Check apa yang perlu dan tidak sesuai untuk mereka. Jadikan diri anda ibu bapa yang berilmu dan bukan semata-mata mengikut apa yang sudah di turun temurunkan.
Antara yang sangat tidak sesuai di hidangkan untuk si manja anda bawah usia 2 tahun
Tea/ Coffee/ nescafe dan seangkatan dengan nya kerana mengandungi Caffeine |
Madu tidak sesuai untuk bayi bawah 12 bulan) |
Madu adalah pemakanan yang tidak selamat untuk bayi di bawah usia 12 bulan kerana madu mengandungi Spora dari sejenis bakteria bernama " Clostridium Botulinum" yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu " Botulism Bayi"
Spora ini sukar di bunuh, tahan panas walaupun di didihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu "Botulism"
Botulism akan menyerang sistem saraf dan akan menyebabkan mata kabur, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur. ia juga akan menyebabkan muntah-muntah, cirit-birit dan sakit badan.
Kenapa tidak sesuai diberikan kepada Bayi
Usus Bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini. Apabila madu ini di makan , ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan di serap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan "botulism"
Apa yang berlaku sekiranya bayi mendapat "botulism"?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat "sederhana" dan sesetengah lagi bersifat "merbahaya" sehingga menyebabkan kematian. Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan. Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11bulan. secara kesimpulannya madu adalah tidak di galakkan di beri bawah umur 1 tahun.
Simptom:
1- perut berbeza dari kebiasaan ( Unsual gastrointestinal symptom), berkemungkinan di sebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar
2- kepenatan (lethargy, weakness)
3- Kesusahan untuk mengawal kepala (Loss of head control)
4-Pertukaran nada nangis (altered cry)
Kebiasaannya simptom akan muncuk dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. Jika muncul simptom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda. Jika tidak segera mendapatkan rawatan, simptom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan, kaki, badan dan otot pernafasan.
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya, madu adalah selamat untuk orang dewasa. Ini adalah kerasa usus orang dewasa mengandungi asid yang cukup untuk menyahkan toksin yang di hasilkan oleh spora ini.
kekacang |
Terdapat banyak jenis kacang yang boleh menimbulkan risiko alergi.Ini adalah contoh tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
- Kenari badam
- Pecans
- Cashews
- Hazelnuts Brazil
- Kacang Pistachios
- Peanuts
Sebagai Klinik Mayo nota: "alahan Kacang adalah perkara biasa dan sering muncul pada tahun-tahun pertama kehidupan Walaupun kebanyakan kanak-kanak menjadi lebih tinggi alahan kepada makanan lain seperti susu atau telur, kebanyakan anak-anak tidak menjadi lebih tinggi alergi kacang tanah apabila mereka dewasa Suatu alahan. tindak balas kepada kacang tanah boleh terdiri daripada alergi kecil.
Susu segar (Fresh Milk) |
Garam |
Adakah bayi bosan kerana makanan tiada rasa?
Tidak kerana lelangit bayi masih tidak sempurna lagi berbanding kita yang sudah terbiasan dengan makanan berperisa. pada bayi mereka menerima makanan mereka seadanya.
Buah pinggang bayi masih tidak mampu memproses garam dengan jumlah yang tinggi. sistem pencernaan bayi masih sangat lemah terutama buah pinggangnya. Terlalu banyak garam dari sumber lain selain susu ibu/susu formula boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang malahan otak bayi juga.
keperluan garam untuk bayi bawah 1 tahun hanya 1 gram sehari di mana sudah cukup dari susu ibu/formula. Manakala bayi 1-3 tahun hanya memerlukan 2gram garam sehari kira2 1/4 sudu teh sehari.
serbuk perasa makanan |
contains sodium chloride - Sodium chloride is the chosen substance. sodium chloride is used in preparation of food to enhance taste |
Kicap tidak sesuai kerana mengandungi pelbagai perasa dan pengawet yang sangat tidak sesuai untuk sistem pencernaan serta perkembangan bayi anda |
Ribena ( better bagi jus sebenar, kerana ribena mengandungi pengawet, perasa dan pewarna yang tidak sesuai untuk bayi) |
say no to all Susu Krimer ye! tinggi gula |
cocoa crunch! product that contains Zinc oxide. - Zinc oxide is the chosen substance. Zinc oxide is widely used as an additive into numerous materials and products. |
Milo - product that contains Zinc oxide. - Zinc oxide is the chosen substance. Zinc oxide is widely used as an additive into numerous materials and products. |
Vico/ Ovaltine/ Horlick / Milo - Kandungan gula yang tinggi |
Coklat dan yang sewaktu dengannya - Kandungan Gula yang sangat tinggi |
Sos cili/ Tomato/ Tiram dan yang sekutu dengan nya- gula, perasa dan pengawet |
jajan/snack/makanan ringan. so many additives, perasa, garam, msg, pewarna. elakkan selagi boleh |
credit to Group Solif & Semisolid Food
info yg bagus :) thanks for sharing <3
ReplyDelete