Telinga bahagian luar mulai terbentuk, kaki dan tangan terus berkembang. jari kaki dan tangan sudah boleh di lihat. Mula bergerak walaupun masih tak merasakannya. Dengan Doppler, kita boleh mendengar degup jantungnya. Minggu ini, panjangnya lebih kurang 22-30 mm dan beratnya pula kira-kira 4 gram.
Minggu 10
Semua organ penting yang telah terbentuk telah mula befungsi. Perkembangan otak meningkat dengan cepat, hampir 250.000 sel saraf baru terbentuk setiap minit. dia sudah mula kelihatan seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7 gram.
Minggu 11
Panjang badanya mencecah sehingga 6.5 cm. rambut, kuku jari tangan dan kakinya mulai tumbuh. Sesekali di usia ini dia sudah boleh menguap.
Gerakan demi gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan badan dan menundukkan kepala, sudah boleh dirasakan ibu. malah dia kini sudah boleh mengubah kedudukkannya dengan berputar, memanjang, bergelung, atau menangkup yang kerap dirasai ibu. walaupun menyakitkan ia tetap membuatkan anda bahagia.
Minggu 12
Bentuk wajah bayi lengkap, ada dagu dan hidung kecil. Jari-jari tangan dan kaki yang terpisah penuh. Usus bayi telah berada di dalam perut. oleh kerana meningkatnya tekanan darah ibu, degup jantung janin boleh meningkat. Panjangnya kira2 63 mm dan beratnya 14 gram.
proses penyempurnaan seluruh organ badannya bermula. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mulai terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata.
Minggu 13
Pada akhir trimester pertama, plasenta berkembang untuk menyediakan oksigen , nutrisi dan pembuangan bahan buangan bayi. Kelopak mata bayi merapat untuk melindungi mata yang sedang berkembang. Bayi mencapai panjang 76 mm dan beratnya 19 gram.Kepalanya membesar dengan lebih cepat daripada yang lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar pembesaran kepala.
Minggu 14
Tiga bulan selepas proses pembenihan, panjangnya 80-110 mm dan beratnya 25 gram. Lehernya semakin panjang dan kuat. Lanugo, rambut halus yang tumbuh di seluruh tubuh dan melindungi kulit mulai tumbuh pada minggu ini. Kelenjar prostat bayi laki-laki berkembang dan ovarium turun dari rongga perut menuju ke pinggul.
Degup jantung bayi sudah kuat tetapi kulit bayi belum tebal kerana belum ada lapisan lemak
Minggu 15
Tulang dan sumsum tulang di dalam sistem kerangka terus berkembang. Jika bayi Anda perempuan, ovarian mulai menghasilkan jutaan sel telur pada minggu ini. Kulit bayi masih sangat nipis sehingga pembuluh darahnya kelihatan. Akhir minggu ini, beratnya 49 gram dan panjang 113 mm
Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. namun Kelopak matanya masih tertutup
Minggu 16
Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan memerlukan nutrisi melalui plasenta. Bayi telah mempunyai tulang yang kuat dan sudah boleh mendengar suara. Dalam proses pembentukan ini system peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi.
Bayi sudah boleh bergerak ! Tetapi tak perlu risau jika Anda tak merasakannya lagi. Semakin banyak kalsium yang disimpan dalam tulang bayi selaras dengan perkembangan rangkanya. Bayi Anda berukuran 116 mm dan beratnya 80 gram
Minggu 17
Dengan panjang 12 cm dan berat 100 gram, bayi masih sangat kecil. Lapisan lemak coklat mula berkembang, untuk menjada suhu tubuh bayi setelah lahir.
Tahukah Anda ? ketika dilahirkan, berat lemak mencapai tiga perempat dari total berat badannya.
Rambut, kening, bulu mata bayi mula tumbuh dan garis kulit pada ujung jari mulai terbentuk. cap jari sudah mula terbentuknantikan episod minggu-minggu yang seterusnya...
## credit to perkembangan janin blogspot.
nie bakal anak buah aDha y bru ke.?????
ReplyDelete