daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, July 21, 2013

Aku Bahagia Bersama Dia


Entry kali ni khas buat suami tercinta. Dia Suami ku yang tersayang. Mungkin aku tidak dapat menandingi kasih sayang nya terhadap aku namun jauh dalam hati aku dia adalah seorang lelaki yang sangat hebat.

Dia sanggup lakukan apa saja untuk menyayangi aku. Aku tak mungkin dapat lelaki sebaik dia di dunia ni. Lelaki yang sangat memahami apa saja yang aku rasa dan ingin kan.. Dia jodoh yang Allah tentukan untuk kebahagian aku.

Antara tanda kasih sayang nya termasuk lah dia sanggup menyuapkan aku makan atas katil selepas aku katakan aku malas makan sebab terlalu mengantuk. Satu kejutan dia buatkan nasi goreng (wlupun x sehebat chef handalan tapi usahanya amat aku hargai) dan menyuapkan pada aku yang tengah baring atas katil (bukan pakai sudu tp jari jemari nya). menyuapkan air sampai aku rasa aku da macam orang sakit.

Sanggup tidak berehat di kala cutinya semata2 untuk teman kan aku ke sana sini..
Sanggup tidak mengganggu tidur aku walaupun dah siang. dia la yang menguruskan anak segala sementara aku masih tidur.

Sangat sukakan masakan aku walaupun aku rasa tak la sesedap mana. Sentiasa memberi pujian pada aku sama macam masa kami mula-mula kenal.

Tidak pernah kisah walau terpaksa menjaga kerenah aku dan anak sepanjang masa. Dia Suami ku yang tersayang. tidak pernah meninggikan suara pun pada aku. selalu menjaga hati aku walau pun terkadang aku tidak menjaga hatinya.

Dia cinta pertama dan terakhir ku.. he's everything...


Semoga Kebahagian ini kekal selamanya.. dan semoga aku menjadi isteri yang baik juga buat diri nya.

Love,

Wife!