daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Friday, October 15, 2010

Peristiwa Ngeri dalam Lift

Jam menunjukkan pukul 3 petang. aku masih dalam office sambil menyiapkan ape yang patut. tibe-tibe perut berbunyi kuat menandakan aku dah tak boleh nak tahan lapar lagi dah.. so aku decided nak beli food kat restoran thai kat depan office.

semasa menunggu pintu lift terbuka, aku pun sebok berurusan dengan phone. (busy woman la konon) tiba-tiba pintu lift terbuka dengan sendirinya. aku segera mematikan talian. dalam lift mana ade network. kang orang cakap aku rude pulak. 

Nak di mentionkan lift kat office aku tu ada 2. satu color pink satu lagi color ugly green. so yang terbukak tu ugly green. aku melangkah dengan kaki kanan. ( mak aku pesan buat ape2 kene mulakan dengan kanan)

Office aku ni tak la tinggi mana. tingkat 4 je pun. tapi lift ni punye la slow. macam aku gemok sangat, pergerakkan lift macam tak larat nak bawak aku turun.. hadoi la...

dan tidak semena-mena.... tiba-tiba keluar sa ekor cicak gemok dari lubang  aircond lift buruk tersebut. aku terkejut. tapi buat tak layan je la.. memandangkan cicak bukan la binatang yg aku nak takut lelebih pun. kalau lipas tu tak tau nak cakap la kan.

tidak semena-mena cicak ni mula menunjukkan aksi sarkasnya... melompat ke setiap diding (macam cicak terbang woo) aku mula risau dengan aksi Cicak yang di tunjukkan. dan cicak melompat dari dinding A ke dinding B ke C dan nak sampai ke aku.. halamak.. mau aku tekan loceng kecemasan ni karang... lift pulak slow. Di saat Cicak nak melompat ke arah aku. lift pun tebuka. aku keluar dengan pantas dan geli gelemannye.

Mana tau aksi geli geleman aku tu telah di kesan oleh seorang budak pompuan sebelah office aku. dengan muka poyo dan memandang jijik ke arah aku. (ceh macam bagus je budak ni, aku senyum pun x layan macam ar cun sangat) 

sombong betul minah sebelah tu... pakai gigi emas ke senyum mahal sangat. lantak la kan. the best part is... dia masuk Lift ijau ngeri tu.. hahahaha.. aku senyum jahat.. kih kih kih.. dengan niat jahatnya aku berdiri depan lobby tu. Lift begegar... dan aku terdengar bunyi pekikan.. mesti cicak lompat kat dia tu... (spekulasi aku je la, tak tau la kalau time dia binatang lain pulak yang keluar beraksikan)

sepanjang perjalanan kekedai depan aku tersengeh. dah beli makanan aku pun balik office. Mana tau Lift ijau tu jugak yang terbukak. adoilaa... was was je nak masuk.. tapi nasib baik la binatang tu dah tak de..

sebijik cam ni la rupa dia.
 Moral of the story :  Jangan Masuk Lift Ijau / Jangan memandang rendah dengan kebolehan cicak

Fuhhh!! nasib aku tak jadi Cicak woman kalau tak... apek tak leh cari makan la...

2 comments: