daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, October 13, 2010

Novel : Qistina Umairah 1



Dummmm! Dentuman kuat kedengaran dari ground floor Tokio Marine. Sebuah Mercedes-Benz SLK 55 remuk di bonet hadapan melanggar sebuah lori sampah DBKL. Kelihatan beberapa orang yang berhampiran berlari ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan.

10 minit kemudian sebuah Ambulans sampai untuk menyelamatkan mangsa. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kelihatan berbisik sesama sendiri dan ada pula yang seolah olah terkejut.

“itu Tengku Amirul anak kedua Tengku Rais pemilik Menara Impian Holding, Kesian… harap- harap dia ok”

“oh betul ke? Ini anak dia yang dari US tu kan. Kacaknya..”

“Kacak tu betul lah, tapi kaki perempuan.. tak sanggup aku”

Bermacam- macam gossip yang keluar dari mulut- mulut manusia yang menyaksikan kejadian itu.

Di HKL, unit rawatan kecemasan….

“Blood Pressure ?”
“normal 120-80”
“X-ray?”
“Humerus bone cracked, the rest normal”
“ call family nya, beritahu dia di HKL dan stabil”
“sudah doctor, ok hantar dia ke ward”

Tengku Amirul masih terkejut dengan kejadian yang menimpa dirinya. Terdiam dan melihat tangan kiri nya yang bersimen.dan kepala nya yang bertampal. Dia cuba bangun dari katil dan berjalan dalam ward tanpa arah tujuan.

“nasib kereta ada air bag, kalau tak arwah dah aku” dia bermonolog sendiri
Tiba-tiba Tengku Amirul terlihat seorang gadis sedang menangis di hadapan tingkap hospital.

Perasaan ingin tahu mula menebal, Tengku Amirul cuba menghampiri gadis beruniform pesakit dengan kaki bersimen itu perlahan-lahan. Dia berbisik sendiri, sayang rupa cantik, manis, tapi bertongkat.

“hai, boleh saya tahu siapa yang buat gadis secantik awak menangis macam ni?”
Qistina Umairah terkejut, lalu cepat-cepat menyeka airmata dan mencapai tongkatnya untuk pergi.

“hey, tunggu la dulu, awak masih belum jawab soalan saya, hey!”
Qistina Umairah mempercepatkan langkah nya walaupun tidak sempurna, tapi cepat di pintas oleh Tengku Amirul.

“Tolong jangan ganggu saya, tolong pergi!!!” air mata Qistina terus mengalir deras seperti tidak ingin berhenti.

Tengku Amirul terkejut, tapi masih tidak berhenti

“wooo, saya pun sakit jugak, ni tangan ni baru je kena simen tau, tapi tak kan la nak emosi, cool la, jom saya belanja awak minum”

“Saya cakap pergi! Tak faham bahasa ke?! TOLONG JANGAN GANGGU SAYA”

“ok ok, saya pergi, by the way, saya Amirul duduk dekat ward depan tu, kalau awak bosan cari la saya kat sana”

Qistina Umairah berlalu dan menuju ke ward nya. Sedangkan Tengku Amirul memerhatikan langkahnya tanpa berkedip.

“cantik jugak girl ni, tapi garang” kata Tengku Amirul

***********************
“Doktor, saya nak pindahkan anak saya dari hospital ni!” kata Tengku Marina

“dia tak sepatutnya berada di hospital ni, tolong pindahkan dia sekarang juga,faham!” bentak Tengku Marina

“Mummy! Apa kecoh kecoh ni, pindah pindah apa ni?” balas Tengku Amirul

“Mummy nak Mirul pindah ke hospital yang lebih bagus dan selesa dari sini, mummy tak nak Mirul bertambah sakit dengan suasana ni, faham sayang “

“no mummy, biar Mirul duduk sini, ward ni pun selesa, 2 orang satu bilik, no worries mummy, I’m ok”

“Mirul! I said no! you have to move! No excuse! Understand !”

Tengku Rais Cuma memerhatikan gelagat dua beranak itu.

“mummy please…. What’s wrong with this hospital? I’ll stay here!”

“No! kamu tak selamat dekat sini, pindah dekat hospital yang lebih selesa dan doctor pakar yang ramai”

“mummy, listen, Mirul Cuma dapat cedera biasa saja, nothing serious ok, just for 2 or 3 days, then discharge”

“you’re so stubborn! I have nothing to say!”

Tengku Amirul tersenyum, Tengku Rais menggeleng gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Sementara Tengku Marina masam tidak puas hati dengan keputusan anak bongsunya.

“thanks mummy, I love you!”

Tengku marina terus mengatur langkah meninggalkan wad itu. Tengku Marina dan Tengku Rais merupakan pasangan suami isteri yang sibuk dalam menguruskan perniagaan mereka, malahan sukar menemui masa senggang.

Menara Impian Holding di asaskan oleh bapa Tengku Rais, yang akhirnya di diwasiatkan kepada mereka berdua. Setelah 15 tahun menguruskan Menara Impian bersama akhir nya perniagaan mereka semakin berkembang dan maju. Malah sudah mempunyai cawangan di serata negeri juga di beberapa Negara lain.

Syarikat tunggal milik anak melayu itu amat membanggakan dan menjadi satu badan yang mampu untuk berdaya saing. Tengku Rais Tengku Zailan merupakan pengarah manakala Tengku Marina pula sebagai Penasihat Kewangan. Anak sulung mereka Tengku Zahid adalah Pengarah urusan yang sangat tegas dan di segani oleh pekerjanya.
Cuma Tengku Amirul yang masih lagi belum bekerja, dengan alasan masih baru pulang ke Malaysia sedangkan sudah hampir 6 bulan lamanya. Dia lebih gemar menghabiskan masa dengan teman-teman dan perempuan di kelab-kelab malam sekitar Bukit Bintang. Katanya lebih fun, dan bergaya. Cukuplah ibu bapa dan abangnya sahaja yang bekerja.
Ketegasan Tengku Marina tidak memberi kesan kepada Tengku Amirul, mungkin kerana rasa sayang yang lebih terhadap anak bongsunya, jadi dia lebih suka membiarkan sahaja walaupun kadang kala Tengku Amirul agak menguji kesabarannya.

*************
Tengku Amirul mencari- cari kelibat gadis yang dilihatnya semalam.tapi tidak juga kelihatan. Dia agak hampa lalu terus menuju ke taman berdekatan, kecederaan ringan yang di alaminya tidak mengizinkan dia untuk tinggal lebih lama di hospital.

Kemungkinan petang ini Tengku Amirul sudah boleh keluar. Walaubagaimanpun dia masih tidak berpuas hati kalau tidak dapat mengenali gadis yang dilihatnya semalam. Dia merasakan gadis itu punya daya tarikan yang tersendiri walaupun mata dah raut wajah nya kelihatan sugul dan sedih.

Tengku Amirul hampa, tidak semena-mena gadis yang dilihatnya semalam berdiri betul-betul di sebelahnya sambil merenung tajam ke arahnya tanpa sepatah kata.

***************
“Aw awak…! Tekejut saya, ap apa awak buat kat sini” kata Amirul tergagap-gagap

“Ni tempat saya, hampir setiap pagi saya datang sini ambil udara segar” balas Qistina

“oh, sorry saya tak tahu ni tempat awak jadi saya duduk je, awak da lama kat sini?”

“Siapa-siapa pun boleh duduk di sini, bukan tempat saya sorang, Cuma saya selalu ke sini” Qistina membalas acuh tak acuh sambil meletakkan tongkatnya di sisi bangku.

“macam mana kaki awak? Getting ok?” tengku Amirul cuba mencungkil rahsia.

Qistina terus membisu memandang jauh ke tengah taman. Tidak menjawap walau sebutir. Mata nya kelihatan berkaca-kaca menahan sedih di hati. Dadanya sedikit berombak namun cuba di sembunyikan dari pandangan lelaki di sebelahnya. Biar lelaki itu berteka teki sendiri.

Tengku Amirul menunggu jawapan dari Qistina dengan penuh sabar. Dia berteka teki sendiri, mungkin ada kisah hitam yang cuba dilupakan oleh gadis itu.

“by the way, apa nama awak ya?” Tanya Tengku Amirul

“Cik Qistina, mari masuk makan ubat.” Jururawat tiba-tiba muncul menyuruh Qistina Masuk.

“Qistina, Sedap nama awak, boleh kita jumpa lagi?” Tengku Amirul bertanya sambil tersenyum.

Qistina tidak memberikan sebarang reaksi, terus berlalu bersama jururawat.

No comments:

Post a Comment