daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, July 14, 2011

Polisi Suami Menemani isteri ketika melahirkan Anak

  1. Untuk memberikan sokongan emosi dan moral kepada isteri yang bersalin disamping ingin memberikan peluang kepada suami untuk menyaksikan kelahiran anak kandung pasangan suami isteri demi mengeratkan perhubungan keluarga.
  2. Untuk meningkatkan mutu/ imej perkhidmatan di bilik bersalin dengan melibatkan suami dalam proses bersalin isteri.
  3. Untuk meningkatkan kepuasan pelanggan selaras dengan budaya koporat kementerian kesihatan yang menggalakkan satu perkidmatan yang penyayang.
  4. Ketelusan yang akan wujud dari perlaksanaan konsep ini akan sendirinya meningkatkan mutu perkhidmatan di jabatan perbidanan hospital-hospital kerajaan, malah ia juga akan meningkatkan mutu perkhidmatan keseluruhan hospital-hospital berkenaan selaras dengan objektif yang mahukan perkhidmatan hospital yang cekap, effisien berkualiti dan tulus
  5. Pendedahan masyarakat kepada cara kerja hospital-hospital akan menghakis segala salah faham masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan di hospital-hospital kerajaan. Ini akan meningkatkan kerjasama diantara masyarakat dengan pihak yang memberikan perkhidmatan serta mengurangkan aduan serta kegelisahan orang ramai.
  6. Kehadiran suami disisi isteri yang sedang sakit juga diharap akan mengurangkan beban kesakitan yang dialami dan membantu dalam melincinkan proses kelahiran serta mempercepatkan proses membuat keputusan di dalam di dalam kecemasan


PERATURAN YANG PERLU DIKETAHUI DAN DIPATUHI
  1. Polisi ini hanya meliputi bilik bersalin SAHAJA dan tidak boleh dilanjutkan ke wad ante-natal atau post-natal.
  2. Suami boleh membuat pilihan samada hendak menemani isteri atau sebaliknya
  3. Hanya seorang saja dibenarkan meneman samada suami atau saudara terdekat perempuan,( ibu sendiri atau ibu mertua, nenek, kakak )
  4. Bertukar giliran antara mereka (dalam no 3 tidak dibenarkan)
  5. Kebenaran untuk meneman perlu diperolehi daripada ketua jururawat / jururawat wad bersalin terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk.
  6. Kebenaran ini adalah bergantung kepada keadaan semasa wad bersalin dan budi bicara ketua jururawat wad bersalin.
  7. Peneman dikehendaki menunjukkan kad pengenalan kepada jururawat bertugas. Kad pengenalan suami / isteri akan disimpan oleh jururawat bertugas dan diberikan dengan pas ' Teman Bilik Bersalin 01- 04'. Jika suami atau saudara hendak keluar sebentar atau urusan peribadi, mereka dikehendaki memulangkan pas tersebut dan mengambil semula kad pengenalan dari jururawat bertugas. Pas teman bilik bersalin dikehendaki disematkan di baju setiap masa.
  8. Peneman tidak dibenarka membawa masuk makanan kepada ibu bersalin kecuali makanan yang disediakan oleh hospital.
  9. 'Privacy' pesakit lain perlu dihormati. Peneman dilarang menjenguk ke bilik orang lain
  10. Perakan video, kamera dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke bilik bersalin.
  11. Peneman dibenarkan berada di sisi ibu bersalin sehingga beliau bersalin tetapi apabila diminta keluar dari wad bersalin (seperti dalam keadaan tersenarai dibawah), peneman hendaklah memerikan kerjasama.


Keadaan-keadaan dimana Peneman tidak dibenarkan hadir:
  1. Sewaktu pegawai perubatan atau pakar perbidanan membuat pemeriksaan. (round) dan membuat pemeriksaan faraj ataupun melakukan prosedur tertentu..
  2. Semasa kelahiran berkomplikasi seperti "breech", forcep, vacum extraction dan lain-lain kerana prosedur yang dilakukan mungkin akan menakutkan atau disalah faham.
  3. Sekiranya berlaku kes "resusitasi" di bilik bersalin samada bagi ibu atau anak yang baru dilahirkan.
  4. Dalam keadaan dimana berlakunya perebakan jangkitan (nosocomial infection ) di bilik bersalin.
  5. Sekiranya sisuami disyaki penagih dadah, dalam keadaan mabuk atau berkelakuan tidak sopan serta menganggu kenteteraman bilik bersalin.


PENEMAN DIBERITAHU:
  1. Hospital adalah Hospital Rakan Bayi, salah satu polisinya adalah amalan meletakkan bayi keatas dada ibu sejurus bayi dilahirkan.
  2. Petugas wad bersalin tidak semestinya sentiasa berada di dalam bilik ibu kerana terpaksa menjaga ibu yang lain.
  3. Semua kes bersalin ada risiko, peneman akan diminta segera keluar sekiranya keadaan memerlukan.


***sumber dari wanita mingguan.blogspot**

    No comments:

    Post a Comment