daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 14, 2011

Pemilihan Botol Susu Si Manja

Kini lambakkan jenama botol susu berada di pasaran. Pelbagai reka bentuk dan corak dapat di temui. malahan pelbagai  kelbihan juga cuba di pasarkan.
Sebagai bakal ibu bapa seperti saya, ini amat merumitkan kerana tiada pengalaman. Tidak dapat di pastikan mana yang terbaik buat si manja.

Oleh kerana terlalu sukar memilih jenama atau reka bentuk botol susu yang sesuai, saya telah membuat sedikit pemerhatian dan mendengar pendapat dari mereka yang lebih berpengalaman.
Berikut saya kongsikan bersama anda.

Samada kita memberi susu ibu atau formula pada si manja, pemilihan botol susu amatlah penting. kebiasaannya ibu bapa akan memilih dari segi:
  1. Harga
  2. Anti-colic
  3. Mudah di cuci
  4. Membantu dalam penyusuan badan
  5. Selamat iaitu BPA free
Mari kita tengok satu persatu dari segi Jenama




Jenama ini telah mendapat pilihan tertinggi dari ibu bapa seluruh dunia kerana:
  • Tahan lama
  • Anti - Colic (mengelakkan kembung perut)
  • mudah di cuci dan selamat
  • Si manja dapat mengawal pengeluaran susu
  • Jenama yang sangat di kenali
  • Selamat - bebas BPA
  • Tidak mudah calar
Beberapa ibu bapa kurang memilih jenama ini kerana :
  • mudah bocor di bahagian ring puting (kebanyakkan mereka kerana salah pasang & puting botol jenis ini yang cepat haus)
  • Lebih mahal dari jenama lain
  • Puting yang lebih keras (kebanyakkan bayi tidak menyukainya)




Kebanyakkan ibu bapa memilih Jenama ini kerana :
  • Lebih murah berbanding Avent
  • Puting yang lebih lembut dan sangat-sangat menyerupai puting ibu
  • Bayi sangat selesa dengan puting botol susu ini
  • Bentuk yang agak menarik
  • Sangat di saran kan kepada mereka yang ingin membeli botol susu
  • Anti -colic
Beberapa ibu bapa berpendapat ia agak lemah dari segi :
  • Saiz botol yang lebih besar dah kebanyakkan bottle holder tidak support botol bersaiz ini (jadi perlu guna yang agak besar atau dr jenama ini sahaja)
  • Bayi lebih suke menggigit puting jenis ini kerana lembut




Kebanyakkan ibu bapa yang memilih jenama ini kerana :
  • Corak dan warna yang menarik
  • Harga berpatutan
  • Anti- colic
  • BPA free
  • Tidak mudah calar
  • Plastic yang tidak mudah rosak
  • Mudah beralih dari breastfeed ke botol susu -  no nipple confusion
  • Puting boleh di tukar dr MAM ke AVENT
Mereka yang tidak menggemari botol jenis ini pula mengatakan :
  • Flow susu yang terlalu laju walaupun puting jenis Newborn. Bayi kelihatan bernafas pantas dan kaki menendang2 kerana air yang laju
  • Sukar di cuci kerana perlu mencuci ke semua 6 bahagian iaitu  tutup botol, punting, nipple ring, botol, pad getah bahagian bawah, dan penutup bahagian bawah

 Ibu bapa yang menggunakan jenama ini mengatakan :
    • BPA free
    • Anti - colic
    • Tidak bocor
    • Seperti Puting Ibu
    • sesuai untuk Newborn
    • kualiti botol terjamin
    • Mudah di pegang
    Ibu bapa kurang menggemari jenama ini kerana :
    • Mahal
    • susah di cuci
    • Bocor bila susu terlalu panas / ketika menggoncang susu



    Botol susu buatan Italy ini di gemari ibu bapa kerana  :
    • Mudah di cuci
    • Murah
    • Anti - colic
    • Design yang menarik
    • BPA free
    • boleh menggunakan teat Avent
    Ibu bapa tidak menggemari botol ini kerana:
    • Bulat dah mudah bergolek
    • Besar dan memerlukan bottle holder dr jenama yang sama sahaja
    • tidak begitu mudah di pegang oleh si manja










       Botol buatan Swiss ini semakin mendapat perhatian para ibu bapa terutamanya kepada mereka yg mempunyai anak yg agak cerewet dengan gaya puting dan sebagai nya.
      Ramai ibu bapa yang pening kepala mencari botol dan teat yang sesuai untuk anak mereka yang langsung tidak mahukan botol susu malah lebih gemar kan DF.

      Ibu bapa yg gemar memilih botol jenis ini kerana :

      • sangat sesuai bagi yg breastfeed, kerana botol sangat natural menyerupai breast ibu.
      • kebanyakkan baby akan merasa kan seperti DF dengan ibu
      • puting yang sangat lembut seperti kulit. 
      • BPA and latex free, EA free, and exceed US safety standards.
      • mudah cuci dan mudah buka
      • bentuk yang menarik
      Ibu bapa tidak suka tentang jenama ini kerana :
      • Tutup (cap) botol yang mudah terbuka yang akan menyebabkan susu budah tumpah
      • Mahal- range harga RM87
      • Cuma ada 2 size 4oz dan 8oz


      Di harap dari semua review yang di kumpul dapat membantu anda dalam membuat pilihan memilih botol susu yang sesuai untuk si manja

      13 comments:

      1. thnx a lot for this. sy dh pening dh ni. bb xmau susu botol. harap2 ngn info ni, leh la cari puting yg sesuai plak..harap2 dia suka..amin..

        ReplyDelete
      2. thanks a lot...akhirnya bleh la cari botol yg sesuai utk my baby yg xlama lgi nk kuar ni....:p

        ReplyDelete
      3. salam saya nora,ingin berkongsi pengalaman dan ingin jg meminta tips mngenai pyusuan bayi,anak saya kini hampir 3 bulan,tapi sehingga kini anak saya tidak mahu mnyusu botol walaupun telah d ajar sejak berusia seawal sebulan,syukur pengasuh anak lelaki saya kini menjadi ibu susuan,masalahnya,smpi bila anak saya bgantung dgn susu ibu tnpa d ajar susu botol,bermacam2 produk botol n puting susu yg telah saya beli termasuklah Avent,susu perahan saya pun anak saya x mahu minum dsebabkan dia mahu hisap puting susu botol.bantulah saya utk selesaikn mslh ini...any suggestion...plz contact me at my email kizzyaming11@gmail.com

        ReplyDelete
      4. salam pn nora... kesian dengar masalah pn.. btw...saya ada terjumpa botol mimijumi yang bentul dan material nya hampir sama dengan puting ibu.. saya syorkan pn try. sbb banyak review yg sy jumpa... baby tak tolak malah suka...

        ReplyDelete
      5. salam..baby sy dh 2bln dan dia taknak bf. semasa dlm pantang dulu hari2 sy paksa dia bf pastu dia melalak la kuat2.so sy perah dan bg dia minum dalam botol dan klau tak cukup sy support susu formula.skrg,susu badan makin sikit. sy nak sgt2 df kt dia. bleh tak sy gantikan botol susu skrg ni dgn botol susu seakan2 puting ibu ni? ada tak ubat apa2 nk bykkan susu ibu?skrg sy amik shakelee.

        ReplyDelete
        Replies
        1. maaf lambat reply.. boleh gantikan dengan botol yang sesuai.. sy pun bukan org yg banyak susu badan.. tp sy banyakkan direct, buat power pumping.. 10 mins 10 mins.. makan milk booster mcm cheese, jantung pisang, lobak putih, buah longan kering yang sy beli dari kedai seseh cina, kurma merah, susu mcm2.. termasuk habatussauda dan kurma... semua sy makan untuk tambah susu.. alhamdullilah.. dpt susu kan anak sy fully breast feed 6 bulan.. lepas tu terpaksa campur jugak....

          Delete
      6. salam..blh saya tahu mane nk cari botol mimijumi.baby saya tidak mahu menyusu botol,saya runsing sbb dh nk mula keje tak lama lg.harap pn dpt bantu.

        ReplyDelete
      7. mana nk beli botol mimijumi? sy pon dh nk start keje tp bby tak mau isap botol susu la..huhuhu risau

        ReplyDelete
        Replies
        1. banyak jual kat online atau pun kedai baby mcm one baby world, litlewhiz..... try cek website diaorg

          Delete
      8. Salam sis,dkt mana ye nak beli botol tommee tippee? Suami taknak beli online. Runsing saya mencari di google tp tak jumpa. Harap sis boleh membantu. Saya duduk dkt area rawang.

        ReplyDelete
      9. baby saya jugak mengalami masalah x nak susu botol..dah cuba mam dgn doctor baby..dua2 reject..menangis mcm kene dera..botol mimijumi tu mmg lembut ke?takut beli mahal2 anak x nak hisap plak..huhu

        ReplyDelete
      10. XSaya baru bli botol mimijumi... tpi bby msih xnk guna btol... pening dh... sya dh nak start kje mggu dpn... xlame dh..

        ReplyDelete