daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, November 11, 2010

Pentingnya Syukur


Bersyukurkah kita dengan segala kurniaan yang di berikan walaupun sedikit???
Seringkali kita dengar...sikitnye, kalau dapat banyak lagi bagus? (sudah la tidak bersyukur tamak pulak tu)

Bagaimana Allah nak tambah rezeki yang banyak kalau kita dapat sikit pun tak nak bersyukur....

Orang yang tidak tahu atau tidak mahu bersyukur, maka azab Allah bakal
diterimanya di akhirat. Sebaliknya, orang yang tahu bersyukur dan menghargai
nikmat pemberian Allah, mereka beruntung kerana Allah berkenan menambahkan
lagi pemberiannya, sebagai firman-Nya bermaksud:

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS.
Ibrahim: 7)

Nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia khususnya kepada Muslim
boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

  • Nikmat untuk kelangsungan hidup di dunia seperti makanan, minuman
pandangan, kekayaan, keamanan, kesihatan, umur dan nikmat berkasih sayang;
dan
  •  Nikmat yang paling mahal dan tinggi nilainya nikmat iman dan Islam kerana ia
bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan sampai ke hari akhirat.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat
menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang." (QS. An-Nahl: 18)


Banyak lagi ayat al-Quran yang diakhiri dengan kalimah yang bermakna, "agar
kamu bersyukur." Beberapa firman Allah (sekadar beberapa ayat) dalam al-Quran
menyatakan bahawa kebanyakan manusia tidak bersyukur atau sedikit sekali yang
berterima kasih kepada Allah, seperti firman-Nya bermaksud:

'Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih (bersyukur)."
(QS. Sabda': 13)

Dalam soal jawab Iblis dengan Allah, Iblis berkata,

"Kemudian aku datang (memperdayakan) mereka dari muka, belakang, kanan
dan kiri mereka. Dan tidaklah Engkau (Tuhan) akan mendapati kebanyakan
daripada mereka tidak tahu berterima kasih." (QS. al-A'raaf: 17).

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia
(seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. al-Baqarah: 243)

Sewajarnya umat Islam menaruh perasaan bimbang dengan penjelasan Allah
seperti dalam beberapa ayat berkenaan, iaitu apakah mereka daripada kalangan
orang yang bersyukur. Semoga kisah berikut memberi pengajaran atau iktibar
kepada kita.

Diceritakan bahawa ada seorang pemuda pada zaman Saidina Umar al-Khattab
yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! masukkanlah aku
dalam golongan yang sedikit." Doa pemuda ini didengar oleh Saidina Umar ketika
beliau (Umar) sedang bertawaf di Kaabah. Umar berasa hairan, iaitu kenapa
pemuda berkenaan memohon doa sedemikian rupa.

Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan
lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah!
masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain
yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa
berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya
dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi
dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi)
amat sedikitlah kamu bersyukur."

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu
(lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah, jelas pemuda
berkenaan.

Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata
kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih
alim daripadamu." Memanglah teramat sedikit yang tahu dan mahu bersyukur dan
semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit berkenaan (yang bersyukur).
******************

"Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau menyebutkannya sebagai menzahirkan
kesyukuran." (QS. adh-Dhuha: 11);


"Apa jua nikmat yang kamu peroleh, maka ia datangnya daripada Allah." (QS.
an-Nahl: 53)


wallahuallam....

Renung-renungkan dan selamat beramal

No comments:

Post a Comment