daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, January 21, 2013

Pengarah Tak Buat Homework



Drama bersiri  Janji Shirah  di Slot terbaru TV3 Arahan Along Kamaluddin Penerbit : Primeworks Studios bersama barisan pelakon hebat antaranya Nabila Huda ,Iqram Dinzly ,Airiel Zafril ,Ako Mustapha,Fauzi Nawi ini telah menemui penonton setiap hari Ahad 9mlm...

Apa yang aku nak komen kat sini ialah.....Pengarah cerita ni tak buat homework ke?

Banyak benda yang buat aku tergelak berguling depan TV. Jalan cerita dah bagus cuma nya banyak perkara kecik yang di anggap remeh sampai jadi macam tak logik.

Antaranya termasuklah:

Kes 1#
Adengan Rumah seorang cleaner and Guard yang sentiasa kesusahan duit boleh menyewa kat rumah teres 2 tingkat yang berada di tengah bandar sah sah la sewanya pun dah cecah mungkin lebih RM2000..  sedangkan si suami asik kehabisan duit..pulak tu manjang mintak kat 2nd wife dan si isteri  1st wife pulak sebok nak menanggung anak-anak...

kes 2 #
Kakak nya lakonan sherly merlis dan memerlukan duit pembedahan berjumlah RM50k terpaksa la pulak buat derma kilat tapi yang menghairan kan aku.. dia boleh pulak duduk hospital swasta  bertambah menghairankan lagi boleh pulak duduk bilik VIP yang semua orang serba maklum how much it will cost you.

Kes 3#
Bila Ibu kak Azah menelefon Ambulan untuk membawa Azah ke hospital, boleh pulak tiada waris yang ikut sama dalam ambulan + shirah pulak yang mungkin sampai dulu ke hospital memandangkan dia terus menuju ke hospital sedangkan ambulan datang lambat ke rumah mereka... (lagi bagus dia balik dan ambik kakaknya ke hospital lagi cepat dan dramatik kot)

 Ahak! nasiblah baru 2 episod... kalau dah banyak lagi banyak bende yang aku nak komen pasal cerita ni... kah3.... sorry la tuan pengaraha... cuma pandangan penonton yang tidak tau macam mana nak mengarah sahaja..


 

 

Wednesday, December 19, 2012

SUAMI CURANG - PIKAT BALIK!


Bila di sebut bab suami curang pasti ramai antara kita yang melenting.. termasuk la aku. Tapi 1 of my friend pernah cakap yang membuatkan aku sendiri tersentak dan terfikir..

 "kalau suami curang aku takkan salah kan dia, tapi aku salah kan diri aku sebab aku isteri yang gagal"

Yes statement yang memang kasar tapi itu la hakikatnya.kadang kala kita lupa memandang diri sendiri kerana terlalu asyik menunding jari pada orang lain.

macam mana nak kenali Suami yang curang ni. jom tengok

CIRI-CIRI SUAMI CURANG 
    ha kat bawah ni aku copy paste dr blog orang kasi korang baca

      Ciri-Ciri Suami Anda Curang
    1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami anda?
    =teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.

    2. Kekasih lama tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.

    3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

    4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.

    5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!

    6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka

    7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2 haa, ini baru mula menjalin hubungan

    8. Suami mula pelupa! fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa

    9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia

    10. Memberi perhatian lebih pada kita ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka

    11. Selalu lewat tidur dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis

    12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?. atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?

    13. Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak

    14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untukmenghubungi kekasihnya
    p/s kepada suami-suami diluar sana yang ada ciri-ciri ini, sendiri mau ingatlah der heheh jangan marah haaa..



    1st of all tanya diri kita kenapa suami kita memandang orang lain selain kita? lets check it out!

    SEBAB/PUNCA SUAMI CURANG

    1. Layanan yang kurang buat suami, samada makan minum dan lebih2 lagi layanan di bilik. (jangan la layan sebulan sekali pulak, harus la suami korang tu bosan & cari orang lain.. ingat ye.. tu suami tu.. ade 3 lagi kuota kosong tau)
    2. Tiada kelembutan/ manja dalam berbicara (sekali pompuan yg kat luar tu cakap lebih manja dari korang, kat situ je korang dah kalah dah)
    3. Selekeh/ tak nak bersiap dan melawa untuk suami.( Cane la suami korang x pandang pmpn lain.. duk umah pun selekeh je, xnak comel2)
    4. Tidak mahu melayan kehendak/ keinginan suami (suami teringin nak korang pakai itu ini korang buat dek je, so dia pun cari la yang boleh)
    ha yang kat bawah ni aku copy paste sikit dr blog org...
      Tidak menyediakan keperluan
    Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

    Sukar beri layanan seks
    Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.

    Melakukannya seperti orang suruhan
    Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

    Amalkan gaya hidup sosial
    Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

    Berpenampilan tidak menarik
    Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.

    Conclusion
    boleh la aku conclusion kan di mana sex tu sangat penting. jangan korang abaikan n buat tak tau je. selagi suami kita masih bernafsu tengok kita jaga la dia dengan sebaiknya.. sebab kalau suami dah takde hati nak tengok kita memang your're in trouble la beb! and korang memang dah terlambat so selamat menerima madu la ye.. hahaha.. choiiii

    ok now.. kalau korang rasa dia dah ada yang lain dari ciri-ciri yang tersebut.. masih belum terlambat untuk grab dia balik. jangan lepas kan pulak ye.. bukan senang nak kawin woiii...
    Projek Memikat Suami

    Sekarang Jom jalankan PROJEK MEMIKAT SUAMI.

    Dear friends.... kenali la sebaik-baiknya suami korang.. jangan biarkan mereka menyesal, bosan , rasa wasted time, sedih dan tak bahagia hidup dengan kita. Mereka pasti mencemburui kawan-kawan mereka yang hidup lebih bahagia dari mereka walaupun tidak kaya.

    Jangan Abaikai mereka hanya kerana kita sibuk dengan rutin harian yang lain. kerana mereka juga perlukan perhatian kita. Itu penderaan namanya. kalau kita di tempat mereka, apa yang kita rasa?

    Here aku nak share beberapa tips yang bermanfaat untuk di praktikkan. untuk yang takde problem pun boleh guna jugak untuk memperkasakan lagi hubungan suami isteri.

    Tips2 ni aku dapat dari pembacaan, pengalaman dan juga pemerhatian.kalau korang rasa tak betul sila ignore.

    Iktiraf Kelelakian Suami
    -memahami hak dan kelebihan seorang suami
    -memahami ciri-ciri tersendiri suami
    -menjiwai watak kelelakian suami
    -Bersangka baik pada suami
    -Redha dengan kelemahan suami
    -menghormati nilai hidup yang di pegang suami
    -Akur kepada hak suami kepada isteri
    -Sentiasa menggambarkan kata2 penghargaan kepada suami

    Jangan Leteri Suami
    -berbincang bagi menyelesaikan masalah
    -sentiasa berfikiran positif
    -sentiasa bertenang dan bersabar
    -merapatkan jurang komunikasi dengan suami
    -menyelesaikan masalah dengan sistematik
    -berhati-hati menegur suami
    -marah pada benda yang betul sahaja.

    Fahami Perasaan Suami
    -Sentiasa menjadi pendengar yang baik
    -sentiasa bersikap simpati pada perasaan suami
    -jauhkan diri dari perlakuan yang tidak disukai suami
    -sentiasa peka dengan perlakuan bukan lisan yang di lakukan suami
    -sentiasa menghormati pilahn  dan keputusan suami
    -Jangan mencabar ataupun melawan kemarahan suami

    Berbincanglah Dengan Suami
    -berusaha memahami suami semasa berbincang
    -jangan membuat kritikan ataupun tuduhan semasa berbincang
    -Jangan memandai2 membuat keputusan sebelum berbincang dengan suami
    -memberikan tindak balas yang sesuai semasa berbincang serta mampu menyumbangkan idea yang bernas.

    Hiasilah Diri buat Suami
    -menjaga kesihatan fizikal dan mental
    -menghias diri dengan ahklak yang mulia
    -sentiasa membersihkan diri
    -Jaga penampilan
    -mengubah tabiat makan dan menu harian. Pastikan menu harian yang diambil yang berkhasiat dan seimbang.

    Lemah- Lembut Dengan Suami
    -Jangan membantah suami dengan menunjukan cara yang tidak sopan
    -tangani masalah dengan tenang dan bertoleransi dengan suami
    -Semasa melayan suami lakukan dengan penuh tertib bersopan dan wajah yang manis.
    -sentiasalah bergurau senda dengan suami untuk menambahkan kemesraan
    -panggil lah suami dengan panggilan yang manja.
    -sentiasa lah mengucapkan terima kasih kepada suami diatas apa jua kebaikkan yang ditunjukkan.

    Hargailah Pemberian Suami
    -Menerima pemberian suami dengan penuh kesyukuran, minat dan bangga
    -mengucapkan termia kasih dengan iklas dan dengan wajah yang gembira
    -sekiranya pemberian suami tidak menepati citarasa anda jangan mengkritik pemberian itu
    -jangan terlalu memikirkan nilai zahir pemberian itu sebaliknya hargailah nilai ingatan dan kasih sayang suami.
    -setiap kali memakai barang pemberian suami jangan lupa memuji n memuji kebaikkan suami.
    -menjaga dan menghargai barang pemberian suami dengan baik. tunjukkan rasa bangga.

    Jagalah makan Minum Suami
    -sesekali ubahlah menu harian dengan mencuba resipi baru
    -sambut la kepulangan suami dengan minuman.
    -menghidangkan menu sihat dan makanan seimbang.

    Jagalah Pakaian Suami
    -Sediakan pakaian suami yang lengkap bergosok setiap hari
    -meneliti kekemasan pakaian suami sebelum keluar rumah
    -sesekali belikan suami pakaian baru

    Sembunyikan Kepintaran dan Kelebihan mu di hadapan Suami
    -berhati-hati sebelum mengeluarkan pendapat
    -meminta pendapat suami sebelum melakukan sesuatu
    -jangan mengkritik dan merendahkan pendapat suami
    -mengiktiraf kepimpinan suami
    -bersikap suka beralah dengan suami
    -jangan bongkak dan sombong dengan kejayaan diri.

    Jangan Membuang Masa
    -menetapkan satu polisi masa untuk diri sendiri
    -menggunakan waktu terluang bermesra dengan anak-anak dan suami

    Jangan Banyak Kerenah
    -jangan suke membesarkan sesuatu isu
    -sentiasa muhasabah diri
    -bersabar dan pandai menyesuaikan diri dengan kelemahan orang lain

    Patuh/Taat Suami
    -sentiasa insaf dan akur bahawasanya Allah menjadikan lelaki itu pemimpin kepada wanita
    -berusaha n ikhlas melayan suami
    -patuh dan akur dengan suruhan suami selagi tidak menyipang dari ajaran islam

    Jangan Cemburu Buta
    -Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan aduan orang
    -menjauhkan prasangka buruk dan perasaan negatif
    -bersabar dan berfikir sebelum bertindak
    -menanamkan kepercayaan dan keyakinan pada kejujuran suami
    -jauhkan perkahwinan daripada pengaruh orang ke3
    jangan membuat tuduhan melulu- berbincanglah

    Iktiraflah Kepimpinan Suami
    -sedar tentang kewajipan seorang isteri
    -jangan mementingkan diri sendiri
    -menghormati hak suami
    -sentiasa bersedia dan akur tentang kehendak suami
    -tetap patuh suami walaupun hati tersinggung
    -sentiasa mengagumi kebolehan suami

    Permudahkan penglibatan sosial Suami
    -faham keperluan sosial setiap individu
    -berusaha mengenali kawan-kawan suami
    -jangan terlalu banyak bertanya tentang aktivit di luar rumah

    Jangan Boros
    -minta keizinan suami dahulu sebelum berbelanja
    -Jangan membazir pada benda yang tidak perlu
    -buat senarai dahulu
    -Jangan berhutang

    Jangan Terlalu Mengawal
    -menghisab diri dan menilai semula keburukkan yang anda lakukan kepada suami
    -sentiasa memohon maaf kepada suami
    -jangan terlalu mengawal suami hingga suami merasakan yang ada ini seorang penyibuk

    Berterus terang dan berkomunikasi lah dengan Suami
    -jangan berfikir yang suami boleh memahami apa yang anda rasakan dan fikirkan
    -jangan menggunakan kata-kata kiasan atau sindiran bagi meluahkan rasa
    -jangan memegang prinsip "bohong sunat'
    -menjaga perkataan dan nada suara semasa berbicara
    -menggunakan teknik komunikasi yang berkesan

    Berjimat-Cermat
    - merancang perbelanjaan
    -berdisplin apabila berbelanja
    -mengenal pasti hirierki kepentingan perbelanjaan
    -jangan terlalu suka bershopping kerana suami cepat bosan
    -kretif menguruskan perbelanjaan keluarga

    satakat tu saja la yang dapat aku kongsikan. yang lain pandai-pandai korang la nak fikir.. but this is the fact yang aku rasa ramai lupa atau terlepas pandang. Bila dah kawin kita lupa how to keep our marriage to be more and more happiness. Sepatutnya apabila usia perkahwinan semakin meningkat kita semakin bahagia kerana kita dah banyak belajar n semakin memahami pasangan.

    Sentiasa berdoa agar perkahwinan yang di bina kekal bahagia hingga ke syurga

    sekian.. renung renungkan dan selamat bermuhasabah..
    **Sharing is Caring

    Wednesday, November 14, 2012

    PEngalaman Di Rumah Itu



    Perpindahan Kami dari Ampang ke Bukit Hulu Langat sudah hampir 7 bulan berlalu.. Motif pindah situ senang tak lain dan tak bukan ialah untuk memudah kan perjalanan aku ke tempat kerja di Putrajaya di samping babysitter Iman yang sangat- sangat lah berdekatan.

    Sepanjang berpindah ke situ belum ada lagi perkara-perkara pelik yang berlaku Cuma pada malam ke tiga aku di situ aku ada la nampak sesuatu dari balcony masuk ke dalam rumah dan hilang di dapur selain dari tu memang tak ada apa-apa yang merisaukan... dan dia pun tak la kacau aku atau sesiapa saja ahli keluarga aku. so aku suspect dia menyinggah je kot..

    so pada bulan ke 7 aku di situ terjadi la sesuatu yang sangat la di luar jangkaan. Malam tu penghujung Oktober 2012 dan aku masih ingat dengan jelas apa yang berlaku.
    Malam tu aku tido awal around 9 dah masuk tido pun lepas iman tido so aku pun terselamat sama la... tido dengan nyenyaknya... around 11pm aku tersedar cube membaca sms dan facebook sebab tetiba tak boleh nak tido.

    Suddenly jam menunjukkan pukul 11.45malam..  Aku memandang iman yang dah nyenyak tido di sebelah ku.. out of the sudden tilam spring tu tiba2 mengelembung membentuk makhluk yang macam orang yang sedang tidur di bawah tilam( korang paham x penerangan aku nih) suara aku pun macam dah di tekan. aku cuma mampu sebut Allah beberapa kali sambil memandang Iman dan berharap tidak ada apa2 yang akan mengganggu dia.

    Entah macam mana tiba-tiba makhluk tu melingkar ke badan aku aku dapat rasa betapa berbulu nya makhluk tu. Dan tak semena-mena tangan kanan aku terasan sesuatu yang tajam (dalam kepala hotak xde lain dah.. confirm gigi) aku cuma mampu berkata dalam hati "YaAllah.. apa Pulak ni.. apa yang dia nak buat kat aku." aku kuatkan semangat yang ada untuk jerit sekuat hati "ALLAHU AKBAR" aku berjaya.. di menghempas aku ke katil dan lenyap tiba2.. aku perasan curtain sliding door bilik bagaikan di tiup angin..

    Aku terpaku untuk beberapa minit sebelum memikirkan nak baggi tau siapa. Aku cek Iman...Alhamdullilah.. iman masih tidur lena dan tidak di ganggu mungkin berkat aku bacakan ayatul Qursyi sebelum iman tidur...

    Aku harap peristiwa tu sampai di situ sahaja.. aku percaya dia cuma singgah atau ikut aku balik dari mana-mana... sebab... hehehe hanya aku yg tau dan boleh rasa semangat tu.



    Wednesday, October 31, 2012

    Bingkisan Buku

    Fahamilah perasaan ku - 30 luahan perasaan suami - Hasan Mohd ALi
    Buku ni bagus untuk sesapa yang rasa nak improve diri dia dalam menjaga suami dan hubungan Suami Isteri, sometime kita terlepas pandang dalam certain issue.... so buku ni memang sangat mengajar kita how to understand Encik Hubby dengan lebih berkesan lagi......

    Harga RM 16.00
    Penulis : Hasan Mohd Ali, Ph.D

    Doktor Cinta - Dyadila
    Sinopsis :  Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu Simple , sempoi, sederhana yang sentiasa di amalkan dalam hidupnya. namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar 360 darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu Pening, Pelik dan Poak Peranda...

    Mazliana :  Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia Hensem sangat ke aku nakjatuh cinta?

    Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak Kelibut tu macam mana?

    Zikri Alif : Kecewa tak sesakit mencintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.

    Julia Hana :  Cinta Memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.

    Syamin a.k.a Mimi the Over : Eii... tengok orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.

    Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?

    Harga : RM 26.00
    Keluaran Kaki Novel
    Hasil penulisan online oleh Dyadila di www.penulisan2u.my

    Sunday, September 23, 2012

    CENDOL VS AMIR

    Amir - bukan rupa sebenar
    Admit yang aku ni agak fussy kat certain foods sikit.. hehe nak buat macam mana kalau dah tak boleh nak telan kan...

    BTW, kali ni nak story mory kenapa aku allergy ngan cendol...(yeww!) sorry to peminat tegar cendol ye...


    When i was 7, aku sekolah kat Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah 1, Melaka. aku budak kelas 1 Merah... dalam kelas aku ni ada la sorang budak laki namanya Amir. i'm telling you... dia ni super duper comot (sorry amir klu u baca entry ni, hehe.. )

    Dari baju dia yang kepam, kasut dia yang dah tak boleh di kesan color ape... and bau nye ieeyeeww..(tak tau mandi pagi ke tak )
    pendek kata AMir ni kat dalam kelas memang la jadi bahan gelak kawan2... sian gak la kat dia.. actually dia ni tak pernah pun nak kacau or ganggu orang lain. dia kat dalam kelas akan stay in one corner sambil tengok gelagat kawan2 dia yang lain.

    Tapi dia ni ade habit yang.. hurmmmm.. pasal dia ni lah aku memang tak boleh nak telan cendol.. every time aku nampak cendol.. aku mesti teringat kat budak ni.. sampai Mr Hubster pun dah naik paham.. hehe
    dia ni love to sedut2 ala2 slurpy dia punya hingus yang color hijau katak pisang tu...macam yummy sangat tau... aku pun x paham... setahun aku sekolah kat situ selsema dia x penah baik.. and everday jugak lah dia akan slrup hingus hijau katak pisang dia tu... yewww. (tapi dengar cite dia dah nsem dah... hahaha)

    So every time aku nampak cendol aku dah rasa mcm hingus AMir je kat situ... yakkkkkkkk!

    memang mengembangkan tekak... yang pelik nye.. ayah aku macam tak paham2 yang anak pompuan dia ni x minum cendol.. suke betul la pulak dia bungkus cendol kasi aku.. haiisssh..

    makanya selalu la cendol tersebut masuk tong sampah...