daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Friday, September 4, 2015

Workshop Ampang/ Wong Auto Service

Dah lama nak Up bab bengkel kereta ni... 
6 tahun dah menggunakan perkhidmatan  WONG AUTO SERVICE ni so far memang terbaik..! 

Memandangkan aku x brp pandai bab kereta ni so aku senang berurusan kat sini... Selamat sikit rasa nya

Even dah pindah duduk Putrajaya pun still datang ampang sebab nak service..
Bab harga sini standard... 
Nak kata mahal x nak kata murah sangat tak la jugak...

Tapi service dia mmg the best...! Xde la kes kena ketuk ke kena paku ke... Atau menipu letak barang murah charge mahal2 ke.. Semua tu tidak berlaku di sini

Best nya kedai si Wong ni dia jujur business la.. Kadang sampai betekak dengan dia bila aku cakap nak tambah gas aircond dia cakap x payah, laras sampai 5 masih boleh sejuk.. 

Nak tukar tayar pulak oo bunga ada lagi ni rugi tukar skrg...
At least x macam kedai lain yg x rosak semua suruh tukar.. Service dia pun semua puas hati tak de kes kena datang balik ke apa

Recommended sangat kedai ni uolls!
Bawah ni few pictures untuk korang tatap...

Ini lah Mr Wong

Ni kes hari tu minyak hitam leaking 


Ni kos baiki 

Lokasi nya:
No 35 jln Nirwana 1/1
Taman Nirwana
68000 Ampang

Berdekatan dengan Galaxy ampang

Semoga bermanfaat...






1 comment:

  1. Ada lagi siapa2 yg pernah servis kereta proton di sini?

    ReplyDelete