daisy path

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, February 4, 2015

TEH KOMBUCHA


Kombucha adalah cendawan teh yang berasal dari asia timur dan tersebar ke Jerman melalui Rusia sekitar abad ke-20. Sementara, Kombucha Tea merupakan produk minuman tradisional hasil penapaian larutan teh dan gula dengan menggunakan starter mikrob kombucha (acetobacter xylinum dan beberapa jenis khamir) dan di tapai selama 8-12 hari.

Minuman yang dibuat dengan campuran cendawan ini adalah suatu ramuan minuman kuno yang merupakan hasil dari simbiosis asli dari bakteria dan ragi kombucha. Minuman ini kini banyak di gunakan sebagai herba penyembuhan di pelbagai negara di Asia.


Cendawan Kombucha sendiri merupakan membran jaringan cendawan yang bersifat gelatinoid dan liat, berbentuk piringan bulat, serta hidup dalam linkungan sehingga membentuk susunan piringan berlapis.

Kombucha hidup dalam larutan nutrisi teh gula yang tumbuh dengan cara percambahan. pada mulanya piringan cendawan tumbuh meluas pada permukaan teh, lalu menebal. Piringan pertama akan tumbuh pada lapisan paling atas yang akan memenuhi lapisan, kemudian di susuli oleh pertumbuhan piringan berlapis-lapis di bawahnya yang akan menebal. bila di jaga dengan betul cendawan ini akan tumbuh pesat dan sihat serta boleh hidup sepanjang umur si pemilik serta keturunannya.

Selama prosespenapaian dan oksidasi berlansung, terjadi pelbagai  reaksi pada larutan teh manis secara asimilatif dan disimilatif. Cendawan teh akan memakan gula dan sebagai gantinya ia menghasilkan zat-zat bermanfaat dalam minuman tersebut seperti asid glukuronad, asid laktat, vitamin, asid amino, antibiotik, serta zat zat lain. ia bagaikan sebuah perusahaan biokimia mini.


Pada tahun 1914, seorang ahli perubatan bernama Bacinskaja menyatakan bahawa minuman ini berkesan untuk kegiatan perut dan usus, khususnya di bahagian pembuangan. dan menyarankan meminum segelas kecil sebelum makan dan kemudian meningkatkan takarannya secara beransur ansur untuk mendapatkan khasiat yang sebenar dari minuman ini.

Professor S.Bazarewskidalam satu laporan di seminar "correspondence for the association of Nature Researchers in Riga (1915)", mengemukakan bahawa penduduk Latvia di provinsi Rusia Baltik yang bermukim di  Livland dan Kurland mempunyai ubat tradisional yang bernama Brinum Ssene. Ubat ini secara harfiah dapat di terjemahkan sebagai "cendawan ajaib". Penduduk Latvia menggambarkan cendawan ini sebagai kekuatan menyembuh yang ajaib untuk pelbagai macam penyakit, sesuai dengan uraian Bazarewski.

Beberapa orang yang di wawancara oleh Bazarewski menyatakan bahawa cendawan ini boleh menyembuhkan sakit kepala. Beberapa yang lain juga menyatakan bahawa cendawan ini sangat berguna dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dari beberapa penelitian selanjutnya, ditemui bahawa Kombucha juga sangat baik untuk mengubati sembelit, memperbaiki keadaan tubuh, melawan arteriosclerosis, memulihkan fungsi alat pencernaan, bermanfaat bagi penghidap tekanan mental, memulihkan racun, dan membasmi sel sel kanser.

Daripada pelbagai laporan yang tersimpan di lembaga-lembaga mahupun daripada pengalaman individu, ramai saksi yang menyokong kehebatan dari cendaawan kombucha ini. Cendawan Kombucha bekerja dengan cara unik. Cendawan ini tidak khusus membidik organ tubuh tertentu, namun mempengaruhi tubuh secara keseluruhan dengan menstabilkan metabolisma tubuh dan memulihkan racun dengan asid glukuronat. Hal ini mencetuskan peningkatan kapasiti pertahanan endogenis tubuh terhadap pengaruh racun dan tekanan lingkungan sehingga metabolisma sel yang rosak di kuatkan , kemudian di ikuti dengan pemulihan kesihatan tubuh.

Tuntutan sifat menyihatkan dari teh Kombucha ini memang harus di sokong oleh kajian lebih lanjut. Namun mekanisma aktif lain dari ini telah dibuktikan melalui pengujian dan percubaan ilmiah, seperti adanya sifat pengaturan populasi bakteria pada alat pencernaan,penguatan sel, detoksifikasi, mengurangkan pengeluaran peluh, hormon metabolisma, kesan antibiotik dan memudahkan keseimbangan PH tubuh.

Kandunganasid Glukonat yang ada pada minuman kombucha juga dipercayai mampu memperkuatkan daya kekebalan tubuh terhadap jangkitan dari luar, di samping mampu mengikat racun dan mengeluarkan dari tubuh melalui air kencing. Kandungan antimikrob pada minuman kombucha mampu menghalang pertumbuhan::
shigella Sonmei, E.coli dan salmonella typhimurium.

Selama Penapaian, kultur kombucha akan menghasilkan sejumlah alkohol, karbondioksida, vitamin B, Vitamin c, serta pelbagai jenis asid organik yang sangat penting bagi metabolisma manusia (seperti asid asetik, asid glukonat, asid glukoronat, asid oksalik dan asid laktat)

Komposisi larutan media (teh) juga mempengaruhi aroma dan rasa Kombucha. Komposisi yang di maksudkan adalah gula-gula sisa, karbondioksida dan asid organik (terutama rasio antara asid asetat dengan asid glukonat). asid asetat yang bersifat tidak menentu menghasilkan aroma kuat yang menusuk serta aroma asid, sedangkan rasa masam yang dihasilkan asid glukonat lembut.

Disebabkan Cendawan terus menerus tumbuh, minuman ini boleh dibuat dengan sepotong membran cendawan teh dan membiarkan ramuan sihat ini berkembang sendiri. Teh cendawan ini mempunyai daya hidup tinggi dan mudah membiak.

**sumber "the Miracles of Probiotics "

No comments:

Post a Comment