daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, June 7, 2011

Erti Kekeluargaan


Tajuk hari ni mungkin agak sensitif dan mungkin juga agak mengusik jiwa. Tapi bukan lah niat saya untuk mengusik mana-mana hati. Ia sekadar pengkongsian pendapat yang saya rasa wajar di ketengahkan.

Dewasa ini, isu kekeluargaan agak di pandang remeh oleh sesetengah individu. Mungkin juga tidak lagi menjadi perkara utama pada sesetengah masyarakat. Dapat dilihat jelas apabila ramai di antara kita lebih rapat dengan rakan-rakan dari family sendiri. Institusi kekeluargaan itu sendiri semakin lemah dari hari ke hari.

Saya datang dari keluarga yang boleh dikatakan sangat rapat dengan setiap ahli nya. Saya telah di didik untuk menjadi "family oriented". Segala perkara bagi saya wajib untuk di kongsi bersama keluarga, tidak kira lah masih dalam perancangan, akan di lakukan, sedang atau mungkin telah di lakukan sekalipun sudah berumah tangga, ia bukan lah menjadi batu penghalang. Perkara sama juga cuba saya praktikkan dengan Family suami  supaya tiada jurang antara kami, kerana bagi saya family is always no 1.

Berapa kali seminggu anda menelefon family anda untuk mengetahui perkembangan atau isu seamasa, atau berkongsi cerita tentang apa sahaja (bukan nak menyebok tapi bagi saya hal keluarga, keluargalah yang patut tahu dulu)  tidak kiralah hal kesihatan, lauk apa, buat apa atau apa-apa sahaja?
Saya lakukannya hampir setiap hari.

Sebagai anak sulung dalam keluarga, adalah wajar bagi saya untuk tahu setiap inci hal keluarga saya, saya amat rasa bertanggungjawab untuk segala hal berkaitan keluarga.
Itu adalah apa yang telah di terapkan oleh keluarga saya sejak kecil. saya juga rasa ianya patut dipraktikkan  kepada anak-anak saya kelak supaya mereka tahu ianya bukan lah soal remeh.

 Berkongsi segala hal dengan family itulah yang membuatkan kita rapat, dan saling mengenali antara satu sama lain. "no gap". baru lah harmoni.

Di lahirkan dalam keluarga yang berasal dari Negeri Sembilan yang sangat mementingkan kekuatan hubungan kekeluargaan. Tiada istilah jiran, satu suku semuanya dianggap saudara. segala tunjuk ajar dan teguran tidak pernah ada istilah "terasa" tetapi di anggap kasih sayang sesama ahli. Kami bebas menegur anak-anak saudara yang lain yang kami rasakan tidak betul tanpa ada rasa kecil hati, baik dari ibu bapanya mahupun dari empunya badan kerana ianya adalah untuk kebaikkan bersama.Dari situlah kekuatan itu bermula.

Bagi saya cara itu amat bagus dan berkesan dalam membentuk jiwa yang cinta dan sayangkan keluarga. Mungkin lain masyarakat lain cara nya. tapi bagi saya ini adalah yang terbaik. Saya rapat dengan semua ahli keluarga termasuklah ibu saudara yang di anggap sama seperti ibu sendiri..

Kita adalah penentu kekuatan keluarga kita. orang yang berjaya bermula dari keluarga yang berjaya.
fikir- fikirkan dan selamat mengeratkan silaturahim... semoga segala usaha di limpahi rahmat darinya.

No comments:

Post a Comment