Ia berpunca daripada penyakit "chicken Pop" yang kita pernah alami. virus ini menjadi doman atau diam di sesuatu bahagian dalam saraf kita. dan aktif semula apabila imuniti badan kita menurun.
Apa yang kita dapat lihat dari gambar di atas ialah garis saraf badan kita. ia hanya menyerang pada garis2 saraf itu sahaja tanpa mengganggu bahagian yang lain. contohnya. jika ia menyerang pada gari T10 cuma garis T10 sahaja yang akan di tumbuhi kayap.
beginilah keadaan di bawah lapisan kulit yang di jangkiti virus ini |
Tidak perlu mendengar kata orang yang menyuruh anda mencari penawar dengan berjumpa bomoh, janda kahwin teruna atau sebagai nya untuk mengubati penyakit anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pergi berjumpa pakar kulit dan dapatkan rawatan di sana.
Anda akan di bekal kan dengan vitamin untuk meningkatkan imun sistem, krim sapu, ubat menahan gatal atau mungkin juga suntikan untuk menghapuskan virus dari dalam. selalu nya rawatan ini hanya akan mengambil masa seminggu bergantung kepada keseriusan keadaan anda.
Antara ubat-ubat yang mungkin anda terima termasuklah :
krim ini di berikan untuk di sapu 5kali sehari |
vitamin c yang sememangnya bagus untuk kulit |
pil untuk menahan rasa gatal |
SElamat merawat. Semoga cepat sembuh!