Satu kepercayaan masyarakat melayu bahawa roh orang mati
boleh kembali, menziarahi keluarga dan memberikan pertolongan. Malah ada juga
yang mendakwa mendapat mimpi bertemu dengan orang kesayangan yang telah meninggal dunia. Namun benarkah roh
orang mati boleh mengganggu, menolong , menziarahi dan hadir di dalam mimpi.
Untuk menjelaskan hal itu Ab. Razak mengambil beberapa kes
yang pernah berlaku. Qarin boleh menyerupai diri kita sebagaimana satu kes yang
pernah di rujuk kepada Datuk Harun Din tentang seorang isteri yang telah
kematian suami tapi pada suatu malam roh suaminya balik dan menggaulinya.
Memang benar , perkara itu boleh berlaku dan ia sering
menjadi salah faham di kalangan orang melayu yang mengatakan roh orang yang
sudah mati itu kembali. Kalau mengikut Islam, roh orang mati tidak akan kembali
ke alam dunia. Sebagaimana kita tidak boleh masuk masuk ke alam Barzakh semasa
hidup begitu juga hal nya roh orang mati yang berada di alam Barzakh tidak
boleh kembali ke dunia. Kepercayaan bahawa roh
balik semula sesudah mati adalah kerpercayaan orang Kristian. Kalau
mengikut Islam roh orang yang telah meninggal dunia tidak akan kembali semula
ke bumi melainkan ia kekal di alam Barzakh sehingga kiamat.
“jika roh orang mati itu boleh kembali ke dunia dan boleh
melakukan pelbagai perkara sudah tentu orang yang telah meninggal itu
seolah-olah tidak ada seksa kubur, tiada balasan dan bebas ke sana ke sini.
Kita kena yakin bahawa roh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarga
dan isterinya.
“walaupun ada yang mengaku pernah ternampak si mati kembali
mendatangi isteri dan menziarahi keluarga, ia bukanlah roh arwah tetapi ia dia
lakukan oleh makhluk lain yang bernama Qarin.
Apabila meninggal seorang manusia maka qarinya akan terus
berkeliaran di muka bumi ini. Mereka adalah antara makhluk yang ditangguhkan
ajalnya oleh Allah. Sudah namanya pun syaitan maka memang kesukaannya adalah
berbuat jahat dan mengganggu serta menyesatkan manusia selagi belum sampainya
kiamat.
Qarin itu adalah kembar dan rupanya sama seperti kita.
Pernah berlaku sekitar tahun 80-an di
Serdang. Seorang lelaki membawa seorang
perempuan untuk di tumpangkan hingga ke Rasah. Lelaki itu bekerja di Kuala
Lumpur untuk balik ke Melaka. Ketika sampai di perhentian Serdang seorang
perempuan menahannya di dalam hujan untuk meminta tumpang. Sampai di Rasah
perempuan itu di turunkan di hadapan rumahnya dan lelaki itu
menyambungperjalanan ke Melaka. Tapi perempuan itu tertinggal baju hujan dan
bukunya di dalam kereta. Keesokkan harinya lelaki itu memulangkan semula baju
hujan dan buku berdasarkan alamat yang di catatakan di situ. Lelaki itu di
beritahu bahawa perempuan yang menumpangnya telah meninggal enam bulan lalu
akibat kemalangan di Serdang.
Di situ timbul persoalan siapakah perempuan yang menumpang
itu? Adakah ia roh? Bukan roh sebenarnya, ia adalah Qarin. Namun penjelmaan
qarin sebagai sebagai kita selepas meninggal adalah jarang- jarang berlaku tapi
ia boleh berlaku. Walaupun ia dating dengan tujuan baik tetapi maksudnya
jahat,. Tegasnya.
Masih tidak puas dengan penjelasan itu, Ab Razak menyambung,
di dalam hal tertentu qarin juga boleh menjelma dan mendampingi kita hingga
boleh di lihat oleh orang lain. Katanya, qarin yang terseksa dan degil sangat
saja boleh menjelmakan dirinya hingga boleh di lihat oleh orang lain. Tapi, ia
bukan di dalam bentuk asal Allah jadikan syaitan, ia mungkin boleh
menyerupai binatang atau lembagayang
hodoh. Jelmaan itu bukan saja untuk menakutkan orang lain, juga sebagai fitnah.
Akhirnya orang akan menuduh bahawa si fulan itu membela hantu raya atau
sebagainya.
Diperintahkan atau memerintah
Kalau ada teman rapat di kalangan jin, tentunya boleh di
perintah melakukan pekerjaan berat. Maklumlah golongan jin itukan bangsa yang
kuat dan boleh melakukan pekerjaan yang tidak mampu di lakukan oleh manusia.
Itulah sebenarnya yang di lakukan oleh tukang tilik dan bomoh. Meramal nasib
serta penyakit seorang dengan menjadikan qarin sebagai pengantara. Siapa lagi
yang mereka boleh harapkan untuk memberitahu hal orang lain kecuali qarin yang
sentiasa mendampingi manusia. Tanyalah apa saja pasti ada jawapannya pada
qarin. Awas.. jawapn itu tidak semestinya betul.
Lebih banyak yang tipu dari yang benar. Kalau hendak suruh
qarin khianati orang lain pun boleh tapi adakah Islam membenarkannya?
Menurut Ab. Razak, qarin kemungkinannya boleh di suruh untuk
melakukan pekerjaan tetapi dari segi syarak ia tidak boleh. Tanpa mengira apa
tujuannya sama ada baik mahupun jahat, mendapatkan bantuan makhluk halus, qarin
dan jin. Melakukan pekerjaan adalah berdosa. Ia telah di jelaskan di dalam
al-Quran bahawa syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia.
Di dalam surah Faatir ayat 6 maksud nya “ sesungguhnya
syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti di jauhi
tipu dayanya), sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari
penduduk neraka.”
Memang benarlah ketika sihat dia membantu tetapi tunggulah
apabila ajal dating menjemput. Ketika itulah syaitan ataupun qarin akan
mencocok jarum untuk meminta balikdi tunaikan segala perjanjian. Sesungguhnya
syaitan telah berjanji dengan Allah akan menyesatkan manusia hingga kiamat.
Iblis berkata “oleh sebab engkau {wahai tuhan} menyebabakn
daku tersesat {maka} demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi
mereka {dari menjalani} jalan –Mu yang lurus; kemudian aku datangi mereka dari
hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri
mereka dan engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur” {surah Al-A’raaf
16-17}
Iblis memang sudah berjanji untuk membawa semua naak
keturunan Adam ke neraka dan iblis sudah mengetahui bahwa tempatnya di neraka.
Kebanyakkan nya orang yang bersahabat dengan jin adalah fakir, iaitu fakir
kawan dan segalanya. Sebagaimana sabda Rasullulah, sihir itu mewarisi
kefakiran.
Memang benar ada yang boleh memerintahkan jin seperti nabi
Sulaiman namun keistimewaan itu hanya miliknya sahaja. Jika kita manusia biasa
berhajat juga memerintahkan jin maka kita kena kufur dahulu dengan Allah barulah
jin boleh menurut perintah.
Kalau hendak tahu bagaimana orang yang Berjaya di dalam
sihir biasanya mereka akan kufur sepenuhnya dengan Allah. Ada yang mengatakan
bahwa ilmu sihir itu akan Berjaya jika pengamalnya memijak al-Quran selama hari berturut-turut. Ada ahli sihir yang
meletakkan al quran kecil di dalam kasutnya selama 40 hari untuk mendapatkan ilmu itu. Sebanyak
mana kita kufur dengan Allah sebegitulah kekuatan sihirnya.
Kesimpulannya, qarin itu tidak boleh di perintahkna tetapi
boleh melemahkannya dari mengajak kejahatan dengan menguatkan hati melalui
zikir dan membaca al- Quran. Apabila hati kita kuat maka qarin itu lemah.
#SumberMajalahIslam