daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, October 19, 2010

Novel : Qistina Umairah 3




“Qusyairi…! Ingat kan siapa… kenapa call abang ni? Boring ke?” Tanya Tengku Amirul seakan menjerit
Dia sama sekali tidak menyangka Qusyairi akan menelefonnya secepat ini. Perasaan gembira jelas terpampang di wajah nakalnya.

“eh tak la… abang kat mana ni..? masih di wad?”

“er… er… abang masih di wad, mungkin esok baru keluar” sengaja dia berbohong, tidak mahu rahsianya terbongkar atau mendatangkan syak wasangka. Dia perlu pandai menyusun strategi. 

Dia mahukan Qistina Umairah menjadi miliknya. Gadis bermata coklat muda itu cukup mempersonakan. Dia pasti berbangga berpimpin tangan dengan gadis secantik itu. Malah akan lebih berbangga jika dilihat oleh Azwan.

Padanya, Qistina Umairah adalah gadis tercantik dari gadis-gadis yang pernah di temuinya di kelab-kelab malam serta pusat-pusat hiburan yang lain, malah lebih cantik jika di bandingkan dengan kekasih Azwan, Sofea.

“minggu depan abang ada kemana-mana tak?”

“tak, kenapa? Any idea?”

“oh Syai nak jemput abang datang rumah Jumaat depan, nak tak?”

“kenapa? Nak pergi jalan-jalan ke?”

“Ibu suruh Syai jemput kawan-kawan Syai datang rumah untuk majlis hari jadi Syai. Abang datang ye, Lagipun abang kan kawan Syai jugak.”

“ha? Hari jadi syai minggu depan ke? Bo boleh apa salahnya..  berapa tahun ni?”

“nak masuk 11 tahun. Seronoknya, Syai dah besar”

“haha… seronok sangat ke jadi besar ni? Kalau tak ada hal lain abang sampai ok”

“ mestilah seronok..”

Pucuk di cita ulam mendatang, Tengku Amirul tidak menyangka semudah ini kerjanya untuk mendekati Qistina Umairah.

Dia tersenyum sendiri. Sekarang apa yang perlu hanya menunggu hari ke majlis hari jadi Qusyairi.

***********
Seminggu berlalu.

“assallamualaikum” Tengku Amirul memberi salam di hadapan rumah Qusyairi dengan sejambak bunga dan sebungkus hadiah di tangan.

Majlis di penuhi kanak-kanak sebaya Qusyairi. Tengku Amirul mula kekok kerana tidak kelihatan tetamu seusianya. Matanya meliar mencari kelibat Qusyairi

“Abang dah sampai?” sapa Qusyairi di sebelah Tengku Amirul.
Tengku Amirul tersentak

“Eh Syai, puas abang cari tak Nampak. Tetamu lain tak datang ke?”sambil terkedu memerhatikan kanak-kanak memenuhi ruang majlis.

“ni je la semua kawan-kawan Syai” sambil memandang pelik kepada Tengku Amirul.

“Acik…!! Buat apa kat luar tu, ajak kawan-kawan tu masuk kita nak potong kek ni” jerit Pn Kalsum tanpa perasan kehadiran Tengku Amirul di situ

Tengku Amirul pantas mencari-cari Qistina Umairah
Ya… Qistina… di mana gadis itu, kenapa tiada kelibatnya dari tadi.

“abang cari siapa? Kak Long ke?” Tanya Qusyairi seakan memahami isi hati Tengku Amirul.

“ Ha? Ha ye… kak long tak ada ke?”

“Ada kat dapur tadi, jom Syai bawak jumpa ibu” sambil pantas menarik tangan Tengku Amirul ke dalam.

“Acik, siapa dengan acik tu” Tanya Puan Kalsum kehairanan.

“kawan acik, nama dia abang Mirul, Acik yang jemput dia datang, boleh kan ibu”

“Mirul, jemput duduk, majlis kecik aja untuk Qusyairi ni. Tak da apa pun yang istimewa”

Tengku Amirul teripu-sipu malu. Tiba-tiba hujung mata nya tertancap pada satu susuk yang di cari-carinya  dari tadi. Qistina.. ya, Qistina.

“Qis, mari sini nak” panggil Puan Kalsum.
Qistina yang bertongkat dengan kaki berbalut bersusah- susah menghampiri ibunya Puan Kalsum sambil di perhatikan oleh semua tetamu yang hadir.

Qistina kelihatan berkerut memerhatikan Tengku Amirul.  Lantas Tengku Amirul menyapa sambil menghulurkan tangan.

“Hai Qistina, Masih ingat saya?” Tanya Tengku Amirul seolah memahami apa yang di fikirkan oleh Qistina Umairah.

“is that you yang kat hospital tu?” soal Qistina Umairah cuba mengingati wajah mulus lelaki di hadapannya.

“Ya ya.. saya la tu, Amirul, ingat lagi rupanya”

“buat apa awak datang sini? Dan macam mana pulak awak tau rumah saya ni”

“Qis.. tak baik cakap macam tu dengan tetamu, Mirul mari lekas, merajuk pulak si Qusyairi ni karang. Dia dah tak sabar nak tiup lilin tu” sampuk Puan Kalsum sambil memerhatikan Qistina Umairah dan Tengku Amirul.

Selamat hari jadi, selamat hari jadi, Selamat hari jadi Qusyairi, salamat hari jadi..

Sebaik nyanyian hari lahir tamat,  Qusyairi dengan pantas meniup lilin atas kek Coklat kegemaranya yang di buat khas oleh Qistina Umairah. Kedengaran semua tetamu menepuk tangan di sambut tawa Qusyairi yang seronok menyambut hari lahirnya.

Mata Tengku Amirul tidak terlepas dari memerhatikan Qistina Umairah yang leka melayan tetamu yang hadir.

Tengku Amirul mendekati Qistina Umairah lalu menghulurkan sejambak bunga ros pink yang dibawanya. Qistina Umairah terkejut lantas memandang tepat kearah Tengku Amirul.

“untuk saya? Untuk apa?” Tanya Qistina Umairah ingin tahu

“ya untuk awak Qistina, sebagai hadiah perkenalan dan tanda minta maaf saya datang mengejutkan awak kat rumah awak ni”

“tapi tak perlu semua ni” tolak Qistina 

“tak baik awak buat saya macam ni, semua orang tengah perhatikan kita, tak boleh ke awak terima je sekali ni”

“mmm no more next time” balas Qistina sambil memerhatikan tetamu lain.

“thanks, ingat kan awak nak malukan saya”

“well jemput makan” balas Qistina 

“Abang Mirul, nah try kek yang kak long buat ni, rugi tak cuba tau” sapa  Qusyairi sambil menyuakan Sepotong kek pada Tengku Amirul.

“wow, Kal Long yang buat kek ni ke?” Tanya Tengku Amirul mencari kepastian

“Yelah. Cuba lah” balas Qusyairi

“Acik! Sini!” panggil Qistina Umairah 

“ada apa kak long?”

“Mana kamu jumpa laki tu?” Tanya Qistina Umairah separuh berbisik.

“dekat hospital hari tu.baik abang tu kak long. Jadi Acik jemput la dia datang. lagi pun kak long dengan kak ngah selalu je sibuk tak ada masa pun untuk Acik” balas Qusyairi seolah meminta simpati.

“Lain kali jangan jemput orang yang tak di kenali datang rumah, entah dia jahat ke baik mana kamu tahu” Marah Qistina Umairah.

“apa yang awak berdua bisikkan tu? Mengumpat saya ke?” tiba-tiba Tengku Amirul Menyapa mengejutkan suasana.

“jemput makan Encik Amirul” pantas Qistina mengelak.

Tengku Amirul tersenyum sambil menyudukan kek coklat ke mulutnya, dan…

“wow sedapnya kek ni,tak sangka awak ni full package ye” puji Tengku Amirul 

Qistina Umairah Cuma tersenyum kecil sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa. Malas hendak melayan Tengku Amirul. 

Tiba-tiba tongkat yang di sandarnya di tepi sofa jatuh lalu mengenai kepala Qistina Umairah. Qistina Umairah terjerit kecil sebaik sahaja tongkat menimpa kepalanya.

 Tengku Amirul panik apabila melihat darah mula keluar dari kepala Qistina Umairah lalu dengan pantas menerpa kearah Qistina Umairah yang masih meraba-raba kepalanya tanpa menyedari kepalanya tercedera.

2 comments:

  1. bila nk continue...best cite ni

    ReplyDelete
  2. akan di continue masa berpantang nanti insyaallah. sebab skrg xde masa. agak bz sikit. idea pun x mo keluar

    ReplyDelete