daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, November 9, 2010

Tahukah Anda?!



Hukum Memotong Kuku, Rambut, janggut (dll) ketika masih dalam hadas (belum mandi wajib)

JAWAPAN
Larangan memotong kuku dan bulu sebelum mandi itu berasal dari alImam alGhazali rh. alMarhum Gurubesar alAzhar, Syaikh alImam Sayyid Sabiq merumuskan pendapat ini tidak ada sandaran pada dalil alQur'an atau asSunnah atau athar sahabah (Fiqh Sunnah) - laranganya tidak ada baik dari alQuran atau asSunnah.


Terjun Sungai, Kolam  @ Laut Dengan niat Wudu'

JAWAPAN
Terjun didalam kolam/Sungai/Tub dengan menepati rukun2 mandi wajib (Janaabah), adalah sah Mandinya . Kaifiat wajibnya :-

a. Niat
b. Pastikan semua anggota2 yang zahir mengenai air tersebut.

Dan jika seseorang itu sempat berkumur2 dan memasukkan air kedalam hidung, maka wudhu'nya pun sah juga (tetapi lebih afdal berwudhu' dahulu sebelum mandi). Menurut Syeikh Ibn Utsaimin rh. :-

فإذا كان على الإنسان جنابة وانغمس في بركة أو في نهر أو ما أشبه ذلك ، ونوى بذلك رفع الجنابة وتمضمض واستنشق : فإنه يرتفع الحدث عنه الأصغر والأكبر ؛ لأن الله تعالى لم يوجب عند الجنابة سوى أن نطَّهَّر ، أي : أن نَعُمَّ جميع البدن بالماء غسلاً ، وإن كان الأفضل أن المغتسل من الجنابة يتوضأ أولاً ؛ حيث كان النبي صلى الله عليه وسلم يغسل فرجه بعد أن يغسل كفيه ثم يتوضأ وضوءه للصلاة ، ثم يفيض الماء على رأسه ، فإذا ظن أنه أروى بشرته أفاض عليه ثلاث مرات ، ثم يغسل باقي جسده .

"Jika seseorang jubub dan merendamkan dirinya didalam kolam air atau sungai dsb, dengan niat membersihkan diri dari hadas besar (janaabah), dan dia membasuh/berkumur2 mulut dan hidung : maka sesungguhnya dia telah membersihkan dirinya dari hads kecil dan besar! Kerana sesungguhnya kewajpan Allah, hanya diperintahkan kepada kita untuk membersihkan diri kita dari janaabah. iaitu : kita memastikan agar air tersebut sampai kepada semua bahagian2 didalam badan. Akan tetapi adalah lebih afdal (baik) bagi sesiapa yang ingin mandi wajib melakukan wudhu' dahulu, kerana Nabi saw pernah membasuh kemaluannya setelah membasuh tangan, kemudian dia akan melakukan wudhu' sebagaimana sebelum solat, kemudian dia akan mencurahkan air diatas kepalanya, kemudian apabila dia merasakan air tersebut sampai kepada kulitnya, dia akan menyiram air dikepala sebanyak 3 kali, dan kemudian dia akan membasuh anggota2 yang lain" [Majmu’ Fataawa al-Sheikh Ibn ‘Utsaimin, 11/Soalan #182]


Hukum bulu Kucing (dalam wudu', solat kerana terpijak, terlekat & terkena bulu kucing)


JAWAPAN

Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.

Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

SOAL: Apabila kita dalam keaadaan berwudhu jika terkena/terpijak bulu kucing maka batal wudhu?

JAWAB: Wuduk anda tidak batal. Kerana najis tidak boleh membatalkan wuduk. Najis akan menyebabkan sembahyang kita tidak sah, jika kita membawanya. Kerana salah satu dari syarat-syarat sah sembahyang ialah tubuh, pakaian dan tempat mestilah bersih dari najis.


Adab Minum Air Zam-Zam


JAWAPAN
Ulama banyak berbicara mengenai adab-adab yang mustahan (yg disarankan) apabila meminum air zam-zam dan diantara ialah :Menghadap Ka'bah mengucapkan Bismillah berhenti sejenak mengambil nafas sebanyak 3 kali memuji (tahmid) Allah setelah habis minum dan duduk semasa minum, sebagai seseorang melakukannya apabila meminum minuman yang lain. Merujuk kepada Hadith dari Ibnu Abaas (r.a.) yang berkata :

"Saya memberi Nabi saw Air ZamZam untuk minum semasa beliau berdiri" (riwayat Al-Bukhari, 3/492)

Menurut Sheikh Mohmammad Saleh Al-Munajid bahawa hadith ini bermaksud :"dari perbuatan tersebut adalah dibenar [minum sambil berdiri], dan larangan minum berdiri bermaksud makruh".

Sebagai tambahan, ulama juga menyaranan agar seseorang yang mimum Zamzam menrenjiskan sedikit di kepala, muka dan dadanya, melakukan do;a yang banyak apabila meminumnya, dan minum dengan maksud mendapat munafaat dunia dan akhirat, sebagaimana sabda Nabi saw :

"Air Zamzam adalah untuk tujuan apa-apa ianya diminum" (Riwayat Ibnu Majah, 2/1018; Al-Maqaasid al-Hasanah oleh al-Sakhaawi, ms. 359).

Tali pinggang & wallet Kulit

1. Apakah tali-pinggang & "wallet" kulit itu asalnya memang najis?
Maksudnya begini, tali-pinggang & "wallet" itu memangnya dari perbuat dari kulit yang najis. Contohnya ia diperbuat dari kulit babi atau anjing. Atau dari kulit binatang bangkai yang tidak disamak. Seperti, ada seekor lembu mati tanpa disembelih. Lalu kita ambil kulitnya untuk dibuat tali pinggang. Sebelum itu kita tidak samak pun.

Soal: Apakah hukumnya memakainya semasa sembahyang?
Jawab: Kalau ia najis seperti di atas sudah tentu tidak boleh dibawa di dalam sembahyang. Kerana salah satu dari syarat sah sembahyang ialah suci tubuh, pakaian dan tempat dari sebarang najis. Kalau bawa juga, tidak sah sembahyang.

Soal: Sekiranya najis, bagaimana untuk membersihkannya?
Jawab: Jika ia diperbuat dari kulit babi atau anjing.. Tidak perlu fikir panjang.. Ia tidak dapat disucikan lagi. Kerana menurut ulamak Syafi’iyah, semua kulit bangkai binatang akan menjadi suci setelah disamak, kecuali kulit anjing, babi dan keturunannya.

Jika ia dari kulit selain dari dua ekor binatang itu, samak sahaja.

Cara samak:
Terlalu mudah.. Bersihkan dahulu sisa-sia daging yang masih ada, kemudia samaklah menggunakan sesuatu yang kelat, tajam atau pahit seperti tawas, kulit delima dsbnya.

Kalau talipinggang dan wallet kulit yang umum dipakai oleh orang sekarang tidak perlu dibimbangkan lagi kerana ia sudahpun diproses menggunakan bahan kimia yang sudah semestinya bertepatan dengan kehendak samak menurut syarak. Ia boleh dipakai tanpa ragu-ragu serta sah dibawa di dalam sembahyang.

2. Apakah tali-pinggang & "wallet" kulit itu terkena najis?
Maksudnya ialah, tali-pinggang & "wallet" kulit itu asalnya suci, tetapi terkena najis. Contoh, talipinggang kita telah terkena kencing kucing. Ini bermakna ia telah terkena najis.

Soal: Apakah hukumnya memakainya semasa sembahyang?
Jawab: Sekiranya ia terkena najis begitu, sudah tentu tidak boleh dibawa di dalam sembahyang. Tidak sah.

Soal: Sekiranya najis, bagaimana untuk membersihkannya?
Jawab: Caranya mudah, basuh sahaja tempat yang terkena najis itu dengan air mutlak hingga sifat najis itu hilang. Sifat najis ialah warna, bau dan rasa. Selepas itu, ia suci dan boleh dibawa sembahyang tanpa syak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai air mutlak, sila rujuk aL-AHKAM online (paparan 1-2-3 bulan Julai 1998). Untuk najis dan cara menyucikannya sila rujuk aL-AHKAM online (1-2-3 Fikah bulan Ogos 1998). Untuk mengetahui hukum bulu, kulit taring, gigi binatang, sila ke: http://members.xoom.com/ahkam_ol/koleksi06.htm#20

SEKIAN

Wallahualam


:::sumber dari blog soal jawab Al Ahkam:::



No comments:

Post a Comment