Probiotik merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk pada mikroorganisma hidup yang dapat memberikan kesan baik atau kesihatan pada organisma lain.
beberapa contoh probiotik dapat di jumpai pada makanan tambahan yang mengandungi bakteria berguna kerana mengandungi asid laktat bakteria (lactic acid bacteria/LAB) sebagai mikrob yang membantu menjaga keseimbangan flora usus.
LAB sendiri telah digunakan dalam industri makanan selama bertahun-tahun, kerana mereka mampu mengubah gula (termasuk Laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktat.
Proses pengubahan menjadi asid inilah yang memunculkan rasa masam yang unik dari makanan olahan susu (dairy food) yang di tapai, seperti susu penapaian dan yogurt. selain itu, asid laktat ini juga bermanfaat sebagai pembasmi kuman dan virus penyakit, kerana turut mengurangkan kada PH asid.
Mikroflora yang di golongkan sebagai probiotik adalah bakteria yang menghasilkan asid laktat, terutama dari golongan Lactobacili dan Bifidobacteria.
Dalam istilah biologi, Probiotik boleh di sebut sebagai makanan tambahan yang memberikan manfaat bagi induk (tubuh manusia) untuk meningkatkan hubungan keseimbangan mikrobial dalam usus.
Kebanyakkan dari organisma ini bermanfaat bagi tubuh ( contohnya Bifidobacterium dan Lactobacillus), Tetapi ada juga yang berbahaya (Contohnya species Salmonella, Helicobacter pylori, dan Clostridium Perfringes).
Prebiotik pula sebagai bahan makanan merupakan suatu komposisi makanan yang tidak dapat di cerna. Kandungannya meliputi Inulin, Fructo-oligosakarida (FOS), Galactooligosaka -rida dan Laktosa.
FOS secara semulajadi di temui pada karbohidrat yang tidak dapat di cerna oleh manusia. FOS ini juga menyokong pertumbuhan bakteria Bifidobacteria
Kriteria Probiotik yang Berkesan
Memberikan kesan yang menguntungkan pada manusia yang mengambilnya
tidak Patogenik dan tidak toksik
Mengandungi Sejumlah besar sel hidup
Mampu bertahan dan melakukan kegiatan metabolisma dalam usus
Kekal lama dalam penyimpanan dan waktu digunakan
Mempunyai deria yang baik dan berasingan dr penaungnya
Kesan Baik dari Probiotik
memperbaiki keluhan melabsorsi laktosa
meningkatkan ketahanan semulajadi terhadap jangkitan di usus
Menghindari sel Kanser
Mengurangkan Kadar kolestrol darah
Memperbaiki Pencernaan
Merangsang kekuatan gastrousus
PERANAN PROBIOTIK
Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit berjangkit
Mengurangkan kejadian intoleransi laktosa atau alahan pada susu dan produk hasilannya
Mencegah penyakit usus, cirit-birit, radang perut, Jangkitan Vagina dan jangkitan urogenital
Menurunkan tekanan darah, Mengawal tekanan darah serta tumpuan serum kolestrol
Mengurangkan alahan dan jangkitan pernafasan
Menambah ketahanan tubuh pada pesakit yang menjalani Kemoterapi Kanser serta mengurangkan kerosakkan akibat kanser kolon.
Menghalang bakteria yang secara langsung ataupun tidak langsung menghasilkan zat-zat karsinogen penyebab kanser
Mengubah motilitas koloni dan waktu perpindahannya
PERANAN PREBIOTIK
Memperbaiki Lemak dalam saluran Gastrousus
Sebabnya, B-Konfigurasi dari C-2 anomeric dalam monomer fruktosa, inulin jenis fruktan iaitu tahan untuk di cerna pada bahagian atas dari saluran gastrousus
2.Memperbaiki kesan pada penyerapan mineraL
Karbohidrat yg tidak boleh larut (serat makanan) memang dpt melemahkan penyerapan mineral oleh Usus kecil, kerana serat dapat mengikat atau melakukan pemisahan. Bagaimanapun juga, mineral ini mengikat atau memisahkan bahan-bahan makanan sehingga tidak dapat di serap dlm usus kecik hingga boleh mencapai kolon. Pada masa serat di lepaskan barulah makanan tersebut di serap oleh usus
Memperbaiki kesan pada metabolisma dari lipids
Kesan inulin jenis fruktan pasa triglyceridemia juga telah di uji pd haiwan dan manusia. Dlm ujikaji terhadap tikus, inulin jenis ini boleh menurunkan serum triglyceridemia (dlm pemberian makanan dan pada status berpuasa)
No comments:
Post a Comment