daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, February 5, 2013

Qarin Dan Roh Orang Mati


Satu kepercayaan masyarakat melayu bahawa roh orang mati boleh kembali, menziarahi keluarga dan memberikan pertolongan. Malah ada juga yang mendakwa mendapat mimpi bertemu dengan orang kesayangan yang  telah meninggal dunia. Namun benarkah roh orang mati boleh mengganggu, menolong , menziarahi dan hadir di dalam mimpi.
Untuk menjelaskan hal itu Ab. Razak mengambil beberapa kes yang pernah berlaku. Qarin boleh menyerupai diri kita sebagaimana satu kes yang pernah di rujuk kepada Datuk Harun Din tentang seorang isteri yang telah kematian suami tapi pada suatu malam roh suaminya balik dan menggaulinya.
Memang benar , perkara itu boleh berlaku dan ia sering menjadi salah faham di kalangan orang melayu yang mengatakan roh orang yang sudah mati itu kembali. Kalau mengikut Islam, roh orang mati tidak akan kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita tidak boleh masuk masuk ke alam Barzakh semasa hidup begitu juga hal nya roh orang mati yang berada di alam Barzakh tidak boleh kembali ke dunia. Kepercayaan bahawa roh  balik semula sesudah mati adalah kerpercayaan orang Kristian. Kalau mengikut Islam roh orang yang telah meninggal dunia tidak akan kembali semula ke bumi melainkan ia kekal di alam Barzakh sehingga kiamat.
“jika roh orang mati itu boleh kembali ke dunia dan boleh melakukan pelbagai perkara sudah tentu orang yang telah meninggal itu seolah-olah tidak ada seksa kubur, tiada balasan dan bebas ke sana ke sini. Kita kena yakin bahawa roh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarga dan isterinya.
“walaupun ada yang mengaku pernah ternampak si mati kembali mendatangi isteri dan menziarahi keluarga, ia bukanlah roh arwah tetapi ia dia lakukan oleh makhluk lain yang bernama Qarin.
Apabila meninggal seorang manusia maka qarinya akan terus berkeliaran di muka bumi ini. Mereka adalah antara makhluk yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah. Sudah namanya pun syaitan maka memang kesukaannya adalah berbuat jahat dan mengganggu serta menyesatkan manusia selagi belum sampainya kiamat.

Qarin itu adalah kembar dan rupanya sama seperti kita. Pernah berlaku  sekitar tahun 80-an di Serdang. Seorang lelaki membawa  seorang perempuan untuk di tumpangkan hingga ke Rasah. Lelaki itu bekerja di Kuala Lumpur untuk balik ke Melaka. Ketika sampai di perhentian Serdang seorang perempuan menahannya di dalam hujan untuk meminta tumpang. Sampai di Rasah perempuan itu di turunkan di hadapan rumahnya dan lelaki itu menyambungperjalanan ke Melaka. Tapi perempuan itu tertinggal baju hujan dan bukunya di dalam kereta. Keesokkan harinya lelaki itu memulangkan semula baju hujan dan buku berdasarkan alamat yang di catatakan di situ. Lelaki itu di beritahu bahawa perempuan yang menumpangnya telah meninggal enam bulan lalu akibat kemalangan di Serdang.
Di situ timbul persoalan siapakah perempuan yang menumpang itu? Adakah ia roh? Bukan roh sebenarnya, ia adalah Qarin. Namun penjelmaan qarin sebagai sebagai kita selepas meninggal adalah jarang- jarang berlaku tapi ia boleh berlaku. Walaupun ia dating dengan tujuan baik tetapi maksudnya jahat,. Tegasnya.
Masih tidak puas dengan penjelasan itu, Ab Razak menyambung, di dalam hal tertentu qarin juga boleh menjelma dan mendampingi kita hingga boleh di lihat oleh orang lain. Katanya, qarin yang terseksa dan degil sangat saja boleh menjelmakan dirinya hingga boleh di lihat oleh orang lain. Tapi, ia bukan di dalam bentuk asal Allah jadikan syaitan, ia mungkin boleh menyerupai  binatang atau lembagayang hodoh. Jelmaan itu bukan saja untuk menakutkan orang lain, juga sebagai fitnah. Akhirnya orang akan menuduh bahawa si fulan itu membela hantu raya atau sebagainya.
Diperintahkan atau memerintah
Kalau ada teman rapat di kalangan jin, tentunya boleh di perintah melakukan pekerjaan berat. Maklumlah golongan jin itukan bangsa yang kuat dan boleh melakukan pekerjaan yang tidak mampu di lakukan oleh manusia. Itulah sebenarnya yang di lakukan oleh tukang tilik dan bomoh. Meramal nasib serta penyakit seorang dengan menjadikan qarin sebagai pengantara. Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk memberitahu hal orang lain kecuali qarin yang sentiasa mendampingi manusia. Tanyalah apa saja pasti ada jawapannya pada qarin. Awas.. jawapn itu tidak semestinya betul.
Lebih banyak yang tipu dari yang benar. Kalau hendak suruh qarin khianati orang lain pun boleh tapi adakah Islam membenarkannya?
Menurut Ab. Razak, qarin kemungkinannya boleh di suruh untuk melakukan pekerjaan tetapi dari segi syarak ia tidak boleh. Tanpa mengira apa tujuannya sama ada baik mahupun jahat, mendapatkan bantuan makhluk halus, qarin dan jin. Melakukan pekerjaan adalah berdosa. Ia telah di jelaskan di dalam al-Quran bahawa syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia.
Di dalam surah Faatir ayat 6 maksud nya “ sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti di jauhi tipu dayanya), sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.”

Memang benarlah ketika sihat dia membantu tetapi tunggulah apabila ajal dating menjemput. Ketika itulah syaitan ataupun qarin akan mencocok jarum untuk meminta balikdi tunaikan segala perjanjian. Sesungguhnya syaitan telah berjanji dengan Allah akan menyesatkan manusia hingga kiamat.
Iblis berkata “oleh sebab engkau {wahai tuhan} menyebabakn daku tersesat {maka} demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka {dari menjalani} jalan –Mu yang lurus; kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur” {surah Al-A’raaf 16-17}
Iblis memang sudah berjanji untuk membawa semua naak keturunan Adam ke neraka dan iblis sudah mengetahui bahwa tempatnya di neraka. Kebanyakkan nya orang yang bersahabat dengan jin adalah fakir, iaitu fakir kawan dan segalanya. Sebagaimana sabda Rasullulah, sihir itu mewarisi kefakiran.
Memang benar ada yang boleh memerintahkan jin seperti nabi Sulaiman namun keistimewaan itu hanya miliknya sahaja. Jika kita manusia biasa berhajat juga memerintahkan jin maka kita kena kufur dahulu dengan Allah barulah jin boleh menurut perintah.
Kalau hendak tahu bagaimana orang yang Berjaya di dalam sihir biasanya mereka akan kufur sepenuhnya dengan Allah. Ada yang mengatakan bahwa ilmu sihir itu akan Berjaya jika pengamalnya memijak al-Quran selama  hari berturut-turut. Ada ahli sihir yang meletakkan al quran kecil di dalam kasutnya selama  40 hari untuk mendapatkan ilmu itu. Sebanyak mana kita kufur dengan Allah sebegitulah kekuatan sihirnya.
Kesimpulannya, qarin itu tidak boleh di perintahkna tetapi boleh melemahkannya dari mengajak kejahatan dengan menguatkan hati melalui zikir dan membaca al- Quran. Apabila hati kita kuat maka qarin itu lemah.
#SumberMajalahIslam