daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, July 14, 2011

Tanda-Tanda Nak Bersalin


Setiap orang mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza, terutamanya tanda- tanda kelahiran bayi.
bagi saya pula ni adalah pengalaman pertama..
Perasaan tu jangan tanya la.. excited bercampur nervous.. excited nak tengok baby yang kite kandungkan selama 9bulan nervous sebab ni pengalaman pertama melahirkan anak.



Menurut kawan-kawan yg berpengalaman, mak, blog-blog dan bahan bacaan antara tanda-tanda nya termasuk lah :
  • Perut dah nampak turun - kebiasaan nya bila perut dah nampak turun ni mungkin dalam masa 2 minggu anda akan melahirkan anak. (bila dah nampak tanda ni kena la ambik langkah berjaga-jaga)
  • Sakit celah kelangkang, nak berjalan nak duduk dah rasa berat, senak atau x selesa bahagian tu
  • kerap buang air kecil, boleh kata baru buang nak buang lagi la :-) sebab bayi anda sudah turun kebawah dan mula menekan pundi kencing.
  • Dapat merasakan bayi mengeras. macam perut tegang rasa tak selesa macam sakit senggugut. (mungkin lebih dari itu)
  • Kerap buang air besar. kata orang tua, proses pembersihan sebab bayi nak keluar, so dia nak bersihkan perut kita dari ansir2 luar. supaya bila bersalin bersih je..
  • Kerap terkentut, buang angin
  • sakit belakang, ini di sebabkan bayi anda sudah mula menekan tulang belakang anda kerana beralih posisi atau kedudukan, so rajin-rajin lah berjalan, dan buat senaman macam merangkak atau suruh suami urutkan belakang anda
  • Pecah air ketuban, tapi sebenarnya jarang berlaku. kebanyakkan kes doctor yang akan pecahkan air ketuban anda. ciri-ciri air ketuban ni ialah, banyak, jernih tanpa bau dan tidak melekit. orang tua2 panggil kembar air
  • Kontraksi yang kerap dan berlanjutan macam setiap 5 minit. jadi segeralah ke hospital. kalau rumah jauh keluar awal takut lahir dalam kereta pulak
  • Keluar lendir pekat bercampur darah dr vagina, menunjukkan rahim sudah mengecut dah bayi dah nak keluar.orang tua-tua panggil kembar darah. sangat sakit
Perhatikan tanda-tanda yang mungkin sudah ada pada anda dan berwaspada.
rasa nya sudah banyak tanda2 yang saya temui. baru 36 minggu. agaknya bila kami akan menyambut kedatangan orang baru..

semoga Allah merahmati dan melindungi... Aminn

2 comments:

  1. tanda2 tu sume ada pd saya...masa 34minggu ari tu ada la keluar lendir bercampur coklat2..dan pinggang sakit sangat pegi hospital kena tahan wad 3 ari tp,misi cakap kontraksi baby takde,tp kdg2 tu sy rsa sakit sgt kt perut.sy thn je la..smpai skrg 36mggu dah mula sakit kt belah kangkang smpikn jln pn sakit..rs mcm nk pg hospital tp rs takut plk doktor buat tk thu je,sbb air apa pn dh tk turun dh skrg..baby pn kurang gerak mcm sllu cuma gerak sikit2 je..pg bidan kmpung dia kte dh dkt ari dh,tp msih tk de tnda2 air..klu blh nk cpt je bersalin senang sikit..tkde pk2 dh..

    ReplyDelete
  2. Saya dah 38 minggu 2 hari, tanda lain xada, cuma sakit celah kakang, nk jalan xblh nk tdor xblh, xtahu nk buat apa, ank pom mengeras lama, biasa mengeras sekejap je, sakit bawah perut kram gtu, nk gi klinik tapi takut, ank yg saya kadung ni nom 5, walaupun dah ada pengalaman sblm ni tapi berbeza-beza cara dia sakit.. Esok saya klinik, so saya rasa saya tunggu ke klinik shj.. Sekian

    ReplyDelete