.

Dulu company ni di kenali dengan nama iTune pastu lepas kelentong segala dia ubah pulak jadi 4tune Club.
kalau korang nak bercuti baik pegi travel agency yg boleh di percayai atau order je kat air asia sendiri. lagi murah dan selamat.


So lepas ni korang ignore je la company cam ni. jgn bagi approach pun. ramai yang dah terkena. pulak tu team ni melayu semua. ish,., ape nak jadi la melayu tipu melayu. Tak boleh harap betul.

Moral of the story : jgn mudah terpedaya!

P/S pihak berwajib tolong la ambik tindakkan. jangan biarkan lebih ramai menjadi mangsa kelanunan mereka ni.

wasalam

Sunday, January 30, 2011

Perkembangan kandungan dari minggu 18 hingga minggu 26

Minggu ke 18


Mulalah berbual dengan bayi anda kerana dia sudah boleh mendengar pada minggu ini. Ia punsudah boleh berasa terkejut bila mendengar bunyi yag kuat. Mata bayi pun berkembang. Ia akan mengetahui adanya cahaya jika Anda meletakkan cahaya yang menyala di perut. Panjangnya sudah 14 cm dan beratnya 140 gram.

Bayi sudah boleh melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim ibu. Hormon Estrogen dan Progesteron semakin meningkat.



Minggu ke 19

Tubuh bayi diselimuti vernix caseosa,seperti lapisan lilin yang melindungi kulit dari luka. Otak bayi telah mencapai jutaan saraf motorik kerana itu dia sudah mampu membuat gerakan sedar seperti menghisap jari. Beratnya 226 gram dengan panjang hampir 16 cm.


Minggu ke 20

separuh perkembangan telah dilalui oleh bayi anda. Kini, beratnya mencapai 260 gram dan panjangnya 14-16 cm. Dibawah lapisan vernix, kulit bayi mulai membuat lapisan dermis, epidermis dan subcutaneous. kuku tumbuh pada minggu ini.
Proses penyempurnaan paru-paru dan system pernafasan. Pigmen kulit mula terbentuk.



Minggu ke 21

Usus bayi telah cukup berkembang sehingga sudah mampu menyerap atau menelan gula dari cecair dan terus melalui sistem pencernaan manuju usus besar. Gerakan bayi semakin perlahan kerana beratnya sudah 340 gram dan panjangnya 20 cm





 Minggu ke 22
Bayi mula belajar setiap hari. Setiap minggu, wajahnya semakin menyerupai seperti waktu dilahirkan nanti. Perbandingan kepala dan tubuh semakin proporsional


Minggu ke 23
Lemak semakin banyak terbentuk di dalam tubuh bayi, kulitnya masih kendur sehingga nampak berkedut. Ini disebabkan oleh produksi sel kulit lebih banyak dibandingkan lemak. Ia memiliki kebiasaaan "berolahraga", menggerakkan otot jari-jari tangan dan kaki, lengan dan kaki secara teratur. Beratnya hampir 450 gram

Tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk sempurna.

 Minggu ke 24

Paru-paru mulai mengambil oksigen walaupun bayi masih menerima oksigen dari plasenta. Untuk persiapan hidup di luar rahim, paru-paru bayi mulai menghasilkan surfaktan yang memastikan kantung udara tetap mengembang

Kulit bayi mulai menebal


Minggu ke 25

Bayi anda tersedak, Dapat rasa? Ini tandanya ia sedang berlatih bernafas. Ia menghirup dan mengeluarkan air ketuban. Jika air ketuban yang tertelan terlalu banyak, ia akan tersedak.

Tulang bayi semakin keras dan bayi menjadi semakin kuat. Saluran darah di paru-paru bayi sudah semakin berkembang. Garis disekitar mulut bayi sudah mulai membentuk dan fungsi menelan sudah semakin baik. deria bau bayi sudah semakin bagus kerana minggu ini hidung bayi (nostrils) sudah mulai berfungsi. Berat bayi sudah mencapai 650-670 gram dengan tinggi badan 34-37 cm.
 Minggu ke 26

Bayi sudah boleh mengedipkan matanya selain itu retina matanya sudah mula terbentuk. aktiviti otaknya yang berkaitan dengan pendengaran dan pengelihatan sudah berfungsi, anda sudah boleh memperdengarkan lagu yang slow (slow & soft music) dan cuba untuk memberikan cahaya lebih disekitar perut, mungkin anda akan merasakan anggukan kepala si kecil. Berat badan bayi sudah mencapai 750-780gram, dan tingginya 35-38 cm.
*** nantikan sambungan ke minggu2 yg berikutnya..
** cdt to PErkembangan janin blogspot.

Wednesday, December 29, 2010

Emo..

LAtely agak emo sikit. tak tau la kenapa.. tak boleh silap sikit mesti nak sentap lebih2. Tapi nak buat cam mana kan.. unpredictable. orang salah cakap pun nak sentap jugak. walhal sebelum ni tak pernah pulak ambik pot. bukan kata korang je tak paham. aku pun tak paham.

Boleh la kalau nak cakap aku ni sekarang dalam keadaan super sensitive. memacam perasaan & prasangka pulak yang muncul. cube membandingkan itu dan ini. semua tu buat aku makin emo. seolah macam ada 1 kuasa yang sedang mengawal otak untuk lebih berperasaan -ve seterusnye kaciwa sendiri.



kadang2 tu rasa lonely je... walaupun ade orang  berkeliaran kiri dan kanan sambil membebel2. kadang-kadang tu terfikir mcm useless pulak. sampai pernah gak terfikir kalau la tetibe jadi kaya. nak duk jauh2 dari orang lain & jangan pedulikan mereka. macam seronok je idea tu, sekali homesick...  Actually stress macam ni yang malas nak layan tapi terpaksa layan jugak ni.

manusia ni macam-macam hal ye. kadang baik kadang down jugak. susah nak di jangka. sometime merapu & mengarut ni pun boleh menghilangkan stress jugak. kira penawar la. aku rasa better dari mengamuk. rasa macam ade je orang yang setia dengar luahan hati kita tu kan. at the end semua ok balik... emo pun kurang atau mungkin hilang terus. macam aku sekarang ni.. fuh lega sikit.. tak la rasa memendam perasaan sangat.