daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, November 25, 2010

Jimat Wang

Entry hari ni tentang JIMAT WANG. punca atau sebab saya masukkan entry ni hari ni sebab beberapa hari lepas sorang kawan tanya macam mana saya manage duit saya.. dan macam mana nak jadi jimat serta tak membazir??

Jujurnya saya katakan saya tak la berapa pandai nak bagi advice lebih-lebih lagi bab duit ni. Tapi boss saya pun suruh saya tukar profession jadi penasihat kewangan mcm AKPK. (haha mengarut) Kadang-kadang saya pun suka jugak buang duit. biasa la manusia.. perempuan pulak tu...lagi-lagi time sales.. Godaan sungguh.

tapi boleh la bagi tips yang mungkin boleh di praktik kan. (ni antara yg sy buat jugak la...) kalau rasa tak best dan tak berkesan ignore je la

************************************************************************************
Paling penting.. kita kena tahu bezakan Kehendak dan Keperluan.. macam belaja ekonomi kat sekolah dulu.
Jangan la terlalu ikut trend sangat. trend pakai handphone itu ini, kereta dan sebagainya. ( kalau dah banyak duit sampai x tau nak buat ape carry on la)
bezakan kehendak & keperluan


Menabung walaupun RM1 satu hari. ( macam aku segala syiling aku masuk tabung. time sesak gune je duit tabung tu. x payah keluar saving)
- Percaya lah. duit syiling atau seringgit yang kite dok simpan hari-hari tu time sesak berguna jugak. tak payah nak buat loan sana sini. (boleh la nak buat blanja dr takda langsung)
P/s ni la tabung aku ( saja nak menyelit lalala)
Menabung walaupun syilling lebih shopping


Separate kan Bank gaji & saving. ha bab ni penting.. jangan simpan duit dalam account yang sama dengan gaji anda masuk. bahaya. maklum la.. ATM card nya mestila Super active. so paham-paham la.. pantang nampak ATM machine la jawapnya.
Separate kan Bank untuk gaji & Saving


Buat Account baru dengan bank yang agak susah nak jumpa branch nya, macam Affin bank / Public Bank/ Citi Bank (agak2 la mana yang susah nak jumpa kat tempat anda) dah apply tu jangan la pulak gatal-gatal apply ATM card. pakai je buku bank-  susah sikit nak kluarkan sebab kene ambik nombor & menunggu.
buat Account dengan bank yang susah nak jumpa branch- saving book only
Bagi yang sudah berkahwin, create la satu account bersama pasangan. macam saya buat account bersama (joint account) dengan hubby. saya letakkan syarat kedua pemegang account perlu hadir untuk keluarkan duit. jadi walau sesak macam mana pun agak susah la nak pergi bank sebab kedua pemegang mesti hadir bersama. so duit pun selamat.
Bukak joint account dengan pasangan

Dah tau Boros jangan la pulak apply credit card ye. macam mana nak jimat. swipe memanjang la nampaknya. dapat gaji bayar hutang. badan penat tapi duit takda sebab nak kene bayar hutang kad kredit yang menimbun. so ignore je call bank yang offer card credit walaupun anda layak. kecuali anda memang pandai uruskan duit.

Katakan Tidak pada Credit Card
Ajar diri supaya bersifat sederhana. tak perlu nak menunjukkan kemewahan atau menunjukkan yg anda mampu memiliki apa yang anda inginkan. tak penting pun. janji kita tau poket kita tak nipis. jangan amalkan sikap biar papa asal bergaya. sendiri yang sakit. tak perlu nak pakai branded ikut trend itu dan ini kalau anda ingin berjimat. sesekali apa salahnya tapi kalau selalu.... bukit pun gondol...
(jgn terlalu memikirkan apa yang orang lain kata tentang anda- bersederhana lebih baik)
hidup lah dengan sederhana
memandang sesuatu dengan meluas bezakan liability & Property. contoh kereta, memandang kereta sebagai liability bukan property jadi tak kisah la kereta apa janji boleh jalan dan baik. rumah pula property yang sepatutnya ada. semakin hari harga semakin meningkat. applikasikan pemikiran sedemikian dalam kepala. so tak la terpengaruh dengan benda2 yang tidak boleh di jadikan harta tapi hutang.
bezakan liability & Property

Letak lah target- target untuk anta capai supaya lebih bersemangat nak simpan duit

Sekian.. selamat berjimat....

(maybe akan di update kalau terfikir cara lain)

Thursday, November 11, 2010

Pentingnya Syukur


Bersyukurkah kita dengan segala kurniaan yang di berikan walaupun sedikit???
Seringkali kita dengar...sikitnye, kalau dapat banyak lagi bagus? (sudah la tidak bersyukur tamak pulak tu)

Bagaimana Allah nak tambah rezeki yang banyak kalau kita dapat sikit pun tak nak bersyukur....

Orang yang tidak tahu atau tidak mahu bersyukur, maka azab Allah bakal
diterimanya di akhirat. Sebaliknya, orang yang tahu bersyukur dan menghargai
nikmat pemberian Allah, mereka beruntung kerana Allah berkenan menambahkan
lagi pemberiannya, sebagai firman-Nya bermaksud:

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS.
Ibrahim: 7)

Nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia khususnya kepada Muslim
boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

  • Nikmat untuk kelangsungan hidup di dunia seperti makanan, minuman
pandangan, kekayaan, keamanan, kesihatan, umur dan nikmat berkasih sayang;
dan
  •  Nikmat yang paling mahal dan tinggi nilainya nikmat iman dan Islam kerana ia
bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan sampai ke hari akhirat.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat
menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang." (QS. An-Nahl: 18)


Banyak lagi ayat al-Quran yang diakhiri dengan kalimah yang bermakna, "agar
kamu bersyukur." Beberapa firman Allah (sekadar beberapa ayat) dalam al-Quran
menyatakan bahawa kebanyakan manusia tidak bersyukur atau sedikit sekali yang
berterima kasih kepada Allah, seperti firman-Nya bermaksud:

'Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih (bersyukur)."
(QS. Sabda': 13)

Dalam soal jawab Iblis dengan Allah, Iblis berkata,

"Kemudian aku datang (memperdayakan) mereka dari muka, belakang, kanan
dan kiri mereka. Dan tidaklah Engkau (Tuhan) akan mendapati kebanyakan
daripada mereka tidak tahu berterima kasih." (QS. al-A'raaf: 17).

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia
(seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. al-Baqarah: 243)

Sewajarnya umat Islam menaruh perasaan bimbang dengan penjelasan Allah
seperti dalam beberapa ayat berkenaan, iaitu apakah mereka daripada kalangan
orang yang bersyukur. Semoga kisah berikut memberi pengajaran atau iktibar
kepada kita.

Diceritakan bahawa ada seorang pemuda pada zaman Saidina Umar al-Khattab
yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! masukkanlah aku
dalam golongan yang sedikit." Doa pemuda ini didengar oleh Saidina Umar ketika
beliau (Umar) sedang bertawaf di Kaabah. Umar berasa hairan, iaitu kenapa
pemuda berkenaan memohon doa sedemikian rupa.

Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan
lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah!
masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain
yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa
berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya
dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi
dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi)
amat sedikitlah kamu bersyukur."

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu
(lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah, jelas pemuda
berkenaan.

Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata
kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih
alim daripadamu." Memanglah teramat sedikit yang tahu dan mahu bersyukur dan
semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit berkenaan (yang bersyukur).
******************

"Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau menyebutkannya sebagai menzahirkan
kesyukuran." (QS. adh-Dhuha: 11);


"Apa jua nikmat yang kamu peroleh, maka ia datangnya daripada Allah." (QS.
an-Nahl: 53)


wallahuallam....

Renung-renungkan dan selamat beramal

Tuesday, November 9, 2010

Tahukah Anda?!



Hukum Memotong Kuku, Rambut, janggut (dll) ketika masih dalam hadas (belum mandi wajib)

JAWAPAN
Larangan memotong kuku dan bulu sebelum mandi itu berasal dari alImam alGhazali rh. alMarhum Gurubesar alAzhar, Syaikh alImam Sayyid Sabiq merumuskan pendapat ini tidak ada sandaran pada dalil alQur'an atau asSunnah atau athar sahabah (Fiqh Sunnah) - laranganya tidak ada baik dari alQuran atau asSunnah.


Terjun Sungai, Kolam  @ Laut Dengan niat Wudu'

JAWAPAN
Terjun didalam kolam/Sungai/Tub dengan menepati rukun2 mandi wajib (Janaabah), adalah sah Mandinya . Kaifiat wajibnya :-

a. Niat
b. Pastikan semua anggota2 yang zahir mengenai air tersebut.

Dan jika seseorang itu sempat berkumur2 dan memasukkan air kedalam hidung, maka wudhu'nya pun sah juga (tetapi lebih afdal berwudhu' dahulu sebelum mandi). Menurut Syeikh Ibn Utsaimin rh. :-

فإذا كان على الإنسان جنابة وانغمس في بركة أو في نهر أو ما أشبه ذلك ، ونوى بذلك رفع الجنابة وتمضمض واستنشق : فإنه يرتفع الحدث عنه الأصغر والأكبر ؛ لأن الله تعالى لم يوجب عند الجنابة سوى أن نطَّهَّر ، أي : أن نَعُمَّ جميع البدن بالماء غسلاً ، وإن كان الأفضل أن المغتسل من الجنابة يتوضأ أولاً ؛ حيث كان النبي صلى الله عليه وسلم يغسل فرجه بعد أن يغسل كفيه ثم يتوضأ وضوءه للصلاة ، ثم يفيض الماء على رأسه ، فإذا ظن أنه أروى بشرته أفاض عليه ثلاث مرات ، ثم يغسل باقي جسده .

"Jika seseorang jubub dan merendamkan dirinya didalam kolam air atau sungai dsb, dengan niat membersihkan diri dari hadas besar (janaabah), dan dia membasuh/berkumur2 mulut dan hidung : maka sesungguhnya dia telah membersihkan dirinya dari hads kecil dan besar! Kerana sesungguhnya kewajpan Allah, hanya diperintahkan kepada kita untuk membersihkan diri kita dari janaabah. iaitu : kita memastikan agar air tersebut sampai kepada semua bahagian2 didalam badan. Akan tetapi adalah lebih afdal (baik) bagi sesiapa yang ingin mandi wajib melakukan wudhu' dahulu, kerana Nabi saw pernah membasuh kemaluannya setelah membasuh tangan, kemudian dia akan melakukan wudhu' sebagaimana sebelum solat, kemudian dia akan mencurahkan air diatas kepalanya, kemudian apabila dia merasakan air tersebut sampai kepada kulitnya, dia akan menyiram air dikepala sebanyak 3 kali, dan kemudian dia akan membasuh anggota2 yang lain" [Majmu’ Fataawa al-Sheikh Ibn ‘Utsaimin, 11/Soalan #182]


Hukum bulu Kucing (dalam wudu', solat kerana terpijak, terlekat & terkena bulu kucing)


JAWAPAN

Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.

Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

SOAL: Apabila kita dalam keaadaan berwudhu jika terkena/terpijak bulu kucing maka batal wudhu?

JAWAB: Wuduk anda tidak batal. Kerana najis tidak boleh membatalkan wuduk. Najis akan menyebabkan sembahyang kita tidak sah, jika kita membawanya. Kerana salah satu dari syarat-syarat sah sembahyang ialah tubuh, pakaian dan tempat mestilah bersih dari najis.


Adab Minum Air Zam-Zam


JAWAPAN
Ulama banyak berbicara mengenai adab-adab yang mustahan (yg disarankan) apabila meminum air zam-zam dan diantara ialah :Menghadap Ka'bah mengucapkan Bismillah berhenti sejenak mengambil nafas sebanyak 3 kali memuji (tahmid) Allah setelah habis minum dan duduk semasa minum, sebagai seseorang melakukannya apabila meminum minuman yang lain. Merujuk kepada Hadith dari Ibnu Abaas (r.a.) yang berkata :

"Saya memberi Nabi saw Air ZamZam untuk minum semasa beliau berdiri" (riwayat Al-Bukhari, 3/492)

Menurut Sheikh Mohmammad Saleh Al-Munajid bahawa hadith ini bermaksud :"dari perbuatan tersebut adalah dibenar [minum sambil berdiri], dan larangan minum berdiri bermaksud makruh".

Sebagai tambahan, ulama juga menyaranan agar seseorang yang mimum Zamzam menrenjiskan sedikit di kepala, muka dan dadanya, melakukan do;a yang banyak apabila meminumnya, dan minum dengan maksud mendapat munafaat dunia dan akhirat, sebagaimana sabda Nabi saw :

"Air Zamzam adalah untuk tujuan apa-apa ianya diminum" (Riwayat Ibnu Majah, 2/1018; Al-Maqaasid al-Hasanah oleh al-Sakhaawi, ms. 359).

Tali pinggang & wallet Kulit

1. Apakah tali-pinggang & "wallet" kulit itu asalnya memang najis?
Maksudnya begini, tali-pinggang & "wallet" itu memangnya dari perbuat dari kulit yang najis. Contohnya ia diperbuat dari kulit babi atau anjing. Atau dari kulit binatang bangkai yang tidak disamak. Seperti, ada seekor lembu mati tanpa disembelih. Lalu kita ambil kulitnya untuk dibuat tali pinggang. Sebelum itu kita tidak samak pun.

Soal: Apakah hukumnya memakainya semasa sembahyang?
Jawab: Kalau ia najis seperti di atas sudah tentu tidak boleh dibawa di dalam sembahyang. Kerana salah satu dari syarat sah sembahyang ialah suci tubuh, pakaian dan tempat dari sebarang najis. Kalau bawa juga, tidak sah sembahyang.

Soal: Sekiranya najis, bagaimana untuk membersihkannya?
Jawab: Jika ia diperbuat dari kulit babi atau anjing.. Tidak perlu fikir panjang.. Ia tidak dapat disucikan lagi. Kerana menurut ulamak Syafi’iyah, semua kulit bangkai binatang akan menjadi suci setelah disamak, kecuali kulit anjing, babi dan keturunannya.

Jika ia dari kulit selain dari dua ekor binatang itu, samak sahaja.

Cara samak:
Terlalu mudah.. Bersihkan dahulu sisa-sia daging yang masih ada, kemudia samaklah menggunakan sesuatu yang kelat, tajam atau pahit seperti tawas, kulit delima dsbnya.

Kalau talipinggang dan wallet kulit yang umum dipakai oleh orang sekarang tidak perlu dibimbangkan lagi kerana ia sudahpun diproses menggunakan bahan kimia yang sudah semestinya bertepatan dengan kehendak samak menurut syarak. Ia boleh dipakai tanpa ragu-ragu serta sah dibawa di dalam sembahyang.

2. Apakah tali-pinggang & "wallet" kulit itu terkena najis?
Maksudnya ialah, tali-pinggang & "wallet" kulit itu asalnya suci, tetapi terkena najis. Contoh, talipinggang kita telah terkena kencing kucing. Ini bermakna ia telah terkena najis.

Soal: Apakah hukumnya memakainya semasa sembahyang?
Jawab: Sekiranya ia terkena najis begitu, sudah tentu tidak boleh dibawa di dalam sembahyang. Tidak sah.

Soal: Sekiranya najis, bagaimana untuk membersihkannya?
Jawab: Caranya mudah, basuh sahaja tempat yang terkena najis itu dengan air mutlak hingga sifat najis itu hilang. Sifat najis ialah warna, bau dan rasa. Selepas itu, ia suci dan boleh dibawa sembahyang tanpa syak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai air mutlak, sila rujuk aL-AHKAM online (paparan 1-2-3 bulan Julai 1998). Untuk najis dan cara menyucikannya sila rujuk aL-AHKAM online (1-2-3 Fikah bulan Ogos 1998). Untuk mengetahui hukum bulu, kulit taring, gigi binatang, sila ke: http://members.xoom.com/ahkam_ol/koleksi06.htm#20

SEKIAN

Wallahualam


:::sumber dari blog soal jawab Al Ahkam:::



Tuesday, November 2, 2010

Peristiwa Pelik & Seram



Ape yang aku nak share kali ni berkaitan dengan rumah sewa aku sendiri.

Rumah tu aku sewa tahun lepas sebelum aku kawin. sebelum ni memang aku duduk sorang. maklum la spisis tak selesa nak beramai- ramai. di samping kawan2 ramai yang dah kawin.

Nak di jadikan cerita, masa aku masuk je rumah tu aku mintak la tolong tunang (kini suami) untuk angkat barang dan kemas apa yang patut. dia pun bawa geng. Aku pulak dah siapkan air yasin buat pendinding rumah. maklum la rumah tu dah 3 4 bulan kosong.

Menurut tuan rumah, sebelum ni orang Thailand yang duduk. lepas tu 2 bulan senyap rupanya dah cabut.

Aku pun malas nak pikir panjang. aku pun decided duduk je kat situ lagi pun aku bukan jenis duduk lama kat rumah. silap2 jadi tempat persinggahan je.. masa banyak habis kat office & hang out dengan kawan-kawan.

Aku ni pulak spisis suka bawak cash banyak-banyak dalam wallet sebab malas nak pegi ATM banyak kali. parking depan ATM bukan senang nak dapat pun.
aku pun selalu out station jadi rumah aku tinggal dengan ikan yg aku bela je la. kebiasaannya aku akan suruh Tunang aku tengok2 kan rumah sementara aku tak da, karang mati pulak ikan tu tak makan.

so kat bawah ni aku share serba sedikit peristiwa yang pernah berlaku kat rumah aku..

Case 1#
Aku bagi ikan aku makan pagi.. petang aku balik ikan aku semua (7ekor) mati dalam darah macam kena siang. menangis aku tengok kan.. dah la ikan cantik. tu lah kawan2 aku.aku sendiri sampai sekarang buntu ape punca nya.

Case 2 #
Setiap kali pukul 12 ke atas ikan aku melompat macam nak sawan (sekarang aku bela ikan puyu) tak tau pulak kenapa.. ke memang time active dia??

Case 3#
Aku bawak cash RM1500 balik rumah. hobi aku sebelum tido- kira duit. (hehe aku pun x tau kenapa) aku kira ada lah 1500++. so aku pun tido lepas tau berapa duit aku. esok aku bangun aku kira duit balik... aku tekejut sebab duit aku hilang RM150. aku memang pasti aku x membeli masa aku membuta tu. sebab tak da kesan pecah masuk aku pun anggap aku yang salah kire.

Case 4#
2 3 hari lepas kejadian tu aku pun bawak lagi cash balik. kali ni RM 400. so aku pegi shopping beli barang dapur. balik tu sebelum tido seperti biasa aku akan kira duit. ada 250. aku sangat pasti. Esok pagi aku kira duit aku hilang 100. aku mula pelik.

Case 5#
Aku call mak aku bagi tau. mak aku cakap kalau nak tau sapa yang ambik tabur la bedak kat keliling duit tu. aku pun sakan la beli setabung bedak habis 1 bilik aku tabur. esoknye korang tau ape aku nampak? tapak kaki ala2 tapak kaki size baby bersepah kat bilik aku...  aku anggap je tu sebagai kesan tiupan angin kipas. malas nak pikir sangat.

Case 6#
Lepas dari peristiwa 5 tu aku pun bawak balik cash. kali ni x banyak la. RM300. esoknya hilang RM150. aku mula perasan.. not not yang dia rembat semua not 50.so lepas tu aku nak bawak cash kena la tukar not 10 dulu. alhamdulilah x hilang.

Case 7#
Aku Call mak aku lagi. mintak pendapat & nasihat. mak aku cakap tabur kacang ijau pulak. sebab aku x nak kacang tu bersepah jadi aku masukkan kacang tu dalam penutup kotak Double A. aku tabur je la n letak dalam kotak tu. aku letak dalam bilik tido aku. malam tu aku tido tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi seakan bunyi hujan. dalam hati.. lah... hujan pulak malam ni... secara x sengaja aku terperasan memang tak hujan malam tu. tapi bunyi kacang tu jatuh satu persatu dalam kotak. bulu roma jangan cakap la... aku terus bukak lampu bilik and tido dalam terang sampai ke pagi sampai tutup telinga dengan bantal. Esok nye terus aku campak kan kacang tu dalam tong sampah.

 Case 8#
Aku dah mula rasa rumah tu lain macam. aku pun ajak sorang kawan tinggal dengan aku. aku siap pesan kalau nak bawak duit jangan bawaK 50. tukar la jadi RM10. kalau hilang nanti aku xnak di tuduh.. aku pun hilang gak.. tapi aku pulak yang lupa. aku yang bawak balik RM50. duit aku hilang lagi hampir 5-600 jugak stakat duduk situ. tapi beransur2 peristiwa tu lenyap. aku pun tak tau kenapa...agaknya dah pindaj kot

Case 9#
peristiwa ni pulak berlaku beberapa bulan sebelum kawin dan selepas kawin. Aku perasan ade kelibat dekat dalam rumah aku dari bilik tido aku ke dapur dan bilik mandi. aku malas nak layan sangat. ingatkan cuma perasaan aku. tapi rupanya suami aku pun perasan jugak.

Case 10#
Aku tido pukul 12.25 aku masih ingat aku tengok jam malam tu. aku ni memang jenis cepat sedar. tiba2 pukul 3pagi tepat lampu bilik aku terpasang sendiri. memang aku ingt aku dah tutup lampu tu sebelum tido. aku ingat suami aku tapi dia pun cakap bukan dia. jadi siapakah yang rajin itu?? x kan la suis tekan sendiri.

Case 11#
Hampir setiap hari tepat jam 3 pagi aku mesti sedar sebab ade sesuatu berbisik kat telinga aku. aku x jelas butir suaranya.. tapi sangat pasti dengan hembusan nafasnya. (terjadi sebelum aku kawin dan masa tinggal sorang)

Case 12#
bila aku dah tido suami aku selalu bising cakap kenapa aku ketawa kuat-kuat. sampai dia tak dapat tido.walhal aku tido tak dengar bunyi ape pun, sampai dia tepuk aku suruh diam.. siapa pulak yang ketawa mirip suara aku tu?? aku ni bukan spisis mengigau. tapi bila suami aku perasan aku memang x bercakap, x ketawa n sedang nyenyak tido terus dia tido n malas nak layan.

Case 13#
Suami aku mandi. tapi dia dengar aku panggil-panggil dia sambil gegar pintu. bila dia keluar. dia tanya aku nak apa ketuk2 pintu.. walhal aku tengah syok layan kartun. siapa pulak yang ketuk n panggil dia tu??

Case 14#
Aku basuh baju dalam bilik air.. sambil mebilas baju. aku pun turun naik mengadap cermin. tiba2 aku ternampak satu tubuh berbalut putih muka macam mayat lama pandang aku dengan muka marah dekat depan peti sejuk. aku dengan pantas menoleh. tapi dah tak da. dalam cermin pun xda. aku anggap je mainan perasaan aku. aku pun masuk ke ruang makan. tak tau kenapa bulu roma semua meremang tiap kali aku melintas depan meja makan tu. aku pelik. tiba2 pintu bilik aku di hempas kuat. padahal angin pun tak da. aku pulak tinggal sorang time tu. marah aku ke?

Case 15#
Time aku tak da kat rumah suami aku selalu dengar suara2 panggil dia kadang-kadang suara aku kadang-kadang entah suara siapa... dia pun dah biasa jadi malas nak layan.

Case 16#
semalam aku penat sangat. suami pun balik keje lepas aku balik tu. dia cakap nak keluar beli air and prepaid. aku cakap malas nak ikut nak tido. aku pun tido dalam bilik, tutup lampu n tutup pintu. tibe2 pintu terbukak tertutup. agaknya angin aku pun bangun tutup balik pintu tu. tak tau macam mana pintu tu terbukak tertutup balik. aku mula pelik angin spisis ape pulak pandai pulas pintu ni. aku bangun n tutup balik. tiba2 pintu bilik di ketuk dari luar. aku ingtkan suami aku saja nak takutkan aku. aku bukak  pintu. tapi takda sapa kat rumah. memang aku sorang je. sudahnya aku bukak lampu bilik dan terus jahit manik. tak larat nak main pintu dah.


tu antara apa yang aku alami sepanjang tinggal kat rumah sewa tu.banyak lagi peristiwa yang berlaku kat rumah tu. cuma tu aja yang dapat di kongsikan. masih mencari rumah baru. tapi belum masa nya nak pindah.

masih tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya.... wallahualam

P/S ni bukan cerita rekaan. ini memang betul2 berlaku.