Sunday, June 23, 2013
Avocado Baik Untuk Si manja Anda
Tahukah anda, Avocado baik untuk makanan pertama si manja anda. kerana selain mempunyai nutrisi yang tinggi, teksturnya yang lembut amat baik untuk penghadaman si manja.Oleh sebab itu Avocado di katakan hasil bumi yang paling sempurna kerana kaya dengan nutrisi terbaik untuk tubuh kita.
Adalah lebih baik memberikan si manja anda Avocado dari cereal segera kerana Avocado mengandungi "lemak baik" yang maat bermanfaat untuk perkembangan otak dan fizikalnya.
Menurut Pakar nutrisi, Avocado bebas sodium dan kolestrol, seta mengandungi banyak nutrisi bermanfaat termasuk
8% folat yang di sarankan untuk sehari
4% serat dan pottasium
4% Vitamin E
2% Zat Besi
Sebiji Avocado mengandungi
81mg Carotenoid Lutein
19mg beta carotein
3.5g lemak tak tepu yang berperanan dalam pembentukan sistem saraf pusat dan otak
Kandungan Vitamin di dalam 1 gelas Pure Avocado
Vitamin A - 338 IU
Vitamin C - 20.2mg
Vitamin B1 (thiamine) - 0.2mg
Vitamin B2 (riboflavin) - 0.3mg
Niacin - 3.9mg
Folate - 205mg
Pantothenic Acid - 3.3mg
Vitamin B6 - 0.6mg
Kandungan mineral dalam sebiji Avocado
Pottasium - 1166mg
Phosphorus - 124mg
Magnesium - 67mg
Calcium - 30mg
Sodium - 18mg
Iron - 1.4mg
Juga mengandungi sejumlah kecil Silenium dan Zinc.
Labels:
Avocado Makan Pertama Bayi
Friday, April 19, 2013
MISTERI SEGITIGA BERMUDA
Topik yang balik banyak menari minat aku sejak bertahun-tahun yang lalu. Siapa yang tidak pernah dengar tentang Segitiga Bermuda yang terletak di pertembungan 2 arus panas di Afrika dan sejuk di Utara Amerika.
Segitiga Bermuda ataupun Bermuda Triangle merupakan kawasan paling misteri di dunia. Pelbagai cerita pelik berlaku di sini di mana sering berlakunya kehilangan kapal-kapal yang melaluinya baik di kawasan laut mahupun di ruang udaranya. Ada juga yang berpendapat di sinilah terletaknya pusat magnet dunia tidak kurang juga pendapat yang mengatakan terdapat nya lubang hitam (black hole) yang menelan dan menyedut apapun yang melalui kawasan tersebut. Banyak teori yang di sebarkan terutamanya dari barat.
Namun tidak semua pertanyaan ada jawapannya.Tidak semua boleh dijelaskan. Bagi sesiapa yang menggemari kisah misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda berada di dalam minat korang. Wilayah laut di selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang tidak dapat dihuraikan. Kisah misterinya bukan bermula sejak awal abad ini, malah turut dicatakan oleh pelayar terkenal iaitu Christopher Columbus.
Segitiga Bermuda ataupun Bermuda Triangle merupakan kawasan paling misteri di dunia. Pelbagai cerita pelik berlaku di sini di mana sering berlakunya kehilangan kapal-kapal yang melaluinya baik di kawasan laut mahupun di ruang udaranya. Ada juga yang berpendapat di sinilah terletaknya pusat magnet dunia tidak kurang juga pendapat yang mengatakan terdapat nya lubang hitam (black hole) yang menelan dan menyedut apapun yang melalui kawasan tersebut. Banyak teori yang di sebarkan terutamanya dari barat.
Namun tidak semua pertanyaan ada jawapannya.Tidak semua boleh dijelaskan. Bagi sesiapa yang menggemari kisah misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda berada di dalam minat korang. Wilayah laut di selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang tidak dapat dihuraikan. Kisah misterinya bukan bermula sejak awal abad ini, malah turut dicatakan oleh pelayar terkenal iaitu Christopher Columbus.
Sekitar 1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauh yang menuju dunia barunya,
Amerika Syarikat, Columbus sempat menyaksikan fenomena pelik di Segitiga Bermuda. Di tengah
suasana laut yang terasa misteri dan pelik, jarum kompas di kapalnya berubah berkali-kali. Padahal
cuaca pada hari itu sangat baik.
Lebih dari itu, tidak jauh dari kapalnya, di suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya
dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka
juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.
Kalau di kumpulkan cerita misteri tentang Segitiga Bermuda ini memang tidak terbaca banyaknya. tapi mari kita lihat dari sudut pandangan islam tentang misterinya tempat ini...
Hadith yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasullulah saw bersabda:
"Apabila salah seorang berada ditempat yang terbuka atau ditengah matahari yang bersinar lalu bayangan darinya bergerau sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu"
Larangan ini di tegaskan Rasullulah kerana kawasan yang disabdakan baginda itu merupakan kawasan yang digemari oleh syaitan. Kaitan hadith ini dengan Segitiga Bermuda ialah terletak diperairan Atlantik di antara benua Amerika Utara dan Afrika dimana berlaku nya pertembungan 2 arus panas dan sejuk. nampak?
Hadith ini berjaya merungkai misteri Segitiga Bermuda. Peristiwa yang berlaku ada kaitannya dengan Syaitan atau mungkin Istana mereka bersembunyi di situ. Sesungguhnya Allah telah meletakkan jawapan di dalam kitabnya.
Terdapat sebuah buku "Dajjal akan muncul dari kerajaan Jin di Segitiga Bermuda" karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir, bahawa kawasan Bermuda adalah kawasan Jin dimana akan munculnya Dajjal.
Menurut Syaikh Imam M. Ma'rifatullah Al Arsy, Segitiga Bermuda merupakan tempat titik terhujung di dunia ini. Di tengah kawasan itu terdapat telaga yang airnya dapat membuatkan sesiapa sahaja yang meminumnya panjang umur, di tempat itu pula Nabi Allah Khidir bertakhta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut. Beliau berkata kalau penyelamat akhir zaman iaitu Iman Mahdi keluar dari ghaibnya melalui tempat tersebut (Segitiga Bermuda) dengan memakai Jubah Suci berwarna Kebiruan.
Persoalan yang menjadi miseri sehingga ke hari ini ialah
Apakah Penyebab Pesawat, Kapal, Kapal Terbang atau apa jua yang melintasi kawasan ini lenyap tanpa dapat di kesan?
Menurut Syaikh Imam M lagi, Iblis dan Syaitan tidak mampu mendekati pusat kawasan Segitiga Bermuda, maka iblis dan syaitan ini berjaga di sekelilingnya dan bertujuan untuk menghalang manusia yang cuba untuk memasuki kawasan ini, kerana sesungguhnya sesiapa yang mampu sampai ke titik tengah kawasan ini dia akan tahu tentang kebenaran alam yang sesungguhnya. Ramai orang zaman dahulu yang telah mencuba untuk sampai ke pusatnya, dan kebanyakkan mereka enggan pulang.
Menurut sebuah catatan kuno, Raja Iskandar Zulkarnain pernah mencuba memasuki ke kawasan misteri itu, dan sekembalinya mereka mengatakan bahawa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian. Tempat yang di penuhi kabus tebal putih itu sangat indah untuk di pandang tetapi sangat bahaya untuk di datangi. Wallahualam.
#Sumberhttp://redzuan-ridz.blogspot.com #Google
Labels:
Misteri Segitiga Bermuda
Friday, April 5, 2013
Diet Mengikut Jenis Darah
Diet yang agak baru popular adalah diet mengikut jenis darah. Reaksi
kimia antara makanan dan jenis darah merupakan sebahagian daripada
warisa genetik. Reaksi ini disebabkan oleh faktor yang disebut lektin.
Lektin merupakan protein yang ditemui dalam pelbagai makanan, mempunyai
sifat dipengaruhi oleh jenis darah. Jadi apabila anda makan makanan yang
mengandungi lektin protein yang tidak sesuai dengan jenis darah anda,
lektin mula mengaglutinasi sel-sel darah. Lektin banyak ditemui dalam
makanan tidak begitu mengancam kehidupan walaupun mereka boleh
menyebabkan pelbagai masalah lain.
Darah O
|
|||
| Digalakkan | Dibenarkan | Tidak dibenarkan | |
| Protein | Daging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerel | Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Bacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong |
| Tenusu | Mentega, mozzarella, keju kambing, susu soya | Semua produk tenusu dan yogurts | |
| Lemak | Minyak zaitun, minyak flaxseed | Minyak canola, sesame | Minyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed |
| Bijirin | Biji labu, walnut | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Kacang tanah, pistachio, biji poppy |
| Kacang | Kacang azuki, black-eyed peas | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Kacang tamarine, kacang hijau, kacang merah |
| Gandum | Roti essene, roti Ezekiel | Bali, nasi | Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mi |
| Sayur | Brocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut | Tomato | Terung, jagung, avocado |
| Buah | Plums, prunes | Anggur, kebanyakan beri | Tembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa |
| Rempah | Kari, garam, cayenne pepper | White pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch | |
| Perasa | Chocolate, madu, cocao | Sos tomato, mayonis | |
| Air | Soda, tea | Bir, wine | Kopi, black tea |
|
Darah A
|
|||
| Digalakkan | Dibenarkan | Tidak dibenarkan | |
| Protein | Ayam, ayam belanda | Daging lembu, babi, kambing, rusa, kijang, itik | |
| Makanan Laut | Cod, ikan mas, kerapu, makarel, ikan siakap, salmon, sardin | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Barracuda, kaviar, beluga, lala, ketam, udang sungai, katak, lobster, kerang, tiram, sotong, kura-kura |
| Tenusu | Yogurt, mozzarella, keju kambing, susu kambing | Semua jenis keju yang lain dan susu | |
| Lemak | Minyak zaitun, minyak flaxseed | Minyak canola, minyak cod liver | Minyak jagung, cottonseed, minyak safflower, sesame |
| Bijirin | Kacang, labu | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Kacang Brazil, cashew, pistachio |
| Kacang | Kacang hijau, kacang hitam, black-eyed peas | Tamarind, kacang merah | |
| Gandum | Buckwheat, amaranth | Graola, wheat germ, wheat bran, durum wheat | |
| Roti & Mi | Roti (Essene, Ezekiel, tepung soya, sprouted wheat), kek nasi, tepung (oat, nasi, rye), mi, pasta | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | English muffins, roti (high-protein whole wheat, multi-grain), matzos |
| Sayur | Halia, bawang, broccoli, lobak, bayam, labu, dandelion, okra, tofu | Pepper, ubi kentang, yam, tomato, mushroom, eggplant | |
| Buah | Nenas, cherry, apricot, anggur, lemon | Tembikai, tembikai susu, manga, betik, kelapa, oren, tangerine | |
| Rempah | Tamari, miso, sos soya, halia | Vinegar, pepper | |
| Perasa | Sos tomato, mayonis | ||
| Minuman | Aloe vera, green tea, red wine, kopi | Bir, soda, black tea | |
|
Darah B
|
|||
| Digalakkan | Dibenarkan | Tidak dibenarkan | |
| Protein | Kambing, kijang, arnab | Lembu, ayam belanda, rusa | Ayam, itik, babi |
| Makanan Laut | Cod, salmon, halibut, sole | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura |
| Tenusu | Keju, keju kambing, susu kambing, mozzarella, susu, yogurt | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Aiskrim |
| Lemak | Minyak zaitun | Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower | |
| Bijirin | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Cashew, pine, pistachio | |
| Kacang | Black-eyed pea, pinto, aduke, azuki, kacang hitam | ||
| Gandum | Oatmeal, nasi | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Wheat, rye, buckwheat (cornflakes, cornmeal) |
| Roti | Roti, beras perang, kek nasi | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Bagel, muffin, roti multi-grain, soba |
| Sayur | Sayur hijau | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Tomato, jagung, zaitun, avocado, labu, tofu |
| Buah | Nenas, pisang, cranberry, anggur, betik, plum | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Kelapa, belimbing, pear |
| Rempah | Kari, cayenne pepper | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | |
| Perasa | Sos tomato, mayonis | ||
| Minuman | Ginger, peppermint, raspberry, green tea, ginseng, licorice | Aloe vera, soda | |
|
Darah AB
|
|||
| Digalakkan | Dibenarkan | Tidak dibenarkan | |
| Protein | Kambing, arnab, ayam belanda | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Lembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang |
| Makanan Laut | Tuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardin | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura |
| Tenusu | Yogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricotta | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Keju america, aiskrim, susu penuh |
| Lemak | Minyak zaitun | Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower | |
| Bijirin | Peanut, walnut | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Filbert, biji labu, biji sesame |
| Kacang | Lima | ||
| Gandum | Millet, oat bran, oatmeal, rye | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Jagung, buckwheat, kasha, soba |
| Sayur | Broccoli, cauliflower, celery, cucumber, eggplant, garlic, ubi kentang, tempe, tofu, yam | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Artichoke, avocado, jagung, lima, cili |
| Buah | Anggur, plum, berry, cherry, nenas, lemon, kiwi | Manga, jambu, kelapa, pisang, oren | |
| Rempah | Kari, miso | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Esktrak almond, barli, tapioca |
| Minuman | Licorice, red wine, dandelion, kopi, green tea | Soda, black tea | |
Labels:
Diet mengikut Jenis Darah
Tuesday, February 5, 2013
Satu kepercayaan masyarakat melayu bahawa roh orang mati
boleh kembali, menziarahi keluarga dan memberikan pertolongan. Malah ada juga
yang mendakwa mendapat mimpi bertemu dengan orang kesayangan yang telah meninggal dunia. Namun benarkah roh
orang mati boleh mengganggu, menolong , menziarahi dan hadir di dalam mimpi.
Untuk menjelaskan hal itu Ab. Razak mengambil beberapa kes
yang pernah berlaku. Qarin boleh menyerupai diri kita sebagaimana satu kes yang
pernah di rujuk kepada Datuk Harun Din tentang seorang isteri yang telah
kematian suami tapi pada suatu malam roh suaminya balik dan menggaulinya.
Memang benar , perkara itu boleh berlaku dan ia sering
menjadi salah faham di kalangan orang melayu yang mengatakan roh orang yang
sudah mati itu kembali. Kalau mengikut Islam, roh orang mati tidak akan kembali
ke alam dunia. Sebagaimana kita tidak boleh masuk masuk ke alam Barzakh semasa
hidup begitu juga hal nya roh orang mati yang berada di alam Barzakh tidak
boleh kembali ke dunia. Kepercayaan bahawa roh
balik semula sesudah mati adalah kerpercayaan orang Kristian. Kalau
mengikut Islam roh orang yang telah meninggal dunia tidak akan kembali semula
ke bumi melainkan ia kekal di alam Barzakh sehingga kiamat.
“jika roh orang mati itu boleh kembali ke dunia dan boleh
melakukan pelbagai perkara sudah tentu orang yang telah meninggal itu
seolah-olah tidak ada seksa kubur, tiada balasan dan bebas ke sana ke sini.
Kita kena yakin bahawa roh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarga
dan isterinya.
“walaupun ada yang mengaku pernah ternampak si mati kembali
mendatangi isteri dan menziarahi keluarga, ia bukanlah roh arwah tetapi ia dia
lakukan oleh makhluk lain yang bernama Qarin.
Apabila meninggal seorang manusia maka qarinya akan terus
berkeliaran di muka bumi ini. Mereka adalah antara makhluk yang ditangguhkan
ajalnya oleh Allah. Sudah namanya pun syaitan maka memang kesukaannya adalah
berbuat jahat dan mengganggu serta menyesatkan manusia selagi belum sampainya
kiamat.
Qarin itu adalah kembar dan rupanya sama seperti kita.
Pernah berlaku sekitar tahun 80-an di
Serdang. Seorang lelaki membawa seorang
perempuan untuk di tumpangkan hingga ke Rasah. Lelaki itu bekerja di Kuala
Lumpur untuk balik ke Melaka. Ketika sampai di perhentian Serdang seorang
perempuan menahannya di dalam hujan untuk meminta tumpang. Sampai di Rasah
perempuan itu di turunkan di hadapan rumahnya dan lelaki itu
menyambungperjalanan ke Melaka. Tapi perempuan itu tertinggal baju hujan dan
bukunya di dalam kereta. Keesokkan harinya lelaki itu memulangkan semula baju
hujan dan buku berdasarkan alamat yang di catatakan di situ. Lelaki itu di
beritahu bahawa perempuan yang menumpangnya telah meninggal enam bulan lalu
akibat kemalangan di Serdang.
Di situ timbul persoalan siapakah perempuan yang menumpang
itu? Adakah ia roh? Bukan roh sebenarnya, ia adalah Qarin. Namun penjelmaan
qarin sebagai sebagai kita selepas meninggal adalah jarang- jarang berlaku tapi
ia boleh berlaku. Walaupun ia dating dengan tujuan baik tetapi maksudnya
jahat,. Tegasnya.
Masih tidak puas dengan penjelasan itu, Ab Razak menyambung,
di dalam hal tertentu qarin juga boleh menjelma dan mendampingi kita hingga
boleh di lihat oleh orang lain. Katanya, qarin yang terseksa dan degil sangat
saja boleh menjelmakan dirinya hingga boleh di lihat oleh orang lain. Tapi, ia
bukan di dalam bentuk asal Allah jadikan syaitan, ia mungkin boleh
menyerupai binatang atau lembagayang
hodoh. Jelmaan itu bukan saja untuk menakutkan orang lain, juga sebagai fitnah.
Akhirnya orang akan menuduh bahawa si fulan itu membela hantu raya atau
sebagainya.
Diperintahkan atau memerintah
Kalau ada teman rapat di kalangan jin, tentunya boleh di
perintah melakukan pekerjaan berat. Maklumlah golongan jin itukan bangsa yang
kuat dan boleh melakukan pekerjaan yang tidak mampu di lakukan oleh manusia.
Itulah sebenarnya yang di lakukan oleh tukang tilik dan bomoh. Meramal nasib
serta penyakit seorang dengan menjadikan qarin sebagai pengantara. Siapa lagi
yang mereka boleh harapkan untuk memberitahu hal orang lain kecuali qarin yang
sentiasa mendampingi manusia. Tanyalah apa saja pasti ada jawapannya pada
qarin. Awas.. jawapn itu tidak semestinya betul.
Lebih banyak yang tipu dari yang benar. Kalau hendak suruh
qarin khianati orang lain pun boleh tapi adakah Islam membenarkannya?
Menurut Ab. Razak, qarin kemungkinannya boleh di suruh untuk
melakukan pekerjaan tetapi dari segi syarak ia tidak boleh. Tanpa mengira apa
tujuannya sama ada baik mahupun jahat, mendapatkan bantuan makhluk halus, qarin
dan jin. Melakukan pekerjaan adalah berdosa. Ia telah di jelaskan di dalam
al-Quran bahawa syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia.
Di dalam surah Faatir ayat 6 maksud nya “ sesungguhnya
syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti di jauhi
tipu dayanya), sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari
penduduk neraka.”
Memang benarlah ketika sihat dia membantu tetapi tunggulah
apabila ajal dating menjemput. Ketika itulah syaitan ataupun qarin akan
mencocok jarum untuk meminta balikdi tunaikan segala perjanjian. Sesungguhnya
syaitan telah berjanji dengan Allah akan menyesatkan manusia hingga kiamat.
Iblis berkata “oleh sebab engkau {wahai tuhan} menyebabakn
daku tersesat {maka} demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi
mereka {dari menjalani} jalan –Mu yang lurus; kemudian aku datangi mereka dari
hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri
mereka dan engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur” {surah Al-A’raaf
16-17}
Iblis memang sudah berjanji untuk membawa semua naak
keturunan Adam ke neraka dan iblis sudah mengetahui bahwa tempatnya di neraka.
Kebanyakkan nya orang yang bersahabat dengan jin adalah fakir, iaitu fakir
kawan dan segalanya. Sebagaimana sabda Rasullulah, sihir itu mewarisi
kefakiran.
Memang benar ada yang boleh memerintahkan jin seperti nabi
Sulaiman namun keistimewaan itu hanya miliknya sahaja. Jika kita manusia biasa
berhajat juga memerintahkan jin maka kita kena kufur dahulu dengan Allah barulah
jin boleh menurut perintah.
Kalau hendak tahu bagaimana orang yang Berjaya di dalam
sihir biasanya mereka akan kufur sepenuhnya dengan Allah. Ada yang mengatakan
bahwa ilmu sihir itu akan Berjaya jika pengamalnya memijak al-Quran selama hari berturut-turut. Ada ahli sihir yang
meletakkan al quran kecil di dalam kasutnya selama 40 hari untuk mendapatkan ilmu itu. Sebanyak
mana kita kufur dengan Allah sebegitulah kekuatan sihirnya.
Kesimpulannya, qarin itu tidak boleh di perintahkna tetapi
boleh melemahkannya dari mengajak kejahatan dengan menguatkan hati melalui
zikir dan membaca al- Quran. Apabila hati kita kuat maka qarin itu lemah.
#SumberMajalahIslam
Labels:
Qarin dan Roh Orang Mati
Monday, January 21, 2013
Pengarah Tak Buat Homework
Drama bersiri Janji Shirah di Slot terbaru TV3 Arahan Along Kamaluddin Penerbit : Primeworks Studios bersama barisan pelakon hebat antaranya Nabila Huda ,Iqram Dinzly ,Airiel Zafril ,Ako Mustapha,
Apa yang aku nak komen kat sini ialah.....Pengarah cerita ni tak buat homework ke?
Banyak benda yang buat aku tergelak berguling depan TV. Jalan cerita dah bagus cuma nya banyak perkara kecik yang di anggap remeh sampai jadi macam tak logik.
Antaranya termasuklah:
Kes 1#
Adengan Rumah seorang cleaner and Guard yang sentiasa kesusahan duit boleh menyewa kat rumah teres 2 tingkat yang berada di tengah bandar sah sah la sewanya pun dah cecah mungkin lebih RM2000.. sedangkan si suami asik kehabisan duit..pulak tu manjang mintak kat 2nd wife dan si isteri 1st wife pulak sebok nak menanggung anak-anak...
kes 2 #
Kakak nya lakonan sherly merlis dan memerlukan duit pembedahan berjumlah RM50k terpaksa la pulak buat derma kilat tapi yang menghairan kan aku.. dia boleh pulak duduk hospital swasta bertambah menghairankan lagi boleh pulak duduk bilik VIP yang semua orang serba maklum how much it will cost you.
Kes 3#
Bila Ibu kak Azah menelefon Ambulan untuk membawa Azah ke hospital, boleh pulak tiada waris yang ikut sama dalam ambulan + shirah pulak yang mungkin sampai dulu ke hospital memandangkan dia terus menuju ke hospital sedangkan ambulan datang lambat ke rumah mereka... (lagi bagus dia balik dan ambik kakaknya ke hospital lagi cepat dan dramatik kot)
Ahak! nasiblah baru 2 episod... kalau dah banyak lagi banyak bende yang aku nak komen pasal cerita ni... kah3.... sorry la tuan pengaraha... cuma pandangan penonton yang tidak tau macam mana nak mengarah sahaja..
Labels:
Janji shirah review
Subscribe to:
Posts (Atom)














