daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Friday, April 19, 2013

MISTERI SEGITIGA BERMUDA

Topik yang balik banyak menari minat aku sejak bertahun-tahun yang lalu. Siapa yang tidak pernah dengar tentang Segitiga Bermuda yang terletak di pertembungan 2 arus panas di Afrika dan sejuk di Utara Amerika.

Segitiga Bermuda ataupun Bermuda Triangle merupakan kawasan paling misteri di dunia. Pelbagai cerita pelik berlaku di sini di mana sering berlakunya kehilangan kapal-kapal yang melaluinya baik di kawasan laut mahupun di ruang udaranya. Ada juga yang berpendapat di sinilah terletaknya pusat magnet dunia tidak kurang juga pendapat yang mengatakan terdapat nya lubang hitam (black hole) yang menelan dan menyedut apapun yang melalui kawasan tersebut. Banyak teori yang di sebarkan terutamanya dari barat.

Namun tidak semua pertanyaan ada jawapannya.Tidak semua boleh dijelaskan. Bagi sesiapa yang menggemari kisah misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda berada di dalam minat korang. Wilayah laut di selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang tidak dapat dihuraikan. Kisah misterinya bukan bermula sejak awal abad ini, malah turut dicatakan oleh pelayar terkenal iaitu Christopher Columbus.
 
Sekitar 1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauh yang menuju dunia barunya, Amerika Syarikat, Columbus sempat menyaksikan fenomena pelik di Segitiga Bermuda. Di tengah suasana laut yang terasa misteri dan pelik, jarum kompas di kapalnya berubah berkali-kali. Padahal cuaca pada hari itu sangat baik.
Lebih dari itu, tidak jauh dari kapalnya, di suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. 

Kalau di kumpulkan cerita misteri tentang Segitiga Bermuda ini memang tidak terbaca banyaknya. tapi mari kita lihat dari sudut pandangan islam tentang misterinya tempat ini...



Hadith yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasullulah saw bersabda:

"Apabila salah seorang berada ditempat yang terbuka atau ditengah matahari yang bersinar lalu bayangan darinya bergerau sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu"

Larangan ini di tegaskan Rasullulah kerana kawasan yang disabdakan baginda itu merupakan kawasan yang digemari oleh syaitan. Kaitan hadith ini dengan Segitiga Bermuda ialah terletak diperairan Atlantik di antara benua Amerika Utara dan Afrika dimana berlaku nya pertembungan 2 arus panas dan sejuk. nampak?

Hadith ini berjaya merungkai misteri Segitiga Bermuda. Peristiwa yang berlaku ada kaitannya dengan Syaitan atau mungkin Istana mereka bersembunyi di situ. Sesungguhnya Allah telah meletakkan jawapan di dalam kitabnya.


Terdapat sebuah buku "Dajjal akan muncul dari kerajaan Jin di Segitiga Bermuda" karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir, bahawa kawasan Bermuda adalah kawasan Jin dimana akan munculnya Dajjal.

Menurut Syaikh Imam M. Ma'rifatullah Al Arsy, Segitiga Bermuda merupakan tempat titik terhujung di dunia ini. Di tengah kawasan itu terdapat telaga yang airnya dapat membuatkan sesiapa sahaja yang meminumnya panjang umur, di tempat itu pula Nabi Allah Khidir bertakhta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut. Beliau berkata kalau penyelamat akhir zaman iaitu Iman Mahdi keluar dari ghaibnya melalui tempat tersebut (Segitiga Bermuda) dengan memakai Jubah Suci berwarna Kebiruan.

Persoalan yang menjadi miseri sehingga ke hari ini ialah
Apakah Penyebab Pesawat, Kapal, Kapal Terbang atau apa jua yang melintasi kawasan ini lenyap tanpa dapat di kesan?

Menurut Syaikh Imam M lagi, Iblis dan Syaitan tidak mampu mendekati pusat kawasan Segitiga Bermuda, maka iblis dan syaitan ini berjaga di sekelilingnya dan bertujuan untuk menghalang manusia yang cuba untuk memasuki kawasan ini, kerana sesungguhnya sesiapa yang mampu sampai ke titik tengah kawasan ini dia akan tahu tentang kebenaran alam yang sesungguhnya. Ramai orang zaman dahulu yang telah mencuba untuk sampai ke pusatnya, dan kebanyakkan mereka enggan pulang.

Menurut sebuah catatan kuno, Raja Iskandar Zulkarnain pernah mencuba  memasuki ke kawasan misteri itu, dan sekembalinya mereka mengatakan bahawa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian. Tempat yang di penuhi kabus tebal putih itu sangat indah untuk di pandang tetapi sangat bahaya untuk di datangi. Wallahualam.


#Sumberhttp://redzuan-ridz.blogspot.com #Google

No comments:

Post a Comment