daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, February 15, 2011

Isu Letak Nama Anak


Nampak macam Isu remeh je kan?
Tapi tahukan korang, Isu ni kalau di perlekehkan boleh menyusahkan anak-anak korang jugak satu hari nanti.
mcm nama dia ni siap ade kad pengesahan nama panjang lagi.

macam yang ni pun sama. mak ai menjela nama dia

Zaman sekarang ni Ramai betul ibu bapa yang suka letak nama anak mereka panjang menjela. kalau boleh sepanjang yang mungkin.. Contoh (Siti Nursyafikah Habibah Nur Binti Sharif Zakwan)
Dapat tak korang bayang kan betapa susah nye anak korang tu nanti nak jawap exam. nak tulis nama je dah buang banyak masa, tak termasuk urusan-urusan lain yang kene isi form dengan mintak kene buat 2 3 copies. bengkak tangan nak menulis. Tu tak kire lagi yang anak korang kena bawak 2 ic ke sana ke sini. sebab tak cukup ruang nak letak nama penuh termasuk nama bapak.

Kesian budak-budak. nama tu memang la sedap tapi seksa anak-anak nak menguruskan. Sebab aku pun ada 2 3 orang kawan yang terpaksa membawa 2 ic ke sana sini. dia pun dok mengeluh jugak.

Actually aku pun dilemma jugak bab-bab nak bagi anak nama ni. ye la aku admit jugak nama yg panjang tu best tapi bila di fikirkan balik panjang2 pun nanti panggil kontot jugak. tak jugak panggil yang panjang tu kan.

Yang kat bawah ni isu yang aku jumpa dalam sebuah laman web yang aku percaya dari surat khabar kat malaysia ni. aku cut and paste kasi korang baca.


KUALA TERENGGANU: “Saya bimbang jika hendak berurusan dengan pihak tertentu akan menimbulkan masalah kerana kad pengenalan anak tidak berbinkan nama saya,” kata Zainal Alang A Abd Rahman, 40-an, apabila kad pengenalan anaknya, Muhammad Farah Aideed, 13, tidak tercatat nama bapa.

Menurut Zainal, dia menyedari perkara itu ketika mengambil kad pengenalan di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kira-kira tiga bulan lalu.

Zainal berkata, apabila menyedari kad pengenalan Muhammad Farah tidak berbinkan namanya dia terus merujuk ke pejabat JPN di daerah terbabit untuk mendapatkan kepastian.

“Kakitangan JPN menjelaskan kepada saya jumlah abjad nama anak terlalu panjang dan mereka turut memaklumkan semua maklumat yang tidak ada direkodkan dalam cip itu.

“Ada antara mereka memberitahu jumlah abjad termasuk alamat rumah melebihi had sepatutnya dan tidak mencatatkan nama saya pada kad pengenalan itu,” katanya ketika datang ke Pejabat Harian Metro, semalam.

Zainal berkata, dia bimbang apa-apa urusan berkaitan akan menimbulkan masalah nanti dan menyekat status dia sebagai bapa kepada anak itu.

“Jika berlaku sesuatu sama ada terjatuh atau hilang, orang yang menemui belum tentu dapat memulangkan kerana mungkin ada yang mengenali tetapi tidak tahu itu anak saya.

“Saya turut bimbang perkara ini berlaku khususnya tiga lagi anak saya, Muhammad Faizal Iskandar, 10, Muhammad Farihin Mustakim, 8, dan Muhammad Zulhakimi,4; akan menghadapi masalah sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPN Terengganu, Abu Bakar A Rahman, berkata perkara itu pernah berlaku sebelum ini berikutan nama pengadu terlalu panjang.

Katanya, jika sebelum ini JPN sudah menetapkan 40 abjad termasuk alamat kediaman tetapi dinaikkan kepada 50 abjad tetapi kerana abjad terlalu banyak, kita tidak dapat meletakkan nama bapa pengadu.

“Tetapi bagi masalah itu, JPN ada menyediakan kad pengenalan lain iaitu ‘Kad Pengenalan Nama Panjang’ dan mereka yang terbabit akan diberikan kad itu.

“Kad pengenalan itu akan digunakan bersama yang asal jika berurusan dengan pihak tertentu bagi mengelakkan sebarang kesulitan pemilik kad itu,” katanya




Jadi dari berita ni better la korang yang berhasrat nak letak menjela-jela tu fikir 2 3 kali. buat lembab anak korang je nak buat semua urusan nanti.


----->Jadi nama apa yang best aku nak cari ye.... mmmm Thinking thinking

Selamat Berfikir..

No comments:

Post a Comment