daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Saturday, September 14, 2013

Petua / Amalan untuk Mengelakkan Jaundice dari dalam Kandungan

 NEONATAL JAUNDICE

Jaundice atau Demam Kuning adalah sangat sinonim dengan kelahiran baru. Masalah ini hampir menjadi wajib untuk setiap kelahiran. 6 daripada 10 bayi pasti akan mendapat masalah serupa.. Namun bagaimana dengan 4 yang selebihnya? Mudah sahaja, Back to SUNNAH.  Jom kita tengok!

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

 Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning. 

 Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis juga melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.


 Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) di sebabkan belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Comb Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.


 Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal.

 Perawatan yang di lakukan di hospital antaranya ialah allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) dan Exchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.


Cuma apa yang saya suka kongsikan di sini ialah kaedah dalam perubatan Islam untuk mengelakkan dan juga merawat permasalahan ini.



UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.


 BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Buat urutan lembut di kening bayi, dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)


Banyak lagi petua. Tapi cara yang Paling mudah untuk ibu mengatasi masalah ini ialah dengan mengambil Jus Qaseh Gold. kerana di dalam nya mempunyai himpunan makanan Sunnah yang sangat bagus untuk kesihatan ibu dan anak. Mudah , Murah & Mujarab.

Pengambilan 2 sudu pagi dan 2 sudu sebelum tidur inshallah akan memberi kesan positive.

Senangkan?? tidak perlu makan semua buah buahan tersebut.. semua nya telah tersedia dan terhimpun dalam sebotol Qaseh.

Qaseh Gold Adinda. Berminat untuk dapatkan product ini boleh PM saya 012 2336104

 Sumber TOT
 

No comments:

Post a Comment